Aku Lelaki Gemuk II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-lelaki-gemuk/)

Petang tu sebelum balik Nita datang hulur 3 ringgit. Dia cakap terima kasih. Aku macam tersipu2 pulak. 

Bila kenang balik, rasa nak hempuk diri sendiri. 3 ringgit tu aku simpan sampai sekarang. 

Buat love macam budak2 perempuan buat kat sekolah dulu2 tu. Lepas tu simpan dalam wallet. Betul la orang kata, angau boleh buat orang gila. Aku dah gila masa tu. 

First love la katakan. Sanggup aku belajar dari you tube macam mana nak buat love tu. 

Balik kerja asyik tersengih2 ja aku. Babah kan banyak pengalaman and sporting. Direct dia tanya sudah ada pacer ke. 

Aku makin malu. Aku kata tak de la. Masa tu adik aku Nia ada kat rumah. Makin kuat la diaorg menyakat. 

Tapi suddenly aku macam sedar kelemahan diri. Takat macam tu ja pun, aku dok rasa Nita macam gf aku. Padahal tak pun. 

Aku suka dia tapi umpama tepuk sebelah tangan dan syok sendiri ja. 

Kemudian aku open la cerita kat babah. Babah dah macam best friend aku. Semua benda aku share dengan dia. 

Babah cakap pergi la bagitau dia.. Ajak dia pergi makan. Tak pun ajak dia datang makan kat rumah kita. 

Aku kata gila. Tak nak la.. Babah cakap loser adalah orang yang langsung tak cuba. Tapi dia sendiri letak label reject dalam diri dia. 

Ada beza dengan orang yang gagal setelah mencuba dan langsung tak cuba. 

Aku kata dia mesti dah ada bf. Dia mana nak pandang aku.. Aku ni banyak kelemahan.. Macam2 alasan la aku bagi. Aku memang takut dimalukan. 

Aku cerita la ramai ja laki kat office tu Nita malukan. Tapi diaorg kurus, ada rupa. Tak de la rasa malu sangat. Hati dan muka diaorg tebal. 

Mau aku yang kena.. Kalau dia kata dasar laki gemuk tak sedar diri. Confirm aku kemurungan terus lepas tu. Aku ni dah la hati tisu macam mak aku. 

Babah cuma cakap, cara orang tak sama. Mungkin lelaki lain kurang bersopan dengan dia. Sebab tu dia reflect balik layanan orang pada dia. Tapi kalau aku bersopan mesti smua orang layan baik kata babah. 

Tapi kalau aku sopan dan beradab, tetap Nita malukan aku, bermakna dia bukan perempuan yang sesuai di buat pasangan. Ada la babah nasihat2 lagi. Tapi aku tetap dengan andaian dia dah berpunya. 

Sebenarnya aku macam lagi selesa macam ni.. Suka dalam diam. Walaupun tak pasti lama mana macam ni. 

Kat office aku buat macam biasa ja.. Dia pun macam tu la.. Makin sedih aku. Sebab aku ingat lepas pada hari tu kot2 dia nak mesra2 dengan aku. Rupanya tak. 

Selisih dekat pantry ke, meeting ke, mana2 ruang la. Dia pandang aku pun tak, jauh sekali nak bertegur. 

Hari tu jasa aku nampak besar sebab dia tak de 3 ringgit. Hari ni badan aku yang besar ja nampak kat mata dia mungkin. Terus aku rasa down. 

Aku cuma rasa aku ni syok sendiri ja. Tapi memang aku syok sendiri pun kan.. 

Hari tu aku monyok ja la kat office. Tak de mood nak buat apa pun. Fikir nak balik ja. 

Habis kerja pukul 5, tapi 4.45 aku dah kemas semua benda nak balik. Biasanya aku tak macam ni. 

Nak masuk dalam lift, suratan atau kebetulan apakah ini. Ada pulak si Nita tu. Aku berbelah bagi nak masuk ke tak nak. Dia dah tekan button sambil tunggu aku masuk. 

Aku sebenarnya macam nak patah balik, tiba dia tanya tak nak masuk ke.. Hati nak kata tak nak, tapi kaki laju pulak masuk. Last2 aku diam ja sambil masuk dalam lift. 

Aku cuma berfkir, dia ni mesti dari tingkat atas. Tapi dari tingkat berapa dan jumpa sapa.. 

Sebab atas ni biasa bos2 ja. Mesti ada bos besar2 skandal dia. Sempat aku buat karangan pendek dalam otak aku. 

Tiba2 dia tanya. Rumah kat mana. Aku sebenarnya berdiri depan dia. Dia di belakang aku. (kita berdua jauh berbeza, langit dan bumi tak kan serasi) eh tiba2 aku teringat lagu tu.. 

Lepas tu aku macam terfikir la, dia tanya aku ke atau dia cakap telefon. Sebab aku tak nampak dia cakap dengan siapa. 

Tapi ada la aku pusing kepala pandang dia.. Memang dia tengah pandang aku. Aku tanya, cakap dengan saya ke. Dia tanya ada orang lain ke kat sini. Terus aku rasa makin malu. 

Aku cakap la rumah aku kat mana. Lepas tu laju pulak aku tanya rumah dia kat mana pulak.. Rupanya dekat ja rumah kami. 

Tapi tak de la dekat sangat. Berlainan taman. Dalam 10 minit macam tu la. Nak ke office dalam 30minit jgk la. 

Aku tanya dia oo rumah banglo biru 3 tingkat tu ke. Dia anguk ja. Aku kata tu rumah orang kaya tu. 

Sebab dulu sekali pernah masuk taman tu sebab ibu nak tengok2 rumah. Masa tu terperasan rumah tu different sikit dari orang. Sebab dia first row and conner lot. Direnovate elok. 

Tiba2 aku ramah pulak tanya pasal rumah dia. Tanya macam2. 

Dia kata biasa2 ja. , tak de kaya pun. Kalau kaya tak denya kerja makan gaji. Aku tanya duduk sorang ke. Dia kata tak la dengan family. 

Family tu sangat general kan.. Kalau dia jawab parents senang nak faham.. Tapi family boleh dikategorikan macam2. 

Mungkin dengan mak ayah. Atau adik beradik ataupun suami.. Sempat aku berteka teki walaupun tak pasti status sebenarnya apa. 

Sedar tak sedar sampai ke parking aku berjalan dengan dia. 

Mujur aku naik kereta hari tu. Kalau naik motor tak dapat jalan sama. Sebab motor parking tak sama. 

Sekali tengok dia pakai kereta peugeot daa. Bukan kaleng2 harganya. Spare part mahal, susah nak dapat.. 

Sama macam tuan kereta tu la. Mahal dan susah nak dapat. Pandai dia pilih kereta sama level dengan dia. 

Aku ni pakai kereta proton ja. Terus teringat dia pernah cakap dia nak lelaki yang mampu tabur duit. 

Tapi masa tu aku jugak teringat babah suruh ajak dia datang rumah.. Babah cakap bagitau ja dia nak bawak kawan ke family ke bf ke boleh ja. 

Cuma inform awal berapa orang senang nak masak. Babah kata dengan cara ni kita boleh tahu dia dah berpunya ke tak. Tu pun kalau dia kata dia masih single. 

Tapi perempuan sekarang kan dah berpunya pun tetap akan cakap single. So statement babah tak boleh pakai. 

Nita masih dalam kereta, dok panas enjin kot. Aku masih berdiri situ cuba hafal plat no dia. 

Tapi sebenarnya lebih kepada berfikir macam mana nak pelawa dia datang rumah. 

Nita mungkin perasan aku nak cakap sesuatu, dia turunkan tingkap. Dia tanya ada apa. Aku macam teragak2 la nak jawab. 

Tapi aku jawab jugak la. Aku kata tak de la babah ada ajak datang rumah. Makan2. Tu yang tengah fikir macam mana nak ajak cik Nita. 

Terus dia balas oh maaf la saya selalu busy. Tak dapat join kot. Malam ada zumba la gym la. Full sangat. Nak hang out dengan kawan pun susah. Said sorry to your babah. Next time maybe. 

Aku macam angguk ja la. Terus masuk dalam kereta. Start kereta tekan minyak laju2. Pintas dia macam superman walaupun dia masih belum bergerak. 

Sebabnya aku sakit hati. Sakit hati sangat2. At least tanya la bila ke pukul berapa ke ada majlis apa ke. Langsung tak de. 

Dia sendiri pandai2 fikir aku nak ajak malam. Boleh jadi aku nak ajak makan siang ke waktu cuti ke.. 

Tapi dari sini apa yang kita tahu, dia langsung tak berminat nak datang rumah aku atau nak kenal dengan aku. 

Kalau perempuan tu minat, mesti dia tanya kenapa babah awak ajak. Babah awak kenal saya ke.. Tapi langsung tak de. So memang dia malas nak panjang cerita. 

Aku balik tu lepas stress kat babah. Aku kata ni semua salah babah la. Malu sangat aku rasa. Mesti dia tahu aku syok kat dia sebab tu dia layan macam tu. 

Babah macam tu la. Sentiasa cool. Dia kata nak malu kenapa. Orang tu tolak baik2. Mungkin dia memang sibuk. Aku kata dah la. Tak payah cakap lagi la pasal ni. 

Babah kata kalau macam tu cari ja la perempuan lain. Last2 aku bertekak dengan babah pulak. 

Babah cuma cakap. Perempuan ni kadang2 suka jual mahal. Sengaja nak tengok effort kita. Tambah2 perempuan yang dia ada segala pakej. 

Aku kata tak de maknanya la.. Dia memang jenis macam tu la. Kalau dia suka dia tak layan macam tu. 

Ni memang terang2 dia tak suka. Mungkin dia ingat aku pun sama macam laki2 kat pejabat tu. Saja2 nak try dia. 

Babah cuma cakap. At least dia tak de pun layan aku buruk. Layanan dia normal ja. Dan dia tolak secara beradab. 

Tapi bagi aku benda tu tetap memalukan aku. Maybe sebab first time kena reject. So aku tak dapat terima secara casual. 

Hari tu whole day aku stress. Bila stress aku makan gila banyak. Normally aku memang makan banyak sebab gemuk kan. Tapi sejak tu lagi banyak aku makan. Tiap2 malam balun benjo. 

Kat office aku langsung tak peduli orang la. Jauh sekali peduli kat dia. Aku hanya buat kerja aku saja.. 

Aku normally pun memang kurang bercakap dengan orang. So makin orang tak nampak kewujudan aku sejak kejadian tu. Aku bercakap pun hal kerja ja. 

So aku maintain macam tu ja la.. Setiap kali isu Nita timbul, aku bangun pergi mana2. Tak nak dengar apa2 pasal dia. 

Situasi kat sana sama ja macam awal2 aku masuk. Riuh rendah setiap masa. Tambah2 kalau Nita ada. Aku pun tak faham ni pejabat ke market. 

Sebenarnya kan masa aku masuk office ni, pejabat tengah renovate. So meja2 semua susun sesuka hati tanpa ikut gred. 

Macam tak tersusun sangat la. Semua longgok kat area yang sama. Kalau ikutkan aku sama gred ja dengan Nita. 

Cuma Nita senior la. Dia dah lama kerja situ. Gaji pun lagi lebat dari aku yang freshi ni. 

Lebih kurang dekat sebulan dua jugak benda tu berlalu. Aku pun dah cuba buang angau aku dekat Nita. 

Tiba2 dapat info nak adjust susunan meja. Sebab bahagian renovate tu dah siap. So susunan meja ikut kategori gred. Seperti sedia kala. 

Kalau ikutkan aku akan duduk bahagian belakang. Sekali dengan Nita la. Dalam hati aku berdoa sangat, jangan la aku dapat dekat2 dengan Nita ke apa. 

Mau kemurungan aku hari2 tengok drama dia dengan orang2 situ kalau dapat dekat2. 

Sekali lega aku.. Meja aku paling depan. Nita mungkin belakang aku selang 2 3 meja jugak kot. Senang kata aku jauh la dari dia. Aku happy gila masa tu. 

Hidup aku macam ceria balik. Aku ni jenis tak pernah ambik tahu hal orang. Maksud aku pukul berapa orang datang orang balik. Sapa ada sapa tak de.  Sebab kerja aku jenis melibatkan team yang kecik. So aku jenis tak endah orang.

Sebenarnya aku tak confident kerana badan aku. Sebab tu aku agak pendiam dan tak de kwan. Sebab aku tak tegur orang. Tapi kalau orang tegur aku layan ja. 

So satu hari tu aku naik motor. Hujan lebat. Tak dapat nak balik. So aku stay kat meja aku tengok kartun. 

Aku memang suka classic kartun. Running man, mr bean. Aku suka benda2 yang funny. Running man sebab terpengaruh dengan adik aku. 

So aku tak perasan la siapa ada siapa dah balik. Aku focus tengok kartun kat komputer. 

Tiba2 dengar suara Nita. Dia tanya tak balik lagi awak.. Dah nak pukul 6.. Selalu pukul 5 awak hilang dah. 

Aku masa tu terperanjat gila. Mujur aku tak melatah. Rupanya office dah lengang. Mesti ramai dah balik. Tapi pelik pulak Nita tak balik lagi. Tapi bukan urusan aku kan. 

Aku cuma cakap hujan lebat. Saya naik motor. Ibu tak bagi balik dalam hujan. So tunggu reda baru balik kot. 

Dia sambil senyum balas balik, , ibu tak bagi eh.. Aku rasa macam ayat tu menganjing aku pulak. Apa masalah dia ibu aku bagi ke tak. Atau dia fikir aku ni anak mak ke.. 

Kalau aku anak sapa pun apa kaitan dengan dia. Aku diam ja.. Tak jawab apa2. 

Tapi sebenarnya aku sendiri tahu raut wajah aku berubah.. Aku sebenarnya malas nak cakap dengan dia. Tak tau la dia perasan ke tak. 

Tiba2 aku teringat sesuatu.. Eh dia tahu pulak aku selalu ghaib pukul 5.. Atau mungkin dia perasan sebab dia dok meja belakang. 

Mana mungkin dia nak ambik tahu hal aku. Jangan mudah perasan bob. Aku pesan kat diri sendiri. 

Ingatkan dia dah blah. Rupanya masih kat sebelah aku. Dia offer nak hantar balik. Sebab rumah kami dekat kan. Dia kata esok pagi dia ambik jugak. So motor tinggal di office. 

Aku mati2 tak nak.. Aku kata tak pe. Kejap lagi hujan akan berhenti. Dia pulak dok kata hujan tak akan berhenti. 

Dia kata tak pe la, anggap dia balas pertolongan aku tempoh hari. Tapi aku tetap tak nak. 

Time tu pulak la mak aku tiba2 video call. Mak aku memang sangat suka video call berbanding call biasa. 

Tau2 ja la, video call kan suara satu dunia akan dengar. Aku pun takde earfon. So Nita mesti dengar ja aku cakap dengan mak aku. Cuma tak pasti dia ada tengok mak aku ke tak. 

Mak aku kata hujan masih lebat. Jangan balik lagi. Aku kata ye abang kat office lagi ni. Tunggu hujan surut. Family aku memang panggil aku abang. 

Mak kata tak pun nanti babah balik suruh babah datang ambik. Aku cakap okey ja. Sebenarnya malas nak panjang2 cakap sebab Nita masih ada. Tak suka dia dengar perbualan aku. 

Dia masih tunggu aku habis cakap fon kot.. Aku pun tak faham apa masalah dia. 

Dah orang kata tak nak tu tak nak la. Mak aku pulak jenis sangat penyayang dan penakut sama macam aku.. So dia asyik ulang2 ja jangan balik dulu. 

Mak aku sangat risau memandu dalam hujan sebab dulu kami pernah accident. So dia mungkin trauma. 

Lepas tu dia ada darah tinggi jugak. So aku tak suka buat mak aku stress. Aku akan ikut ja apa pun dia cakap.. Supaya dia cepat cool. 

Aku sebenarnya nak cepat2 matikan panggilan. Sebab mak masih bercakap macam tak nak letak. So aku just ya ya ja supaya mak aku faham aku tak boleh cakap. Tu macam code rahsia kami la kununnya. 

Lepas letak fon aku cakap cik Nita balik la dulu. Nanti saya akan tutup lampu aircond semua. Dia tanya betul ni tak nak saya hantar. Aku kata betul. 

Dia kata bukan apa, tak payah la susahkan babah awak. Nak datang nak ambik. Rumah dengan office bukan dekat. Ni dah on the way saya balik. 

Memang ada betul apa dia cakap. Tapi aku berat nak balik dengan dia. Aku cuma cakap tak pe cik Nita balik dulu la. 

Dia cakap okey. Selang 10 minit aku balik jugak la. Redah hujan. Supaya babah tak perlu datang ambik. Aku dah stand by kalau ibu nak bebel kat aku. 

Malam tu aku cerita la kat babah.. Nita nak offer hantar.. Babah cakap aku silly boy tolak pelawaan dia. 

Babah kata aku melepaskan peluang nak kenal rapat dengan dia. Babah kata Nita dah bagus dah layan aku. Tapi aku sia2kan peluang. 

Siap babah cakap, wujud lagi laki macam kau.. Anak aku pulak tu. Tak pandai hidup betul kau ni. Memalukan kaum lelaki. 

Babah dulu pun gemuk, tapi wanita keliling pingang. Yang penting ayat kena kencang. Mulut kena manis sampai kena kencing manis. 

Macam tu la babah aku. Sentiasa berjenaka. Padahal takut bini di dunia nyata. Sebab tu mak aku suka video call. Semua gara2 dia la. 

Aku kata aku dah lama lupa dia. Aku sedar diri. Aku ni tak sepadan. Kena cari pasangan macam aku jugak.. 

Sama2 gemuk. Baru kami saling menerima saling melengkapi. Macam ibu dengan babah.. Kan bahagia ja. 

Eh, tiba masuk pasal pasangan. Padahal Nita offer nak hantar ja.. Bengong betul aku ni. 

Babah cuma diam ja.. Tak tahu la apa dia fikir. Dia cuma kata terlalu low confident tak bagus untuk hidup. Kau tak mampu capai apa2 nanti. 

Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan.. Tapi babah starlightly cakap, dia tak suka perangai aku macam ni. 

Malam tu aku tak boleh tido. Aku runsing tak tentu pasal. Macam kerek pulak aku tolak offer Nita. 

Aku rasa sekali lagi aku hanya malukan diri aku ja. Mesti dia pun fikir aku ni over perahsantan. 

Lepas tu dekat office same rotation. Buat hal sendiri. Tak peduli masing2. Sampai la satu hari office buat makan2. Macam potluck. 

Ibu aku memang pandai masak. Sebab tu kami tembam2. Sebab kat rumah kami sentiasa ada makanan. Ibu buat tepung bungkus dengan agar2 santan. 

Bila Nita makan, terus dia tanya weh ni sapa bawak. Tiba2 semua tertumpu kat aku. Dia cakap sedapnya. Macam rasa orang dulu2 buat. 

Dia tanya order dekat siapa.. Aku kata mak saya buat. Dia cakap la ye ke. Sedap la. Dia kata tepung bungkus tu favourite dia. Tapi susah nak jumpa yang sedap dia kata. 

Tiba2 semua pakat ambik makan kuih mak aku buat. Semua pakat bertanya macam2 la.. Sekejap la licin kuih tu. 

Tiba2 semua beramah mesra.. Tanya aku ni duduk kat mana. Mak ayah kerja apa. Sedangkan sebelum ni tak de orang peduli pun. 

Aku ni sebenarnya suka ja nak bersembang cuma kurang kawan. Tiba2 hari tu aku macam banyak cakap.. Bersembang. 

Lepas tu ada satu suara. Hah boleh dah tu Nita. Bob pun single lagi tu. Tapi orang office tak panggil aku bob. Panggil nama sebenar aku. Cuma aku tak berani tulis nama sebenar. 

Tapi Nita tak peduli pun. Sibuk makan. Macam di dunia dia ja. Sekali lagi aku rasa malu pulak. 

Tapi dia cakap, eh awak mintak resepi kat mak awak. Aku pun okey. Terus wasap ibu. Ibu pun sepantas kilat hantar resepi. 

Gigihnya aku salin dalam a4 semata2 nak bagi dia. Sebab tak de number dia. Lagipun macam ringkas ja resepi tu. 

Untuk pertama kali hari tu aku pergi kat meja dia.. Hulur surat. Dah macam bagi surat cinta daaa. Sekalinya surat resepi ja. 

Dia buka la baca. Aku masih kat sebelah. Tengok jugak wasap dari ibu.. Sebab takut ada benda tertinggal dalam kalut2 aku tulis tu. 

Dia pun perasan la. Dia tanya eh, awak salin ke. Aku kata ye la. Aku letak hp kat meja dia. Suruh dia chek betul tak. 

Dia tanya kenapa tak forward kat saya. Aku kata saya tak de no cik Nita. Dia kata alahai. Mintak la kalau tak de. 

Tapi dia ambik hp aku save contact dia. Pastu suruh forward resepi tu. Kan dp ada gambar dia. Aku rasa macam meremang ja. Sbab elegen gila. Berposing dengan spek hitam. 

Asyik tengok ja gambar dia tiba2 rasa ish dosa semua ni. Balik tu macam biasa. Cerita kat family. 

Diaorg kan tak pernah tengok Nita. Aku tunjuk la gambar dp tu. Masing2 puji melangit la. Lagi pun kebetulan dia up status gambar kami makan tadi tu.. Dapat la family aku tumpang tengok. 

Lepas tu macam biasa la. Masing2 buat hal sendiri. Cuma Nita ni jenis rajin up status. Aku memang selalu tengok status dia. 

Status pun kadang2 jenis jiwang2. Kadang macam orang putus harapan. Aku selalu fikir, mesti dia tengah ada masalah dengan bf dia. 

Tapi aku tak pernah komen apa2. Dan aku pun bukan jenis up2 status. Tapi lepas kejadian tu, aku macam kurang kekok dah dengan Nita. 

Walaupun dia tak tegur, tapi kalau terserempak aku tegur ja la. Cuma jarang jugak terserempak dengan dia. 

Tapi macam rasa janggal tu dah tak de. Dia pun lepas2 tu rajin jugak la tegur aku. Kan kalau dia nak kemana pun kena lalu dari meja aku. So rajin la dia tanya jugak tak lunch ke tak balik ke. Macam tu la. 

Kadang2 ada jugak la dia berhenti sembang kat meja aku.. Tapi takat situ saja la. Cuma komunikasi antara kami kira ok la. Positive. Dia pun nampak selesa nak sembang dengan aku. 

Satu hari tu kan. Ada satu isu tengah hangat dalam jabatan netizen.. Isu artis laki curang. Time tu staff ramai2 la dok membawang gamaknya. 

Dalam ruangan office kami, ada satu meja panjang.. Staff suka melepak situ. Tambah2 kalau ada kerja manual. Kadang duduk makan2 situ sambil bersembang. So time tu Nita macam kusyuk la tengok hp. 

Lepas tu dia cakap, aku ni kadang2 tak faham la jenis jantan macam ni.. Muka pecah rumah orang . Tu pun ada perempuan nak. Tapi tak bersyukur. Sibuk mengatal dengan perempuan lain tak hargai isteri sendiri. 

Lepas tu biasa la geng2 laki komen agak double meaning. Diaorg kata ko apa tahu. Muka pecah rumah pun tak pe. Asalkan servis tip top. Tu yang perempuan suka di samping pket tebal. 

Tapi kan aku betul2 tak sangka Nita akan reply macam ni. Eleh takat k**** 2 inci, 5 minit pun belum tentu tahan. Tak payah cakap pasal tip top la. Biasa jantan macam ni memang perasan dia bagus. Terpaling jantan kononnya. Padahal lembik. 

Kalau sebab duit ye la. Ingat muka macam penyu perempuan nak ke. Sebab ada duit ja ni. Hakikatnya isteri sendiri ja tahu kelemahan suami dia tu. 

Biasa jantan macam ni berani sebab duit ja. Tu pun tah2 bergaya dengan duit bini. Kalau cakap pasal servis, badan pun macam badak. Pu*** pun tak timbul.. Tu pun isteri dia sabar dengan perangai dia. Tapi jenis jantan macam ni mana nak sedar semua tu. 

Time tu tak tahu kenapa. Aku betul2 sedih.. Sebab aku rasa malu Nita cakap tanpa berlapik. 

Aku walaupun lelaki, aku tak pernah cakap benda2 lucah walaupun dengan kawan2. Family aku pun tak ajar macam tu. 

Lagi sedih dia cakap pasal badan. Ye la biasa lelaki macam aku ni ada isu tentang benda macam tu. 

Dia cakap pulak badan macam badak.. Artis tu pun badan besar2 jugak.. So aku memang terasa sangat2. 

Time tu betul2 air mata macam nak jatuh. Entah macam mana Nita pun terpandang aku. Muka dia pun terus berubah dan terus terdiam. 

Aku pun tak tahu dia fikir apa masa tu. Dia terus pergi dekat tandas. Aku pun dah prgi kat meja.. 

Masa tu geng2 laki masih rancak bercakap pasal benda tu.. Cuma Nita blah macam tu ja. Diaorg pun macam terpinga2 la. 

Sebenarnya dia cakap pasal badan pun aku ok lagi. Tapi dia sebut benda sensitive tanpa rasa segan depan ramai2 orang. Aku pun ada situ. Aku terasa dia punya judgment tentang lelaki gemuk memang pasal benda tu ja ke. Dah tak de benda lain dah. Sedangkan curang tak de kaitan dengan badan. 

Aku macam, perempuan jenis apa dia ni.. Tak guna pakai baju sopan2 setiap masa tapi percakapan tak sopan. Pakaian ja ketimuran, tapi adat ketimuran tak de. 

No wonder la lelaki hanya pandang dia macam objek tu ja. Setiap masa lelaki suka usik dia bab macam tu sebab diri dia sendiri yang trigger laki untuk cakap macam tu. Sedangkan dia boleh ja memilih untuk diam dan jangan jawab. Last2 laki akan faham sendiri. 

Sebelum ni aku nampak dia cakap2 macam tu sebab nak buat lelaki terdiam. Tapi hari tu aku nampak dia tidak bermaruah. 

Mungkin sebelum ni kata2 dia masih berlapik kot. Tapi hari tu terlampau open. Atau maybe sebelum ni pun dia selalu ja cakap macam tu. Cuma aku baru first time dengar sendiri. 

Lagi satu, lelaki kan mudah berimaginasi. Masa tu aku rasa bila dia jenis open2 cakap macam tu, macam2 laki akan imagine dia. 

Aku terus rasa macam.. Bukan jijik. Tapi tak reti la nak cakap macam mana. Macam hilang hormat pada dia. Aku rasa macam perempuan murahan kat mata aku. 

Terus aku macam tak suka dia dah.. Aku macam bersyukur dalam hati allah tunjuk perangai dia. Macam satu petunjuk. 

Biasa la, hati manusia ni mudah dirasuk syaitan. Bila tengok salah orang lain, terus rasa diri sendiri betul. Tanpa kita tahu masalah sebenar dia. 

Time tu aku fikir sangat jijik. Aku fikir entah2 berapa ramai laki dia tidur. Tapi kat ofis acah2 bagus. Macam2 lagi la fikiran aku. 

Memang tak patut la aku fikir macam tu. Aku dah mintak maaf pada dia atas fikiran jahat aku lepas kami berbaik. 

Tapi sejak kejadian tu. Aku memang langsung tak pandang dia. Dia ada ja bercakap time ramai2. Tapi aku akan blah. 

Dia datang meja aku pun, aku macam terus elak. Memang nampak ketara perubahan aku. 

Macam aku ni ahli syurga. Dan memang obviously semua orang perasan aku avoid dia. Dia, , lagi la terkesan. 

Dia memang perasan sikap aku macam tak suka dia. Lama2 dia pun tak peduli aku jugak. Tak bertegur tak pandang. Masing2 macam tak pernah kenal. 

Kat rumah pun aku dah tak cakap pasal dia dah. Aku tak cakap reason kat family aku. 

Sebab aku sangat malu nak sebut benda macam tu kat keluarga aku. Tapi family aku macam faham ja la dan respect keputusan aku. 

Number dia pun aku dah delete. Sebab malas nak tengok status acah2 baik dia tu. Lagi satu aku delete sebab satu hari tu dia wasap aku. 

Dia tanya ada masalah apa2 ke. Kenapa layan dia macam tu. Kenapa avoid dia. Dia ada buat salah ke. Tapi aku tak reply. 

Lepas tu dia type lagi. Dia kata kalau dia ada buat salah, ada sakit kan hati aku, dia betul2 mintak maaf. Terus masa tu jugak aku delete no dia. Sebab teringat kata2 dia tu. Terus aku sakit hati. 

Aku fikir buat apa aku nak explain dah aku pun tak nak dia. Kalau aku explain pun tak guna. Sebab aku bukan sapa2 untuk dia. 

Hak dia nak cakap apa ke, nak keluar dengan sapa ke. Lepas tu kalau aku explain pun, mesti dia pun ada point untuk defend diri dia ja. Orang macam ni akan rasa dia ja betul. 

So dia pun tak de contact aku dah sejak tu. Dan tak bertegur dah.. Lama la kami berkeadaan macam tu. Dekat 3 4 bulan jugak rasanya. 

Tiba2 satu malam tu aku dapat call. Aku kan tak save no dia.. So aku tak tahu kata tu dia.. Aku main jawab ja. 

Lepas bagi salam dia kata eh tak sangka dapat reach awak.. Ingatkan awak blok saya. Saya ni try and error ja call awak ni. Aku macam terkebil2 jugak la masa tu. Tak tahu nak jawab apa. 

Agaknya dia tengok aku diam ja. Dia kata la maaf la gangu.. Nak mintak tolong sikit. Urgent. Awak dekat rumah ke sekarang ni. 

Aku kata ye kat rumah. Aku tanya tolong apa. Dia kata ada barang penting tertinggal dekat office. 

Esok dia ada flight ke satu tempat ni. Sebab time tu ada cuti umum panjang dekat 5 hari. So dia plan ke mana entah la, tapi barang pulak tertinggal. 

Dia mintak aku teman dia pergi ambik barang. Sebab rumah kami kan dekat. Lagipun time tu dah dekat 9 lebih dah. Dia kata dia takut nak masuk office sorang2. Ye la office aku kan berhantu. 

Aku macam tak tahu nak jawab apa. Aku kata kenapa tak ajak family awak teman.. 

Aku ni kat rumah jenis pakai kain pelikat sarung. Malas rasa nak tukar pakaian kalau nak teman dia. Malas nak bersiap. 

Dia kata family tak de. Outstation. Aku kata kawan2 lain. Dia kata diaorg jauh. Awak ja dekat. 

Aku dalam hati masa tu, ajak la laki2 lain yang tergila2 kat dia tu. Dari Kuala Terengganu pun sanggup ja diaorg tu datang kalau demi Nita. Macam dah tak de orang lain pulak. 

Agaknya aku macam diam. Tiba2 nada dia macam down. Dia cakap tak pe la kalau tak boleh tolong. Saya pergi sendiri la.. Maaf tau ganggu. 

Lepas dia letak babah tanya kenapa. Aku cerita la.. Terus babah sembur aku. Babah kata seorang perempuan kalau cari kita, tu maksudnya dia percaya dengan kita. Dia rasa selamat. 

Babah kata tergamak aku buat dia macam tu. Aku defend diri aku la. Aku kata tak de maknanya la.. 

Kami ni langsung tak rapat.. Tiba2 rasa selamat la rasa yakin la.. Hausiau aku kata kat dia. Time susah baru nampak aku. Dah macam nak gunakan aku pulak. 

Babah kata tak kisah la. Tapi time dia susah dia perlukan kita, kita kena tolong. Cuba belajar buat sesuatu dengan ikhlas. 

Tak kisah siapa orang tu. Jangan harap ganjaran manusia. Allah cakap hilangkan kesusahan orang, allah akan hilangkan kesusahan kita. 

Pergi teman dia babah kata. Aku kata dia kata nak pergi sendiri kan. Biar la dia. Aku masih malas sebenarnya. 

Babah kata jangan lupa kau ada adik perempuan jugak. Aku pun ermm ya la. Malas nak panjang isu bila babah nak berubah jadi ustaz. 

Aku call dia balik dia tak jawab. Aku kata dia tak jawab. Mungkin dah pergi kot. Malas nak beriya sebenarnya. 

Sebabnya aku jadi trigger dengan kata2 lucah dia dulu tu.. Babah kata ko ringing 2 kali ko letak. Tu bukan call namanya. 

Tapi tak sangka dia call semula pulak. Aku terus cakap saya datang ambik la. Tapi dengan babah saya. 

Tak kan aku nak berdua dengan dia. Lagi satu sengaja nak susahkan babah aku. Balas dendam. Sebab babah pun pakai sarung jugak. 

Dia macam excited pulak tiba2. Dia kata tak pe tak pe.. Saya datang rumah awak. Nanti send location ye. 

Adoi, terpaksa aku save no dia. Aku dah cakap dengan babah kena ikut. Babah ok ja la. 

Sebabnya aku macam kekok la nak berdua dengan dia dalam kereta. Kan kami macam tak ok. At least babah rajin sembang.. Blh la teman bersembang dengan dia. 

Tapi time tu mak aku pun kalut nak ikut jugak. Dah macam rombongan cik kiah pulak. 

Aku kata kita ni dah la gemuk2. Kereta tak muat. Tak pun aku tak ikut. Ibu dengan babah ja pergi aku kata. Dia cuma perlukan peneman. Tak kisah la sapa orangnya. 

Lepas tu apa jadi aku sambung nanti kalau rajin. Ataupun tak sambung dah. Menaip ni penat jugak rupanya. Dengan korang ni tak sabar2.. 

5 minit sekali tanya mana sambungan. Dah macam time bom nak meletup aku rasa. Tu pun gigih aku cari masa nak karang. 

Confession pertama korang positive. Confession ni pasti aku teruk kena kecam. 

Aku sebenarnya tak pandai nak skip2. Apa yang pop up dalam otak, itu yang aku tulis. Kalau banyak skip takut orang banyak persoalan dan tak faham cerita. 

Sebab tu jalan cerita aku dah macam kisah novel dan panjang. 

Tapi tu pun aku dah skip banyak dah.. Tapi ni kisah sebenar aku ye. Bukan rekaan. 

Btw, aku kahwin dengan dia pun sebab babah direct tanya dia nak tak kahwin dengan aku.. 

Kalau harapkan aku, memang aku tak akan ada move pun la. 

Tapi babah bukan tanya masa tu. Dah lama2 tu baru babah tanya. Sebab Nita lagi rapat dengan family aku berbanding aku. 

Nita ni sebenarnya lain sisi di rumah dan di office. Macam dua orang berbeza. 

Dia ada konflik keluarga dan banyak kisah duka dalam hidup dia.. Aku selama ni banyak salah faham dengan dia. 

Kalau ada peluang lagi nanti aku sambung ya.. 

– Bob (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Adoi lah bob. Tolong la sambung, ko buat macam trailer novel pulak dah ni.. tengah syok baca terberhenti.. cepat sambung!

  2. selama ni kalau cerita panjang, aku skip je tapi time citer ak boleh pulak follow dari atas sampai bawah, xsabar nak baca sambungan cmner blh kawen dgn nita pastu cmner kehidupan dgn dia lepas tu

    • bettuuuul. tahu tahu baca dah sampai bawah. selalunya separuh jalan dah giveup dah membaca

  3. lah senyum sorang2 aku dok baca part 2 ni, cepat sambung bang hahahaha tak sabar nak tahu kejadian malam tu & kehidupan lepas kawin dengan cik nita tu!

  4. Bob…kau punya cerita A++++

    Aku suka.
    Kau sambung cepat.
    Tak kisah la kau penat ke kau apa ke.

    Nak tahu apa jadi hari teman ke ofis tu!!

    Lps tu nak tahu skrg ini kau mmg masih bob yg sama ke..
    Jenis low self confidence?
    Sbb Aku bob juga tapi style babah kau.

    Masa bujang ramai gf.
    Aku bila bab jaga gf sampai ex gf cari aku balik sebelum aku kahwin.
    Mintak putus tunang sbb nak aku kahwin dgn dia.
    Alasan dia lelaki lain tak sama dgn aku.
    Masalahnya aku lg sebulan nak kahwin.

    Satu je aku mmg badan besar tapi pd aku itu bkn halangan aku jadi pendiam.
    Ramai je kawan2 aku.
    Lelaki perempuan.
    Dan aku bila Settle down aku btl2 settle down.
    Tiada gf gf or scandal.
    Scanner ada la Hahahaha

  5. Bob sambung part 3 tau. Tak perasan waktu berlalu baca cite awak ni. Best gila! Nk tahu mcmne korang boleh khwin.comel😭😭😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *