Aku Lelaki Gemuk III

Untuk part I dan part II: 

https://iiumc.com/aku-lelaki-gemuk-i 

https://iiumc.com/aku-lelaki-gemuk-ii/

Ok la. Macam aku kata confession kedua tu mesti korang akan kecam. So yang ni yang paling last untuk tamatkan cerita. 

Malam tu masa call, aku inform Nita babah ja nak ikut. Ni mak pun nak ikut. Terpaksa aku wasap dia supaya dia tak terkejut. 

Dia cuma reply ok letak icon smile ada 3 love tu. Eh, dah kenapa dia ni, macam excited semacam. 

Elok dia sampai, mak aku tiba2 jadi malu2 kucing.. Meyorok kat dapur kata segan pulak nak ikut. 

Aku dah la tengah angin time tu. Aku kata cepat la. Aku dah la jenis ngantuk awai. Aku nak settle cepat nak tido ja. 

Dah buang masa 7 minit dok pujuk mak aku. Sampai babah aku kena datang panggil. 

Tadi bukan main dia excited nak ikut. Elok jumpa Nita lepas2 salam tu terus jadi macam mak mertua P Ramlee dalam cerita musang berjangut tu. 

Mula2 aku memang tak nak ikut. Tapi babah kata mana boleh. Dah dia ajak aku. Kami ni ko ajak, bukan dia. Last2 aku terpaksa ikut. 

Tiba2 Nita cakap awak drive eh. Aku kata tak nak la. Saya tak biasa memandu kereta mahal. Dia kata ala kereta semua sama ja. 

Babah apa lagi, tuang minyak. Hah Bob bukan ko kata ko minat ke kereta ni. Dah dapat peluang tu gunakan la.. 

Aku faham la bahasa tersirat babah aku tu. Padahal tak pernah aku terfikir nak meminati kereta tu. Minat tuan dia ye la. 

Malas nak panjang cerita aku drive ja la. Dalam kereta macam2 la babah berborak dengan Nita. Aku jadi pendengar ja. 

Sampai rumah babah ajak minum. Laju ja Nita terima. Pelik betul. 

Aku memang muka ketat sepanjang kejadian. Tak de mood sebenarnya. 

Aku kata dah lewat tu. Esok kan Nita nak fly. Biar la dia balik rehat. 

Dia kata eh tak pe. Flight saya pukul 7.. 

Aku dalam hati, dah tu boleh ja ko ambik esok pagi. Tak kan siang2 pun takut hantu. 

Eh korang nak tahu tak apa benda yang dia tertingal kat office tu. Passport.. 

Ada ke orang bawak passport ke office. Tah apa2 ja dia ni. Pelik2.. 

Tapi sebab malas nak panjang cerita aku diam ja. 

Boleh pulak babah tiba2, Bob tu bukan apa. Dia masih terasa hati masih merajuk sebab Nita reject offer dia ajak makan. Sebab tu muka monyok ja. 

Ya allah masa tu berdegup laju jantung aku.. Babah malukan aku macam tu ja.. Sikit pun tak jaga air muka anak jantan tunggal dia. Berderau rasa.. 

Nita pulak macam blur. Dia pandang aku, makan yang mana eh? Dia tanya. 

Hari yang dekat parking kereta tu, babah tolong jawab dengan penuh details okey.. 

Muka aku masa tu macam ayam berak kapur. Malu la aku. Mesti Nita tau aku cerita semua benda dekat parents. 

Nita macam ambik masa sikit nak fikir. Ye la kejadian dah berbulan dah. Aku pun ingat2 lupa dah. 

Lepas tu dia dah ingat, dia kata oo pasal tu ke. Dia mintak maaf, dia kata hari tu memang ada masalah lain. So dia tolak cara macam tu. 

Ada lagi la dia bagi penjelasan. Tapi nak ringkas cerita aku skip ja la.. 

Cuma ada la babah cakap. Ingatkan kekasih tak bagi. Biasa la babah nak korek cerita. Laju ja Nita cakap dia memang single. 

Malam tu dekat pukul 11 baru Nita balik. 

Still aku kena hantar dia. Sebab babah kata dah lewat malam. 

Padahal 10 minit ja beza. Sekali lagi kami beramai2 follow kereta Nita sampai kat rumah dia.. Ala2 konvoi. 

Tapi yang peliknya kenapa bukan banglow biru tu.. Ni rumah teres setingkat biasa ja. Dekat taman belakang ni ja. Aku tak tanya, tapi Nita faham kot. 

Dia sendiri cakap tu rumah mak saya. Saya sewa kat sini.. Tak tinggal sana.. Aku angguk ja la malas nak tanya apa2. Aku pun tak berminat dah. 

Nita offer masuk, laju babah aku nak masuk. Arghh sudah. Makin angin aku.. Aku kata tak payah lain kali ja. Nanti pakat tak tidur aku ni. 

Tapi babah pun memang tak nak.. Sengaja nak sakitkan hati aku ja tu. 

Nita sepanjang masa tu asyik gelak ja la.. Mungkin betul bapak aku kasanova dulu.. 

Tengok gaya ada ciri2 perempuan mudah suka.. Nita macam suka ja kat babah. Jangan dia sailang pulak. Kesian mak aku nanti. 

Lepas naik cuti tu Nita datang bagi coklat kat aku. Dia tanya masih marah lagi ke? Aku tanya marah apa pulak. 

Dia senyum ja. Dia kata stress ke, marah ke mood tak ok ke.. Makan sweet. Hormon kita auto akan ok. Benda manis akan buat kita rasa relax. Makan tau. 

Padahal mood aku ok ja. Tapi sedap pulak coklat tu. Dia pergi korea yang cuti hari tu. Beli kat situ la kot coklat ni. 

Tapi dia ada selit kad dalam coklat tu. 

Dia tulis :

“Lepas ni nak ajak saya kemana2 pun cakap ja. Sebab saya sentiasa free untuk awak.. Hanya untuk awak”. 

Eh lepas makan terus aku rasa bahagia ja.. Bukan sebab hormon ni. Ni tah2 ada ganja dalam tu. Ataupun dia guna2kan aku. Lain macam perasaan aku lepas tu. 

Tapi aku tetap buat2 macam biasa. Buat2 aku tak pernah baca kad tu. Dia pun macam biasa jugak. 

Tapi lepas tu kerap la Nita datang rumah aku. Sebab babah laju ambik no dia. Buat group rahsia tanpa aku dalam tu. Ada ibu dengan babah. 

So dia datang belajar masak dengan mak aku. Mak aku tahu semua kuih tradisional. Hari2 mak aku masak macam2. Dah macam kawan baik la diaorang tu. 

Aku ringkaskan cerita seringkas2nya la. 

Dah lama2 babah pergi bagitahu aku ni sebenarnya suka dia. Nita pun setuju ja nak kahwin. 

Dia kata dia pun suka family ni.. Suka family ni okey. Bukan suka aku.. . 

Lepas kahwin baru aku sedar.. Nita ni sebenarnya panas baran kalau melibatkan perempuan. Dan sangat kuat cemburu. 

Nita nak duduk dengan family aku. Dia tak nak duduk asing. 

Nita berhenti kerja lepas kahwin sebab dia nak buat jualan cookies dia. Benda2 sweet. 

Tu memang impian dia dari dulu katanya. Dia tak suka kerja makan gaji dan suka cabaran. 

Dia dah buka kedai sweet dia dah.. Jual kek2 bajet. Laku.. Sebab murah dan sedap. Walaupun tak lumayan, tapi nampak dia sangat happy uruskan kedai dia. Mak aku la bantu2 dia. 

Mak aku memang cikgu memasak kemas dulu. Sekarang ni dah macam partner la diaorang tu. 

Masa kami sanding, ramai la sedara belah mak dan babah datang. Ye la first perkahwinan dalam family kami. Sangat meriah la. 

Nita memang cantik gila dengan songket maroon.. Aku yang pilih warna tu. Hehe. Nasib dia suka. 

Tapi yang tak bestnya ada makcik bawang datang cakap. Untung ko Bob dapat bini cantik. Tak padan dengan ko langsung. Mana ko kenal dia. 

Terus aku sentap. Hari bahagia aku terus jadi tak berapa nak bahagia. 

Malam tu aku rasa tak de mood. Aku stress. Aku rasa kahwin dengan perempuan cantik orang mengata jugak. 

Kalau kahwin sama2 debab, mesti tak de orang komen apa2. Orang rasa itu baru sepadan.. Banyak ujian aku kahwin dengan Nita. 

Masa Nita masuk bilik dia nampak la aku stress. Dia tanya kenapa ni. Aku kata kenapa awak nak kahwin dengan saya. Aku rasa nak marah dia pulak. 

Aku kata ramai lagi lelaki handsome2 nak awak. Kenapa pilih saya. Dia kata dah saya suka awak. 

Dia kata handsome tu subjective. Di mata saya awak handsome. Apa yang awak tak puas hati. Dia soal aku. 

Aku kata aku gemuk. Dia kata so. Aku kata so tak padan la. Aku bagitau makcik aku cakap macam tu. 

Mula2 dia gelak. Dia kata dah kahwin baru nak complain ke. Kenapa tak cakap awal2. Bleh saya gemukkan badan saya. Tapi kalau saya gemuk awak mesti tak nak. 

Sebab perempuan boleh terima lelaki gemuk. Tapi lelaki susah nak terima perempuan gemuk kan. 

Lelaki suka benda yang cantik ja. So saya kena kekal cantik supaya awak tak beralih hati. 

Aku makin tarik muka. Lain aku cakap, lain pulak dia komen. 

Lepas tu dia pujuk2. Dia kata sepadan bukan letak pada fizikal, tapi keserasian hati. Abaikan la kata2 orang.. Orang mengata sebab dengki. 

Dia kata dia dari dulu suka lelaki chubby. Dia tak tertarik dengan lelaki kurus. Tapi lebih tertarik dengan lelaki chubby. 

Dulu masa study dia minat dengan classmate dia. 

Tapi dia kata lelaki chubby ni selalu takut dengan perempuan cantik. Suka fikir kelemahan diri.. Sedangkan bukan semua perempuan pandang macam tu. 

Dia kata sama la macam aku. Bila dia tunjuk sign dia suka aku pun, aku yang asyik nak elak dia. Mujur ada babah, kalau tak dia mesti terlepas dapat aku. 

Eleh padahal dia yang mula2 jual mahal. Nita dah letak syarat nak anak ramai2 yang montok2 macam aku. 

Kalau boleh setiap dua tahun dia nak beranak. Dia ingat senang ke nak bela anak ramai2. Beras dah la mahal sekarang. Tambah nak anak montok2. 

Aku kata habis kalau anak kurus macam awak macam mana. Dia kata tak pe nanti dia bagi makan banyak2 dan bagi anak minum susu s26. Confirm montok dia kata. Tah apa2 ja dia ni. 

Lepas kahwin aku ada try nak kuruskan badan.. Nak bersenam. Laju ja Nita cakap no.. 

Dia soal aku macam2. Dia kata kenapa, nak tarik perhatian perempuan lain ke. Aku kata supaya nampak padan nampak kurus. 

Dia kata sebagaimana saya suka awak yang dulu, maintain macam tu ja. Jangan nak ubah apa2. 

Saya kahwin dengan awak sebab awak chubby ye. Kalau awak kurus saya tak hingin dengan awak. 

Lepas tu dia bebel2. Dia kata sibuk nak kurus2 pulak.. Laki ni macam ni la. Sebelum kahwin elok ja. Lepas kahwin mula buat perangai. 

Aku kata bukan buat perangai.. Aku kata supaya sihat. Dia kata kalau nak sihat mesti benda tu keluar dulu. 

Benda first yang keluar tu yang datang dari hati. Tapi benda first aku nak kurus nak nampak padan bukan nak sihat. So dia tak suka. 

Dia kata saya tak suka perempuan lain tertarik pada awak. So jangan ubah apa2. 

Dia suruh 6 bulan sekali chek up. Kalau BMI ok, kolestrol ok. Tak perlu nak beriya dia kata. Cukup senaman ala kadar untuk kekal sihat. 

Siap dia belikan aku track mill. Suruh bersenam dalam rumah ja.. Punya tak bagi aku keluar jogging sorang2. Takut orang mengorat dia kata. Over nau dia ni. 

Nita selalu belikan baju2 aku. Semua pilihan dia sekarang ni.. Kadang pergi sendiri, kadang beli dengan aku. 

Dia suka perfume. Selalu hadiahkan aku perfume mahal2. Dia suka beli dekat airport yang ada bottle kecik2 macam gift pack tu. Ada 2 3 bottle dalam tu. 

Tapi perfume tu dia tak bagi pakai kerja.. Perfume tu kena pakai masa dengan dia ja.. Kira dalam rumah la. Ataupun masa dia nak. 

Kalau aku tersilap pakai kat baju kerja, dia suruh aku buka pakai baju lain. Punya tak suka orang lain hidu. 

Dia selalu cakap, aku ni dia punya ja. Bukan untuk orang lain. Pelik betul statement dia. 

Tapi aku sekali pun tak pernah bagi hadiah kat dia. Sebab aku tak tahu nak bagi apa. 

Nak bagi emas, dia tak suka emas. Nak beli baju2 aku tak pandai. Cuma kalau jalan sekali aku bayarkan barang2 dia. Tu ja la. 

Aku selalu tanya dia awak nak apa2 tak. Kalau rasa nak apa2 bagitau la. Sebab aku tak pandai pilih. Dia kata nak awak setia dengan saya ja.. Choi

Lepas kahwin aku rasa sangat bahagia. Rasa ada orang peduli, orang jaga kita. Orang care. Tak sama macam single. 

Baju2 aku semua dia iron. Pilihkan nak pakai baju apa, lepas mandi akan ada siap atas katil. Baju pakai rumah pun sama. Semua dia siapkan. Dia tak bagi aku buat apa2. 

Seminggu dua kali dia akan shampoo rambut aku. Dia kata syampu kena seminggu dua kali ja. Tak boleh hari2. 

Lepas tu rambut aku dia yang potong. Dia kata dulu masa remaja dia pernah kerja salon dua tahun. 

Sejak kahwin aku bawak bekal. Dia suka masak kan. Untuk babah pun sekali dia sediakan. Breakfast and lunch. And mesti ada buah. 

Ibu sejak Nita ada dia gantung periuk dah. Sebabnya ibu aku suka layan korea, layan drama cina.. Lagipun Nita suka masak. Nita yang suruh ibu rehat. 

Dia dengan ibu kan tak kerja. Dok focus kedai sweet diaorang tu. Kedai tu lot depan

Perumahan ni ja. 

Nita walaupun baran dengan aku tapi dengan mak aku dia sangat baik. Ye la, mak aku pun jenis baik. Lembut hati macam aku. 

Aku happy di zaman mak mertua tak ngam dengan menantu, tapi family aku alhamdulilah tak macam tu. 

Kedai pun Nita tak de la suruh membantu sangat. Ibu ja nak tolong sebab bosan katanya. 

Sejak Nita duduk sini. Kesihatan mak aku makin better. Darah makin normal. Nita rajin teman mak aku kemana2. Dah diaorang ja kat rumah.. 

Nita memang layan baik family aku. Adik aku kalau balik cuti, dia mesti masak semua favourite adik aku. 

Nita ni lincah dan pantas pergerakan. Tak macam kami yang debab2 ni. Dia macam jenis tak boleh duduk diam. Ada ja apa2 dia akan buat. 

Awal pagi dia dah bangun. Lepas tu nanti datang kejut aku. Aku tak guna alarm dah sekarang ni. Lepas aku pergi kerja, dia akan pergi kedai dalam 9 lebih. 

Selalu pukul 5 aku balik kerja, 5. 20 dia dah tunggu depan.. Sambut aku dengan makanan. 

Mujur la aku ni jenis tak de kawan2. Tak de budaya melepak. Rumah office. Tu ja dunia aku. 

Dan kawan2 aku adalah family aku. Nita cakap sebab tu dia suka aku. Dia nak pasangan yang ada dengan dia selalu. 

Dia pun dah macam mak aku.. Suka vc. Supaya tahu aku kat mana dengan sapa. Pergi kerja, balik kerja pun dia teman aku dengan vc. 

Aku pernah la cakap. Awak ja nak laki gemuk macam saya. Over ja risau aku ada orang lain. 

Padahal mana ada perempuan suka lelaki gemuk. Tapi macam biasa ada la point2 dia. 

Ada sekali kat kedai makan aku tak jawab call dia. Sebab aku segan orang nampak. Punya la dia angin. Seharian bising kat aku. 

Sejak tu kalau kat tandas pun aku jawab ja.. Baru dia puas hati. Sebab susah nak tenangkan dia kalau dia marah. 

Sebenarnya aku faham kenapa dia macam tu. Sebab dia datang dari broken family. Bapak dia ada perempuan lain. Kaki perempuan. 

Mak dia masa tu sakit kanser. So dia benci dengan perangai laki pantang nampak perempuan ni. 

Ayah dia memang tak peduli keluarga. Sibuk dengan dunia perempuan. Dia memang benci ayah dia. Dia tak suka aku cakap pasal ayah dia. 

Dia kata sebab ayah dia la lama dia stay kat negara orang. Ikut kan dia tak nak balik malaysia. Tapi sebab mak sakit ja dia balik. 

Sebab tu la dia kata dia sangat keras layan laki2 kat ofis tu. Sebab dia belajar dari bapak dia yang kaki perempuan. Dia tak kisah laki nak pandang dia apa pun. 

Sebab dia kata tu cara dia survive hidup dengan laki2 macam tu.. Dia kata dulu study kat Rusia menjadikan dia keras dari segi mental dan emosi. 

Dia belajar macam mana nak hadap laki2 miang. So sebab tu jugak dia risau orang akan kacau rumahtangga dia. Takut apa yang jadi kat mak dia. Dia trauma dengan perangai bapak dia. 

Dia kata zaman sekarang kita tak pasti apa yang penyondol pandang. So dia sentiasa stand by untuk pertahankan rumahtangga dia. 

Dia kata biar la aku nampak dia control aku. Tapi dia kata dia control sebab dia sayang aku. Dia tak nak hilang aku. 

Kalau korang nak tahu, Nita ni jenis suka follow gosip2 artis. Bukan artis malaysia ja, artis2 luar pun semua dia tahu. 

Aku selalu usik dia. Aku kata dasar netizen betul awak ni. Tak de faedah ambik tahu hal diaorang. 

Dia kata ambik tahu sebab nak tahu macam mana perempuan sondol suami orang. Kan ada tulis macam mana benda tu terjadi. 

Aku kata tah apa2 ja la. Bukan perempuan tu ja salah. Mesti laki yang mulakan. 

Dia kata memang la. Laki memang lahir2 dah buaya. Tapi perempuan tu tahu kenapa nak layan. Sedangkan ada pilihan untuk elak dari suami orang. Sebab tu kita panggil penyondol. 

Laki buat perangai pun, tetap orang akan salahkan perempuan tu. Padahal perempuan boleh ja ignore. Tapi tetap pilih jadi penyondol. 

Aku tanya dia kenapa panggil lelaki buaya. Dia kata tak tengok national geographic ke. 

Buaya ja antara haiwan yang tak boleh setia pada pasangan. Suka banyak2 pasangan. Tukar2 pasngan sebab tu laki macam ni kita panggil buaya. 

Betul ke wahai pembaca.. Nita ni bukan boleh. Suka kelentong aku. 

Babah ada cakap. Tak nak keluar ke duduk asing. Tapi Nita tak nak. Babah kata risau Nita tak selesa ja. 

Nita kan tak dapat sangat kasih sayang mak bapak sangat. So dia macam tumpang kasih la katanya. 

Tapi dia kata kalau babah dan ibu nak privacy, dia akan pindah.. Tapi nak pindah rumah sebelah ja. 

Dia dah cakap kat aku, kalau nak beli rumah ke, nak sewa ke nak duduk asing ke, dia nak rumah sebelah ja.. Tak nak rumah lain. Tak nak jauh dari parents. 

Entah owner tu nak jual ke tak. Pening aku dengan Nita.. Kalau perempuan lain nak duduk asing. 

Dia tak boleh pisah dengan family aku pulak. Seronok hidup berkeluarga katanya. 

Oh cakap pasal rumah, lepas kahwin berubah terus susun atur rumah kami. 

Dari malay style dah jadi english style. Banyak gila barang2 dalam rumah tu dia buang. Buku2 aku masa tingkatan 4 pun tiba2 ada. 

Tapi lepas tu terus rasa lapangnya rumah kami. Lepas tu dia beli benda baru semua pilihan dia. 

Tapi best la. Rasa tenang ja rumah. Rasa luas sebab barang tak banyak dalam rumah. Hanya yang perlu saja dia simpan. 

Dia kata senang budak nak berlari2 kalau rumah luas. Mak aku la panggil bahagia tengok rumah lama kami berwajah baru. 

Rumah kami kerap dapat tetamu sejak Nita ada. 

Tapi aku, aku masih segan2 dengan Nita sebenarnya. Macam mimpi ja kahwin dengan dia. 

Nita sebenarnya sangat straight forward. Tapi aku sangat pemalu. Tak macam dia. 

Apa pun aku jenis berkias, dia jenis cakap direct. Dah macam terbalik pulak. Dia cool ja. Aku cepat gelabah dan overthinking. 

Setiap pagi aku pergi kerja, dia salam tangan aku, cium pipi. Tapi aku segan. Aku tegah dia buat macam tu. 

Ye la kadang2 dia buat depan pintu. Malu la kalau jiran2 nampak. Kalau dalam bilik tak pe jugak. Tapi Nita jenis hati keras. Dia kata lantak la. 

Kalau jalan sama2, dia nak pegang tangan aku la, peluk lenggan la. Aku macam segan. Kekok. Tahu la dah kahwin. Tapi aku mcam takut pandangan orang. 

Ye la. Aku gemuk. Nita ala2 model. Lagipun Nita ni tinggi dari aku. Orang mesti akan mengata pasal aku. 

Selalu ja mata2 memandang kami. Aku tak selesa. Kadang2 orang lelaki pun ada ja pandang. Mesti diaorang fkir bukan2. 

Lagi satu, aku takut orang fikir kami ni macam nak menunjuk. 

Tapi Nita macam tu la. Tak kisah. Tak peduli hal orang.. 

Bagi dia bukan orang tu bayar bil kita. Dia macam babah la. Selalu pesan abaikan tanggapan orang. Yang penting kita bahagia. Niat kita cukup allah ja tahu. 

Kalau aku tolak lebih2, suara dia akan berubah. Point dia, kenapa awak takut skandal awak nampak ke kalau saya pegang awak.. 

Macam try hard tak nak saya dekat2 dengan awak dah kenapa. Lepas tu ada lagi la bebelan dia. So aku akan diam ja la. Walaupun mood dia dah rosak time tu.. 

Dia tak mau faham aku rasa sgan malu. Aku susah nak buang perasaan tu. Sebab aku selalu rasa aku tak padan. 

Nita sangat cantik. Tak de kurang. Tu ja masalah aku. Kalau aku kurus aku rasa confident. Tapi Nita pulak tak suka. 

Kalau aku cakap lebih2. Dia akan mengeluh. Dia tanya habis nak saya buat apa. Nak saya simbah asid kat muka saya ke. Atau awak nak saya pakai purdah ke.. 

Last2 aku akan diam la. Sebab aku tau dia dah naik angin. Isu macam ni la selalu jadi antara kami. 

Dia suka pos gambar aku atau gambar kami dalam ig. Dalam status.. Nampak macam dia sangat sayang aku. Hargai aku. Cuma aku la selalu tegur. Takut kena penyakit ain. 

Tapi sebenarnya aku malu. Aku tengok gambar aku, aku rasa hodohnya aku. Tak padan.. 

Aku kadang2 terfikir mungkin dia buat sebab nak jaga hati aku ja. Nita ramai kawan. Mesti kawan2 rasa kami tak sepadan. Kesian Nita mesti malu ada suami macam aku. 

Kadang2 fikiran aku sendiri yang rosakkan hubungan kami. Aku tak tahu la nak buang macam mana fikiran2 ni. 

Aku bimbang benda macam ni effect hubungan. Sedangkan Nita sangat2 baik pada aku. 

Dia tak bagi aku bawak motor dah. Aku terpaksa akur. Ibu ada la sindir depan Nita. Ibu kata dulu ibu larang tak dengar. Isteri cakap terus dengar ye. 

Aku tak tahu nak cakap apa dah.. Tapi aku kata la ibu baik, faham abang. Tapi Nita baran, nanti mengamuk kat abang. Mcam tu la aku lepaskan diri. 

Ye la tak tahu nak menangkan sapa.. Tapi Nita pernah cakap, dia tak kisah aku nak buat apa pun untuk family. Lebihkan mak ke adik ke. 

Nak marah dia ke, pukul dia tegur dia apa pun dia tak kisah. Sebab dia bukan budak2 nak terasa benda2 macam tu. 

Tapi once dia tahu aku buat apa2 untuk perempuan lain, masa tu last dia kata aku tengok dia. No chance kalau melibatkan perempuan. 

So dia selalu pesan jangan nak mengedik atau bagi ruang dengan perempuan lain kalau tak nak aku hilang kebahagiaan yang aku ada sekarang. 

Aku kata awak tak percaya saya ke. Dia kata percaya, tapi saya tak percaya orang lain. 

Tapi Nita tak mau faham masalah aku bukan aku setia ke tak. Masalahnya aku macam nak ubah diri aku supaya aku yakin bila berjalan dengan dia. 

Jujurnya sejak aku kahwin dengan dia, aku tak suka badan aku gemuk. Aku rasa nak jadi fit. 

Aku main track mill pun sejam ja dia bagi. Dia kata over2 tak bagus. Ok tak pe la. Cumanya setiap kali aku suarakan hasrat aku. Dia akan bad mood. 

Masa first confession aku ada cakap. Masalah bukan badan aku, tapi fikiran aku. Ini la masalah aku sebenarnya. 

Aku buntu la tak tahu la macam mana nak betulkan mind aku. 

Sorry la nak sampaikan benda ni sampai 3 4 kali kena menulis. Merelet sana sini.. Aku bukan nak tulis novel atau drama. 

Tapi aku tak tahu macam mana nak suarakan isi hati aku secara direct. Sebab tu aku cerita dari awal. Last2 jadi ala2 novel pulak. Sebab aku tak tahu macam mana nak sampaikan point aku. 

Aku pun tak de kawan2 nak kongsi. Nita sentiasa dengar luahan aku. Tapi kalau bab ni. Dia strictly akan cakap no. 

Dia akan cakap kalau sayang dia tolong maintain macam sekarang. Dia kata dia tahu apa akan berlaku kalau aku over good looking. 

Dia kata dia cakap tu untuk kebaikan kami. Dia kata lelaki akan diuji bila dah ada isteri. Dia mintak aku faham benda tu. 

Kadang2 aku rasa dia hanya memandang aku sama macam laki2 lain. Sama macam bapak dia. Sedangkan aku tak macam tu. 

Macam mana aku nak buat supaya dia faham.. . 

Aku sayang dia, tapi aku jugak baru timbul kesedaran untuk sayang diri aku jugak. Sayang badan aku. 

Malu nak cakap, tapi terpaksa cakap. Ini la sebenar-benarnya betul2 masalah untuk aku.. 

Yang susah aku nak cerita. Sampai terpaksa meleret sana sini.. Walaupun korang tak kenal aku, tapi aku malu nak tulis. Tapi sebab aku perlukan pertolongan. Terpaksa tulis.. 

Yang sebenarnya, , kadang2 aku risau pasal performance aku. Kadang2 aku cepat penat. 

Aku pernah cakap dengan dia. Tapi dia kata dia tak pandai menipu atau pura2. Dan dia kata aku memang tahu dia tak pura2.. 

Dia kata setakat ni dia tak complain apa pun kan. Kalau ada tak kena dia akan cakap. Dan cari solution bersama.. 

Sebab dia jenis straight forward. Dia kata jangan ingat dia akan diam sebab nak jaga hati aku. No dia kata. 

Dia bukan orang menjaga hati sangat. Dia kata kalau ada tak kena tak sempat aku tanya, , dia lagi awal akan terus cakap.. 

So dia kata tak perlu nak overthinking pasal tu. Dia kata overthinking aku tu yang akan rosakkan performance aku. 

Dia kata awak kena lebih belajar untuk faham isteri awak, faham apa yang isteri awak happy. Bukan jadi typical lelaki yang otak fikir tu ja. 

Dia kata kebahagiaan perempuan bukan pada benda tu ja. Tapi layanan awak in whole life. Tapi sebagai lelaki, benda ni agak mengganggu fikiran aku. Untuk lelaki benda tu sangat penting. 

Aku malas nak ulang2 benda yang sama untuk buat dia faham apa aku rasa.. Sebab dia akan naik angin nanti. Dan nampaknya dia macam malas nak faham perasaan aku. 

Walau apa pun dia puji aku, pujuk aku, tapi macam ada benda tak kena dalam hati aku. Entah la. 

Mungkin aku lebih confident kalau berat aku turun. Tapi benda tu dia pulak tak suka.. 

Harap boleh bagi kata2 semangat kat aku.. 

Sorry sebab yang last ni sangat panjang dan terima kasih buat semua kawan2 yang sentiasa support yang sudi baca. 

– Bob (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Ko xyah pk bukan2 bang… Perempuan ni klu dah syg mmg dia buta… Ko lah paling hensem dlm dunia… So xyah pk bukan2… Laki aku org ckp xensem pom bg aku plg ensem tau… Dia wangi2 sikit aku dah xsenang duduk dah… So ko ikot je cakap bini ko tu bang… Xyah pk merapu… Bak kata laki aku “happy wife happy family”…

    • Ko ni banyak complain Bob. Terpaling mangsa. Dah dapat isteri lengkap pakej banyak complain pulak. Bersyukur apa kau ada. Insecurity kau tu kena selesaikan, pergi terapi dan bincang dengan psychiatrist. Jangan kufur nikmat semata mata sebab insecure.

  2. Dua-dua ada masalah insecurity.

    Awak suruh Nita gemuk je lah. Sebab itu je yang menyebabkan awak akan rasa okey sebab memang itu yang awak pernah nampak emak dan ayah awak dulu. Setiap 6 bulan, dua-dua buat full medical check up. Lepas itu, awak mesti cakap yang akan akan setia dengan Nita setiap hari.

    Bagilah pledge tu, buat frame, gantung kat bilik.

    Last sekali komunikasi berdua, apa yang menyebabkan korang insecure, mana tahu boleh jumpa jalan tengah. Bob, jangan banyak sangat overthinking. Susah nak cari perempuan yang direct macam itu. Majoriti perempuan tak cakap direct dan susah berkomunikasi dengan suami masing-masing.

  3. Tak perlu overthinking la bob.. kau pergi kaunseling..buang semua penyakit anxiety tu.. selalu pikir xpadan dgn nita nanti boleh mjejaskan rumah tangga kau.. pikir org luar cakap dah kenapa

  4. bob, aku x judge apa yang kau fikir pasal diri kau tu sendiri, tapi aku nak say congratssss, sebab kehidupan kau boleh dikatakan sempurna dah, bini lawa, mak ayah sporting, comel sangat korang, walaupun xkenal, aku doakan kau dgn nita bahagia sampai syurga bob, banyakkan baca confession di sini utk terapkan rasa syukur, saranghae,

  5. Introvert ni mmg ada masalah overthinking kot.. i pun ada masalah berat badan lepas bersalin.. naik mendadak.. dulu 60kg, skrg 75kg.. tapi husband maintain hensem.. kalau jalan sama2 kat mall nampak mmg x padan langsung.. malu bila tgk kat cermin mall.. husband pula jenis friendly n ramai perempuan selesa bila bercakap dgn dia berbanding i.. tapi i xde la jeling ke jealous ke.. sebab i tau husband i tu camne.. tapi kalau betul dia main kayu 3, sorry lah i angkat kaki dulu.. kkdg bila terfikir benda bukan2 ni i jadi down n overthinking sampai fikir hak penjagaan anak2, rumah nak sewa mana nnt, anak nak kena tukar sekolah ke x…

    Trust ur wife, dia seorg yg fokus n tau apa yg dia nak.. taste dia pun bukan biasher2… Dia dah kenal ramai lelaki kat luar n dia nak seseorg yg rare di mata dia.. Asam di darat, ikan di laut, bertemu di belanga juga..

    Btw, i pun otw ke arah kuruskan badan cuma x brp nak berdisplin tang diet makan huhuuu… Jom bob sama2 sihat…

  6. Hai bob. Aku faham maksud kau bob. Aku perempuan. Tapi aku sokong pendapat kau. Ko perlu sayang diri kau. Jaga kesihatan. Bini kau ni macam mental pun ada. Yg kau pulak nampak lembut dan penurut sangat. Lelaki tak boleh mcm tu. Kau kena ada kredibili sbg seorang lelaki. Itu maruah kau. Kau berhak pilih apa yg baik utk kesejahteraan kau.

    Aku ckp macam ni just in case si nita tu pulak yg berubah hati satu hari nanti. Tak de laa kau down sangat. Kau kena tahu bobb.. manusia boleh berubah. Dan kalau bukan kerana dia .. Allah yg akan ubah. Kau kena siap2. Jadi kalau kau rasa gemuk bahaya utk kau. Kuruskan lah badan. Ko abaikan jaa bebelan bini kau tu yg tah apa2. Stop juga ikut cakap dia yg tidak mendatangkan manfaat. Kau kena matang bob. Good luck. Nanti update ya..

  7. Aku pernah berada di tempat Nita. Except for Kurus & cantik & model look-a-like. Sejarah parents tak berapa cantik dgn ayah yg perangai tak semenggah. So aku insecure. Jd aku decide utk cari lelaki yg takde rupa, badan bulat utk didampingi. aku faham perasaan dia. dua2 insecure kat sini masalahnya. Duduk berdua, bincang. Kau ckp kat dia, kau nak kurus sbb kau skrg cepat penat. Bkn utk tarik perhatian pompuan lain. Nita pun kena loose a bit. Jgn control sgt semua decision.

  8. Maaf ckp la bob..kau sebenarnya acah2…jgn sampai kau hilang kebahagiaan kau sekelip mata..kalau kau bnyk sngt ulang bnda sama….nak jadi elok dimata org yg xde kaitan lansung dgn kau….jgn sampai bini kau iyakan niat kau nk kurus…sbb bermula dari situ la kau akan hilang sikit2 care dia pada kau…kah acah2 bob..

  9. cerita dia he fell first and she fell harder lah ni hehe. apa2 pun ni dah rezeki kau bob. so senang faham camni la ye, lelaki yang humble macam kau ni, kalau kurus nanti, ada rupa nanti, senang lupa diri, tu je secara ringkas nya haha. betul, tengok la laki-laki yang dulu susah tak hensem, tengok bila dah glow up apa jadi? banyak dah kan contoh sekarang ni. so kekalkan je apa yang wife kau suka & selesa. enjoy every journey dalam life kita ni, overthinking wil ruin everything, trust me. aku doakan rumahtangga korang & family korang bahagia sampai syurga, amin!

  10. Bob bro, kalau cepat penat makan creatine monohydrate, klu overthinking bc buku cant hurt me, subtle art of not giving a …..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *