Aku Lelaki Gemuk

Selalu dengar perempuan ja luah pasal ni. Tapi hari ni aku rasa nak luah sebab aku rasa mental aku ada masalah, bukan badan aku. 

Aku ni memang jenis badan besar. Tapi tak de la gemuk gila. Mungkin faktor keturunan kan.. Mak dengan babah aku pun jenis saiz XXL. 

Biasa lelaki gemuk perempuan mana suka.. Aku pun tak pernah fikir pasal perkara tu.. Dari aku study sampai kerja aku takde feeling cinta2 ni. Aku pun tak pernah tertarik pada sapa2. Sebab aku rasa orang tak akan suka aku pun. 

Hidup aku simple. Kami jenis hidup family2.. Makan enjoy bercuti. Macam tu la life kami.. 

Lepas makan malam berkumpul dekat hall, sambil tengok tv sambil berborak.. Kami memang close and attach each other. 

Mak dan babah tak pernah buatkan kami rasa down dengan fizikal kami walaupun masa sekolah pernah ja budak2 ejek. 

Tapi babah paling cool. Dia akan kata budak2 tu jealous sebab tak cukup makan. Kita kena kesian dengan orang yang ejek kita. Lepas tu kena bersyukur sebab kita banyak makanan sampai gemuk. Bukan rasa marah.. Orang gemuk tanda bahagia babah kata. 

Macam tu la babah. Ada ja la kata2 dia apa2 akan buat kami terhibur. Biasa orang gemuk macam aku mudah terhibur. 

Aku 2 beradik ja.. Aku abang, dan adik perempuan aku.. Pun chubby jugak. Cuma dia masih study lagi. Babah pun masih kerja lagi. 

Satu hari aku dapat kerja dekat satu badan berkanun. Dekat sini la aku jumpa Nita. Dan point aku nak sampaikan bermula kat sini. 

Nita ni jujur cakap cantik gila. Macam ada kacukan. Orangnya tinggi, putih pink2 kulit dia. Hidung mancung. Free hair. Berpelajaran tinggi. Keluarga oversea. 

Tapi pakaian dia sopan. Sentiasa baju kebarung. Cuma rambut dia panjang lurus di lepaskan. Dia memang minat pakaian klasik. 

Dekat office ramai ja nak try dia. Tapi Nita jenis garang dan tahu bawak diri.. Biasa kat office kan akan ada ja puak2 yang suka gurau double meaning. 

Nita akan balas sampai orang2 tu termalu sendiri. Kadang2 sengaja ja orang dari jabatan lain datang ziarah office kami semata2 nak tengok Nita. Alasan diaorang rindu lama tak tengok Nita. 

Lepas tu akan ada la ayat2 jual minyak diaorang. Walaupun Nita macam garang jugak, masih ramai ja tak putus asa nak try dia. 

Bos datuk besar2 pun minat dia. Tapi macam aku cakap. Dia friendly dengan semua orang. Tapi ibarat dia tahu limit dia apa. 

Mungkin cara dia reject tu orang tak terasa hati kot.. Macam dia akan cakap ko ni takat pakai Myvi tak payah la bermimpi nak aku. Nak renew roadtax pun pinjam sana sini. Lebih kurang macam tu la. 

Laki tu pun jawab jugak.. Sebab tu nak kahwin dengan kau.. Kau boleh support suami. Lepas kahwin upgrade diri. Dari Myvi ke Honda. 

Then ada la diaorang jawab sesama diaorang. Tapi Nita cakap dia nak yang kaya yang boleh labur duit kat dia. 

Masa tu aku terfikir la.. Tak mustahil Nita nak yang kaya.. Dia layak dapat macam tu. Dia ada segala kualiti. 

Aku pernah jugak dengar orang cakap ada ja kerabat2 melamar dia. Tapi Nita tak nak.. Entah betul ke tak. Kalau betul kenapa dia reject pulak. 

Tapi aku tak pernah cakap dengan Nita.. Sebab secara jujurnya aku jenis pemalu, soft dan kurang kawan.. So aku tak pandai sangat bergaul. 

Cuma ada la berangan dalam hati. Bestnya sapa jadi suami dia. Lepas tu aku tiba2 down sendiri. Nita macam ada ciri2 lelaki yang dia nak. 

Mesti kurus handsome, kaya. Sebab dekat office ada sorang pegawai ni. Nita macam selesa dengan dia. Cuma encik pegawai tu macam biasa2 ja dengan Nita.. 

Maybe sebab dia dah kahwin kot. Atau memang dia jenis tak layan perempuan. Nita pun sembang hal kerja cuma nampak Nita selesa dengan dia. 

Ataupun boleh jadi Nita dah ada bf. Mustahil orang macam dia single. Mungkin dia rahsiakan status dia. Macam2 pulak persoalan aku masa tu. 

Satu hari Nita datang kerja pakai maroon. Aku macam terpukau tengok dia. Aku rasa maroon sesuai dengan Nita. 

Aku dekat mesin fotostat masa tu. Nita dekat meja dia la.. Tengah tengok hp. Cuma mesin tu bertentangan dengan meja dia.. So memang jelas nampak dia. 

Entah macam mana dia perasan aku pandang dia kot. Tapi aku tak perasan dia pandang aku.. Punya kuat aku berkhayal. 

Lepas tu aku tersedar. Dia masih pandang aku. Terus kelam kelibut aku pergi kat meja aku. Tak jadi fotostat. 

Jantung ni macam nak pecah masa tu.. Menyalahkan diri sendiri tak henti2. 

Aku bukan macam lelaki lain. Aku jenis penakut. Nita jenis berani dan sangat2 matang. 

Lepas tu aku rasa ralat nak berhadapan dengan Nita. Aku sentiasa cuba elak dari jumpa dia. 

Mujur la kerja2 aku tak berkait dengan dia. So tak de benda nak komunikasi. Mesti korang tak percaya, esok tu aku tak datang kerja. 

Punya aku takut. Takut dia marah ke atau malukan aku ke. Takut dia tanya kenapa aku pandang dia ke. Aku nak jawab apa. 

Aku tak tahu nak berhadapan dia macam mana. Sebab aku zero pengalaman dengan perempuan. 

Balik rumah pun aku macam down la. Babah ada tanya. Aku cakap tak de apa. Penat kerja. Macam tu la. 

Cuma aku kerap la salahkan diri. Aku rasa malu sangat. Dah lama2 aku buat macam biasa la.. But still akan cuba avoid dia. 

Aku cuba kembali ke realiti yang dia tak akan pandang lelaki macam aku walaupun dia single atau aku ja satu2nya lelaki tinggal kat dunia ni. 

Tapi aku akui, aku memang rasa suka kat dia. Cuma aku belajar untuk cantas perasaan tu. 

Satu hari dekat cafe aku tengah beli sarapan. Tiba aku dengar suara, awak ada 3 ringgit tak. Aku kalih la, tengok2 Nita. Adoii nervous gila. 

Dua kali dia ulang ada 3 ringgit tak. Sebab makcik tu tak de duit pecah. Aku cakap tak pe la aku belanja. Dia kata tak pe. Tak payah.. Petang nanti saya tukarkan duit saya bayar balik. 

Aku kan penakut. Mana berani cakap lebih2.. Aku iyakn ja la. Bayarkan 3 ringgit mee dia beli tu. 

Sebenarnya dalam hati leganya dia tak tanya pasal hari tu.. Kalau tak mampus aku nak menjawab. 

Aku sebenarnya ingat nak habiskan in one confession ja. Tapi ni pun dah panjang. Kalau korang tak kecam lebih2, insyallah nanti aku sambung. 

Sebenarnya aku dah kahwin dah dengan Nita. Nanti aku cerita la kejadian tu…

– Bob (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Halahalahalaaa… So sweet… Hehee tapi citer klimaks part last tu terkejut i… Nak sambungan please…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *