Hi salam semua. Sebelum aku mula berkongsi cerita, aku harap semua sihat² belaka and dipermudahkan urusan kalian dunia akhirat.

Okay, aku gelarkan diri aku Sky. Aku seorang wanita berusia 28 tahun, berstatus bujang dan masih tinggal bersama ahli keluarga aku.

Aku anak kedua dari 4 adik beradik, atas aku abang dan aku ada 2 adik perempuan. Yang lain masih bujang termasuk aku kecuali adik aku yang bongsu. Adik aku yang bongsu telah berkahwin tahun lepas.

Jadi sekarang tinggallah aku, ibu, ayah, abang dan adik perempuan aku lagi sorang di rumah.

First of all, aku ni tak reti nak susun ayat. Jadi aku minta maaf sangat2 jika cerita ni bersimpang siur hahaha tapi aku try the best untuk susun cerita ni elok2.

Okay, aku sebenarnya nak ceritakan tentang adik aku yang lagi seorang yang belum berkahwin tu. Aku gelarkan dia Probs. Probs ni beza usia setahun je dengan aku. Kitaorang memang tak ngam dari kecik. Aku lebih rapat dengan adik bongsu aku.

Kisahnya, Probs ni sudah berhenti kerja dan dah nak masuk 3 bulan dia tak bekerja. Kenapa dia berhenti? Sebab, kawan² tempat kerja dia ramai yang dah berhenti atas alasan supervisor tah pape. Jadi dia pun ikut sekali angkat kaki blahhh dari tempat kerja tu.

Nak dijadikan cerita, ibu ayah aku dah tak bekerja. Kami adik beradik bersetuju untuk minta ibu ayah duduk dirumah sahaja kerana kami semua sudah boleh menanggung mereka. Usia mereka pun sudah 60 tahun.

Walaupun ibu cakap bosan duduk dirumah, best pergi kerja, tapi kami halang. Risau akan keadaan kesihatannya di usia sekarang takut terjadi apa2.

Alhamdulillah ibu ayah aku sihat sahaja, tak de penyakit kronik. Itu pasal lah mereka masih mau bekerja, kadang2 tu tak mau duk diam. Tau2 je dah dekat kebun la, buat itu ini hahaha.

Berbalik pada pasal Probs tadi, aku dan dia ni berkongsi duit untuk membayar bill utiliti rumah manakala abang aku pula menanggung belanja makan rumah, dia akan berikan duit belanja dapur setiap awal bulan untuk topup barang2 dapur semua.

Dan kami masing2 akan berikan ibu ayah wang saku setiap bulan. Aku tak pasti yang lain2 beri berapa, tapi aku hanya mampu berikan 200 seorang. Itu pun kadang2 kurang ikut pada perbelanjaan bulanan aku.

Nak dijadikan cerita, selepas Probs berhenti kerja, aku menanggung bill utiliti semua seorang diri. Aku hanya bekerja sebagai kerani, gaji aku cukup2 makan, kalau nak lebih 2k, kena la buat overtime. Aku ada sebuah motor dan kereta yang masih perlu dibayar bulan2.

Motor itu aku ambil sebab ingatkan senang untuk aku pergi kerja, tapi disebabkan aku ni pernah terjatuh motor dan terus trauma aku ambil keputusan untuk ambil kereta pula. Dan motor itu Probs gunakan untuk dia pergi kerja.

Sebelum ini ayah yang hantar dia tapi disebabkan kesian dekat ayah yang nak ulang alik sebab ayah ayah perlu anta adik yang bongsu (sebelum dia kahwin) juga pergi kerja jadi agak kelam kabut sikit sebab masing2 kerja di tempat yang berlainan.

Jadi bayaran motor aku minta Probs yang bayar sebab dia yang guna. Tapi disebabkan dia berhenti kerja, aku yang perlu membayarnya.

Jadi sekarang aku sangat la terbeban. Dengan segala komitmen bulanan yang harus aku tanggung. Kereta, motor, bil utiliti rumah, bil telefon aku, minyak kereta, itu tak kira lagi barang2 lain atau hal kecemasan lain yang memerlukan duit.

Anggaran kasar yang perlu aku bayar untuk itu semua 1.5k sebulan termasuk duit saku ibu ayah. Aku pernah sampai buat keputusan nak tolak kereta aku balik tapi nanti aku tiada transport pula nak pergi kerja.

Tempat keje dari rumah aku ambil masa lebih kurang 45 min ke 1 jam jika berlaku jem. Tapi selalu memang jem pergi dan balik kerja.

Aku pernah kerja part time untuk menanggung kos bulanan aku tapi disebabkan aku penat ulang alik hari2 plus time weekend jika ibu ayah nak ke mana2 takde siapa nak bawakan, aku ambil keputusan stop part time.

Abang aku kerja weekend sebab dia cuti time weekday sahaja. Itu pun ikut jadual kerja dia. Probs pula tiada lesen kereta. Jadi memang aku last choice jika ibu ayah nak jalan2 ke gi kenduri ke beli barang ke.

Aku tak mengharapkan duit adik bongsu aku sebab dia sekarang pun tengah pregnant jadi dia pun tidak bekerja.

Nak dijadikan cerita, abang aku juga berfikiran seperti aku, kami dua2 tidak bersetuju Probs berhenti kerja. Ini kerana bukan setakat bill utiliti sahaja dia kena bayar, dia juga perlu bayar hutang belajar dia.

Bila kami dapat tahu je dia berhenti, terus kami sound dia hahaha tapi susah.

Probs ni keras kepala, suka melenting and dia tak pakai nasihat2 ni. Kalau keluar kemana2, dia tak pernah keluarkan duit pun. Kami la mangsanya yang perlu bayar. Nak tunggu dia belanja makan, memang tidaklah.

Pernah je ibu cerita, ibu nak beli seluar jadi dia pergi la naik motor dengan Probs ke pekan, sampai je dekat cashier, Probs letak sekali barang dia and terus blah pergi tunggu luar. Yes jawapan korang betul, ibu lah yang bayar.

Aku bukan tak pernah kongsi2 iklan kerja dekat dia, pernah je. Banyak kali weh. Tapi dia tak nak. Katanya dia nak yang cuti time weekend, keje ofis hour macam aku. Aku macam bertepuk dahi lah jugak.

Aku nak mendapatkan kerja ni pun tunggu lama okay. Bukannya lepas grad terus dapat kerja sedap.

Aku pernah keje kedai runcit, FNB, kedai retail, macam² keje dah aku buat last sekali alhamdulillah rezeki aku dapat keje ofis, cuti weekend, dalam daerah yang sama tempat aku tinggal. Itu pun lepas berkali2 interview sana sini.

Aku pernah cakap kat dia, keje je dulu mana2 sementara tunggu keje yang lain, dia tetap taknak and buat bodoh je.

Pernah sekali tu aku luahkan isi hati aku dekat ibu, pasal hal ni. Keadaan aku yang terbeban dengan nak bayar itu ini, duit belanja lagi, minyak kereta lagi. Kadang2 sampai kat ofis sanggup tak makan sebab catu duit. Hujung bulan jangan cerita, memang tak pernah nak ada lebih.

Aku cakap kat ibu yang aku berniat nak menamatkan zaman bujang tahun depan, aku stress sebab takde saving. Duit tak cukup sebab nak tanggung semua seorang2. Nak tau ibu jawab ape? Dia tukar topik.

Haha yes korang, Probs tu anak kesayangan ibu ayah aku. So sebab itu diorang tak pernah bersuara dekat dia. Dekat aku je ibu kadang2 cakap Probs itu la ini la dekat aku tapi bila Probs lalu je terus dia panggil lembut2 hahahaha.

Last2 nanti dia ulang takpelah at least dia tolong ibu dekat rumah, kemas rumah, sidai kain semua. Aku macam tak terkata dan sebab itu aku ambil keputusan untuk buat luahan ini. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Nak nasihat tak jalan, takde support dari parent sendiri.

Aku give up tapi itu laa. Aku jeles tengok kawan2 pergi trip sana sini, dah kahwin, beli barang macam2 while aku masih di rumah parent, nak pergi trip emmm paling jauh aku pernah pergi langkawi itu pun trip team building ofis.

Harta? Itulah kereta aku tu, comel je kereta axia aku tu hahaha itu la satu2 nya harta aku.

Kahwin? Saving pun takde, takkan nak biar laki je tanggung duit kenduri, tak baikk gituuu. Tapi tula, aku harap ada la kesenangan untuk diri aku nanti. Aku tau ni semua ujian tapi aku harap Probs tu sedarlah and stop pentingkan diri.

Itu sahaja dari aku. Harap korang dapat berikan aku kata2 semangat heheehe btw soryyy cerita panjang sangat hahaha best pula meluah dekat sini. Rajin aje aku menaip.

Okaylah korang, korang doakan aku tauuuu!! Byeeeee assalammualaikumm

– Sky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Actually kan, yang aku bleh agak, ko ni di fasa permulaan kehidupan. So snang cite lah, nk senang dlm hidup ni biar permulaannya lambat, drp jatuh susah dikemudian hari. Jd teruskan berusaha la ye. Hidup ni keras bak kata influencer. Aku pn mula² cmtu gak tp akhirnya dpt buat sume yg aku nak.

  2. Kesiannya.. Slow talk la dengan adik tuh. Ambil hati dia.. Harap lembut hati untuk bekerja. Bagitahu abang, awak banyak nak kena tanggung. Harap adik membantu sama. Aamiinn.

  3. Ohh lupa.. Tentang kahwin biarlah dulu. Bahagiakan mak ayah. Nanti dah kahwin bertambah tanggungjawab.

  4. Bgtau abg awk dgn adik awk pasal ni. Ajak dorg bincang dgn parent awk skali. Xde perubahan, sila sewa tempat lain. Nanti bg duit saku je ke parent. Moto tu ambk jgn tinggal bila pindah. Xnak jual je moto tu.

  5. Suggestion : jual motor. Then bila adik awak dah keje, suruh dia loan motor pakai duit sendiri. Motor awak punya kan? Awak berhak klu nak jual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *