Angau Dan Gila Bayang

Hai Assalamualaikum. Aku perempuan, dan kisah ini seperti tajuk di atas. Straight to the point, aku baru sahaja berkenalan dengan seorang lelaki yang aku gelarkan dia sebagai Mohd. Kami sama-sama 30 series.

Pada permulaan pengenalan, hatiku cuma rasa biasa-biasa sahaja seperti perkenalan lain jua. Tetapi apabila mula berborak dengannya dan mengenalinya, hatiku merasa mudah menerima caranya dan nampak kejujurannya dalam berkata-kata dan dari segi tingkah perilaku peribadinya.

Aku mengakui yang Mohd merupakan seorang lelaki yang ada rupa, namun ketahuilah sesungguhnya itu bukanlah faktor utama aku menyukainya. Aku lebih tertarik kepada sikapnya yang suka berterus terang dalam semua perkara, jujur dan ikhlas.

Walaupun sibuk bekerja, dia cuba untuk meluangkan masa untukku. Oleh kerana kami sama-sama berumur 30an, jadi kurasakan perkenalan ini sangat mudah dan sangat telus. Mungkin kerana oleh pengalamannya dan pengalamanku yang lepas membuatkan segalanya bagai senang dan mudah untuk difahami.

Kami juga lebih suka berbicara secara straight to the point. Hubungan ini bukanlah seperti budak-budak muda yang sedang meningkat remaja dan baru hendak belajar bercinta, sebab itulah aku rasa tertarik dan tidak perlu banyak membuang waktu untuk berteka-teki, berbasa-basi dan sebagainya.

Kemuncak kurasa hubungan ini begitu menyeksakan ialah apabila aku bagaikan tidak dapat mengawal emosi dan perasaanku. Secara bahasa mudahnya aku menjadi bagaikan angau dan gila bayang.

Walaupun kami tidak pernah berjumpa, tetapi penangan kehadirannya membuatku begitu agak terpana dan berubah tingkahlaku.

Aku menjadi tidak lalu makan, hilang selera, mudah lupa, tidak berminat melakukan sesuatu, dan tidak dapat fokus dengan apa yang sedang dan akan kulakukan. Benarlah, perasaan ini benar-benar membunuhku dalam sekelip mata.

Berat aku susut lima kilogram dalam masa dua minggu sahaja. Sekadar informasi, aku mempunyai BMI yang normal dan tinggi aku lebih sedikit berbanding ketinggian purata wanita Malaysia. Sebagai info tambahan, aku juga boleh dikategorikan ada rupa (mix blood) dan mereka memujiku pandai bergaya.

Janganlah para pembaca ingatkan aku terlalu mudah catch feeling selalu kerana untuk pengetahuan semua, semenjak lima tahun yang lepas, hati ini belum dapat dihuni oleh mana-mana lelaki lagi selepas putus dengan ex aku yang aku namakan di sini sebagai Fateh.

Masuk tahun ini, sudah 16 tahun perkenalanku dengannya, tetapi aku tahu dan sedar yang aku tidak boleh mengira begitu kerana kami sudah putus, huhu…. sedih… Fateh boleh dianggap sebagai cinta pertamaku, walaupun masa budak-budak dulu kejap kawan kejap tak, biasalah…

Hatiku setia mencintainya namun apakan daya takdir Tuhan tidak menjodohkan kami berdua. Aku terpaksa redha dan cuba untuk berdamai dengan takdir Allah.

Hubungan kami putus di tengah jalan saat aku membayangkan hidup bersamanya hingga ke hari tua. Sampai sekarang, hatiku belum pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki lagi.

Kadang-kadang, sepertinya aku merasakan bahawa Tuhan ingin menunjukkan sifat KekuasaanNya atas sesuatu, kerana selama ini aku selalu beranggapan bahawa hati ini tidak akan pernah mampu dimiliki oleh sesiapa lagi.

Aku amat mencintai Fateh dan berharap kalau tiada rezeki bersamanya di dunia ini biarlah aku bersamanya di akhirat nanti jika ada rezeki.

Tetapi jika masih ada rezeki di dunia yang fana ini, izinkanlah aku bersamanya dengan jalan yang diredhai sebelum aku menutup mata, sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Selama bertahun-tahun doa aku cuma itu sahaja.

Mungkin kerana telah bosan dengan doa yang sama dan masih tidak dimakbulkan, (aku tidak pernah salahkan Allah dalam hal ini, aku cuma bercerita, aku sedar bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik) maka akhir-akhir ini aku tukar sedikit doaku menjadi,

“Berikanlah aku seorang suami yang dimana kami saling sayang-menyayangi dan kurniakanlah daku anak-anak jika ada rezeki untukku merasa demikian di dunia ini.”

Selepas itulah Mohd muncul dengan tiba-tiba out of nowhere yang aku rasakan agak mustahil untuk berjumpa dengannya kerana aku juga bahkan tidak mencari.

Lagi satu not to forget, kebanyakan kawan-kawan dan kenalan pada umur sebegini faham-faham sajalah yang dimana mereka majoritinya sudah berkeluarga, ada anak-anak and so on. Jadi aku memang tidak berharap dan kadang-kadang ada juga rasa seperti punyai masa depan yang gelap. Huhu, maafkan aku…

Hanyut dalam perasaan yang melayang, tidaklah juga aku lupa akan Tuhan. Aku sentiasa berzikir Lailahaillalah / Allah Allah Allah untuk mengisi hatiku daripada diisi dengan makhluk ciptaanNya.

Aku tidak mahu ruang hatiku diisi dengan manusia kalau boleh, biarlah aku sentiasa ingat Tuhan dan sedar apa yang terjadi ini semua dengan kuasa dan izinNya.

Namun ketahuilah kita semua hanyalah manusia lemah yang cuba untuk kuat dan melawan rasa. Kadang-kadang memang aku lemah dan tidak berdaya untuk melawan perasaan aneh dan memukau ini.

Perbezaan waktu kami yang agak ketara, iaitu aku di Malaysia dan dia di negara lain membuatkan aku lebih kerap untuk bangun di sepertiga malam dan bertahajjud berbanding sebelum ini.

Nasihatnya untuk aku supaya selalu membuat istikharah juga sentiasa aku ambil pakai, tapi telah kuniat awal-awal yang aku buat bukan kerana dia yang menyuruhnya tetapi kerana Allah semata-mata.

Sebab itulah kami belum dapat bersua muka dan bertemu mata oleh kerana jarak dan waktu yang membataskan.

Si dia di negara orang, nun jauh di sana di negara empat musim manakala aku di tanah air kita, dan untungnya kami sama-sama asal senegeri yang membuatkan komunikasi dan kefahaman kami menjadi semakin mudah. Itulah yang membuatku bertambah-tambah gembira dan bersyukur.

Kadang-kadang hairan juga aku dengan percaturan Sang Kuasa, kalau Dia nak bagi tu Dia bagi je kan? Kita manusia yang lemah dan sekadar hamba ni memang kadang-kadang tak boleh nak fikir dan banyak benda yang kita tak sangka boleh berlaku dengan izinNya.

Apa yang aku suka tentangnya ialah dia tidak memberi harapan yang tinggi kepadaku tetapi caranya ialah seperti betul-betul meletakkan pengharapan kepada Allah semata-mata untuk Allah sahajalah yang bakal menentukan jodoh kami selepas ini.

Pesannya cuma sekadar supaya aku menjaga diri baik-baik di sini dan katanya sampai masanya nanti dia akan pulang ke Malaysia setelah tiba waktunya. Aku rasa itulah yang terbaik kan sebab kita pun belum tahu lagi masa depan nak jadi macam mana kan.

Ada juga kami berborak sedikit-sedikit tentang masa depan seperti pasangan lain juga. Sedikit-sedikit sahaja kerana aku tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi, kalau ada, adalah. Makin berharap, makin kecewa nanti, itu prinsip aku…

Setakat yang aku kenal, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia ada perempuan lain kerana dia terlalu sibuk bekerja. Kalau ada juga aku tidak pastilah dan aku serahkan kepada Tuhan untuk menentukan.

Buat masa sekarang, aku sedang berusaha untuk mengeluarkan diri dari gelojak perasaan yang gundah-gelana ini. Sudah lama hatiku tidak berasa begini.

Aku menjadi berdebar-debar dan tertunggu-tunggu. Hatiku bagaikan hidup semula dan dari kejauhan nampaknya bagaikan seolah-olah ada cahaya walaupun hujungnya nampak samar-samar sahaja. Sungguh aku tidak menyangka yang aku mungkin masih berpeluang untuk hidup seperti orang lain juga.

Mana mungkin dengan umur begini aku tidak mahu anak-anak dari zuriatku sendiri. Aku ingatkan aku akan terus mati begini… Rahmat Allah itu luas dan mungkin aku sahaja yang telah putus harapan. Maafkan aku…

Sebagai penutup, aku ingin hightlight kan tentang apa yang membuat aku rasa mudah hati pada Mohd. Bersamanya, aku tidak perlu bercerita panjang-panjang kerana dia terlebih dahulu mendalami apa yang aku cuba sampaikan.

Aku cuma bagi tajuk dan highlight perkara dan tajuk tersebut sahaja dan dia akan cuba explain kan walaupun padahal perkara tersebut adalah tentang perihal aku. Dan ajaibnya hampir semuanya betul.

Katanya banyak tempat yang telah dilawatinya, banyak negara yang telah didiaminya, ramai orang yang telah dia lihat dan bergaul, menjadikan caranya mengenal manusia menjadi lebih mudah dan senang untuk ditafsirkan.

Setakat ini kurasakan pemikiran kami sekufu dan dia juga telah berkongsi ciri-ciri perempuan yang disukainya kepadaku. Apa yang boleh kukatakan setakat ini kami tiada masalah dan masih meneruskan hubungan seperti biasa. Selain dikurniakan rupa yang agak tampan, dia juga pandai bergaya, berkulit cerah dan tinggi.

Nampaknya dia juga seorang yang pengemas, pembersih, family man dan sangat rajin bekerja. Sikapnya yang workaholic itu membuatkanku sering tertunggu-tunggu dan penasaran.

Setakat ini dia masih jujur, suka berterus-terang dan tiada mencurigakan lagi soal kerjayanya. Begitu juga dengan soal familynya dan masa lalunya.

Sekarang aku sentiasa berdoa supaya Allah mengangkat perasaanku yang melebih-lebih dan meleret-leret ini dari tubuhku. Aku cuma ingin dan mahu bangun dari pembaringan…

Bukanlah aku tidak bangun langsung seolah-olah orang sakit itu, tetapi aku bagaikan sudah lupa menjadi diri aku seperti apa. Aku tiada keinginan dan perasaan. Dari anggaran tiga kali sehari, aku jadi makan sekali sehari dan kadang-kadang tidak makan.

Dan pada waktu malam ketika hendak tidur itulah baru aku teringat yang hari tersebut aku belum makan apa-apa lagi. Aku jadi tak ada selera langsung.

Belum pernah aku jadi begini. Badan dan jiwa aku bagaikan terkejut dengan kehadirannya. Padahal aku ada juga kenal orang lain sebelum ini tapi tidak ada pula yang sampai begini sekali.

Emosi aku tidak kuat. Aku cuma mahu bangun dan membuat hobiku pada masa terluang seperti sebelum ini iaitu membaca buku, menonton filem, bersosial, berjalan-jalan, beriadah dan memasak.

Separuh jiwaku bagaikan sudah terbang melayang hilang entah kemana. Sekarang aku dalam proses sembuhkan diri dan melawan balik rasa ini, mungkin aku sudah gila agaknya, doakan aku ya, haha.

Aku berharap dengan luahan ini dapatlah kiranya aku mendengar sepatah dua kata dari pembaca especially abang-abang dan kakak-kakak yang telah banyak makan garam dahulu sebelumku. Makin berusia, pasti makin banyak yang telah abang, kakak, dan ibu ayah lalui. Aku respect perkara tersebut.

Aku akan baca semua komen korang. Terima kasih kerana telah baca sampai habis confession aku yang sarat dengan emosi dan perasaan ini. Assalamualaikum.

– Nur kasih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. kenal xpernah jumpa?? weiii.. bahaya weiii.. kt sebalik akaun tu blh jd siapa2 je sis.. could be laki org, penagih, org yg pengotor, org yg biasa2.. blh jadi lg baik atau lg worst..

    kenal online ni lg bahaya.. yg org jodohkan pun mcm2 kes.. inikan membuta tuli cmni je.. jgn mengharap kt manusia sgt kak.. self love tu penting supaya awk x jatuh tersungkur, supaya awk tau nilai awk tu tinggi.. the right one will stay.. jumpa dulu then kenal2.. awk dh jauh tersasar ni.. mcm mn klu mmg btl dia mcm yg awk kenal, tapi bila dh jumpa he doesnt want to cont?

    sis better jaga diri elok2, syg diri sis dulu.. pergi la jumpa couselor yg blh nilai diri sbb maybe ade something yg blh sis ubah.. kenal personaliti diri.. ah tunggang langgang nasihat sy punnnn.. sorry

  2. Assalamualaikum sis,

    1st of all, stop unnecessary contact yg tak ada hala tuju dgn ajnabi. Kalau nak taaruf, biarlah dlm tempoh masa yg di tetapkan dan disetujui oleh diri masing2 dan keluarga. Jgn biarkan terus begini, tak boleh, nanti sis semakin sakit. Kalau dah dlm fasa taaruf nanti, please jgn letak perasaan suka yg paling hadapan dulu, supaya pandangan x terkaburi oleh perasaan cinta yg mana membuatkan kita x nampak kekurangan dia atau x dpt menilai dia org yg mcm mana.

    2nd Kalau Allah berkehendak, dan kalau dia benar2 jodoh sis, Allah akan gerakkan hati dia utk cari sis dan menghalalkan sis. Selagi belum ada kepastian yg dia adalah jodoh sis, tahan dulu, elakkan dulu sedaya upaya. Percayalah semuanya sudah ditentukan oleh Allah sejak azali. Ya tak semudah yg di kata, tapi Allah tahu kita telah mencuba, jadi bertawakallah, serah padanya kalau kita tak tahan lagi. Jgn jatuh pd keingingan yg kita sendiri pun x dpt nak kawal. Serah kan saja pada Allah.

    Semoga dipermudahkan segalanya utk sis, take care okay. You still have your parents, your siblings and your friends that love you. Everyone loves you. He’s not the only one.

  3. Ni angau betul ye sis. Bagi sy, kenal online beza dengan kenal in person. Semuanya boleh menipu, risau kena catfish je. Set boundaries & priorities, your real life is out there. Not in those texts. Trust me, selagi belum bertemu muka in real life, jangan letak 100% trust. Focus on yourself more. Pape pun, doa banyak banyak, semoga Allah mudahkan segala urusan. Baik atau buruk, Allah is the best planner 😊

  4. Obviously kena scam hahaha, awak duk puji2 dia workaholic bagai, padahal dia tgh chat dgn pompuan lain. Lulz..

    • Ya mcm betul tu. Kejap lg Mohd buat drama, minta bantuan kewangan…dn semua dh tahu apa ending nya.
      Sebelom touch ending, baik kau end yr relationship tu.

  5. akak ni sesuatu sgt. ni mesti pernah buat onar dgn ex tu yg susah nk move on tu. da bertahun2 lalu pun masih meratip nama si ex tu. Akak, akak tu da tua, masih lagi kejar bayang2 yang xpasti. Ramai je jantan yg dekat2 sekeliling yang jauh jugak ngko berkenan. kalau cun sgt petik jari je dpt jantan idaman ni tak, nk tggu mereput baru dapat kot. lolz. sekati ko la kak. hidupla dalam halusinasi ciptaan ngko tu. ops!

  6. Anggau btl ko ni sis… Mcm ni jelah sis, ajak dia jumpa… Lelaki klu dah syg kat ko sis dia sggp bt ape saje… Klu dia sggp balik malaysia jumpa parent ko dia serius la tu… Sbb aku pom kenal online dgm laki aku… Lg 2 bulan nak nikah bru jumpa tp dia mmg confirm2 dah bujang ms aku kenal tu.,. Tp bila jumpa sis dia xkan sama mcm mana ko chat dia hri2… Risau ko lari je bila jumpa nanti… Bila jumpa akan keluar semua perangai… So better ko bt solat hajat mintak Allah dekatkan ko dgn jodoh ko, jgn sebut nama sape2… Klu dia makin mendekat yelah tu jodoh ko…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *