23 Tahun dan RM100,000 II

Untuk part I, (https://iiumc.com/23-tahun-dan-rm100000/).

Hampir lima tahun berlalu selepas aku hantar first confession dan sekarang aku berumur 27 tahun. Sungguh aku tak sangka ramai yang memberi komen positif, mengingatkan untuk membayar zakat dan tak lupa juga ramai yang mendoakan aku.

Semoga doa yang baik-baik tersebut kembali semula kepada kalian. Aku tergerak nak baca semula confession pertama apabila aku nak set financial goals pada tahun 2022.

Aku buat confession kedua ini berkisarkan apa aku buat dengan wang RM100,000 dan hasilnya apa yang jadi pada aku sekarang.

Aku tak tahulah confession seumpama ini masih mendapat tempat dalam hati pembaca IIUM Confession sebab aku rasa genre confession zaman sekarang nampak lain macam gayanya HAHAHA. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah teruskan membaca.

1) Smartphone

Aku guna iPhone 5s aku tu sehingga nafasnya yang terakhir. Semasa di hujung riwayat, aku terpaksa membawanya ke hulu ke hilir bersama powerbank sehingga akhirnya dia tak dapat lagi bernyawa sebab badannya terlalu kembung. Plan asalnya, aku nak beli phone di Malaysia.

Tetapi disebabkan phone aku terlalu nazak, aku terpaksa membeli phone secondhand bernilai lebih kurang RM2,000. Phone pilihan aku masa itu adalah iPhone 7 HAHAHA beriya kutuk iPhone dalam confession lepas tetapi last-last beli iPhone juga.

Aku membelinya seminggu sebelum flight aku berangkat pulang ke Malaysia.

Pada masa itu, kesemua duit simpanan aku telah pun dipindahkan ke Malaysia dan terpaksalah aku korek saki-baki duit aku di sana sebab takut tak dapat contact parents aku bila sampai di airport dengan phone yang sedang nazak.

Genap empat tahun sekarang aku guna iPhone 7 ni dan Alhamdulillah tiada apa masalah. Aku aim nak pakai 5 tahun tetapi jika terus tiada masalah begini, mungkin selama yang mungkin.

2) Kereta

Rezeki orang sememangnya dah ditetapkan cantik. Aku menganggur hampir empat bulan selepas grad sebab ada aral yang membuatkan aku terpaksa menolak tawaran kerja yang diterima sebaik sahaja menjejakkan kaki di Malaysia.

Dalam pada itu, aku sempat menghabiskan lesen motor dan kereta sekaligus.

Apabila mula bekerja, aku tinggal di asrama pekerja dan aku pergi kerja menaiki motor. Breakfast dan lunch juga turut disediakan di kilang.

Aku hanya mengeluarkan duit untuk membeli dinner. Perbelanjaan bulanan aku pada ketika itu tak sampai RM700 sebulan termasuklah duit untuk diberikan kepada parents.

Habis sahaja probation, aku terus pergi ke kedai-kedai kereta jenama tempatan dan mengeluarkan sebiji kereta 1.6cc dengan deposit sebanyak RM10,000 (duit saving) + RM5,XXX (simpanan gaji sejak aku bekerja).

Instalment kereta aku ini tak sampai RM500, namun percayalah financial spending akan totally berubah lepas ada kereta sebab minyak, tol, parking, servis, maintenance dan macam-macam lagi.

So, nasihat aku bagi yang nak berjimat especially lelaki, tak perlulah beli kereta dulu melainkan jika ada keperluan.

Sekarang dah dua tahun lebih aku pakai kereta ini dan aku aim nak buat full settlement sebelum tahun kelima. Semoga dipermudahkan.

3) Rumah

Aku dah beli rumah subsale medium cost tak sampai RM250,000. Untuk ini, aku habiskan dalam RM3X,XXX termasuk deposit, legal fee etc.

Aku buat pembelian semasa negara dilanda pandemik dan dapat kunci pada bulan Disember 2019. Tahun 2020, tak sampai setengah tahun rumah aku disewakan dan kosong sehingga sekarang.

Walaupun aku dah follow ramai sifu hartanah, namun untuk mengaplikasi dalam dunia realiti bukan suatu yang mudah.

Jadi, aku boleh katakan investment ini tak berapa nak menjadi bagi aku dan sekarang aku sedang berkira-kira untuk duduk sendiri saja.

Mungkin ini adalah rumah pelaburan aku yang pertama dan terakhir barangkali.

4) Kahwin

Terima kasih sekali lagi kepada yang mendoakan jodoh aku. Alhamdullilah aku dah setahun lebih berkahwin.

Dan korang pun tahu berapalah sangat nilai kahwin PKP. Aku tak kira sangat sebab aku cuma guna duit saving gaji dan husband juga ada keluarkan duit.

Mungkin jumlah lebih kurang RM3,000 termasuk hantaran bagi dua belah pihak yang tak sampai RM800.

Tetapi duit aku bakal dihanguskan sebab parents aku nak juga buat kenduri untuk pengantin lama ini. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan aku nak naik pelamin tahun ini.

5) Bawa parents datang masa grad

Aral yang aku katakan tadi adalah aku kena jaga mak aku yang sakit di hospital.

Aku grad masa musim winter. Dengan harapan mak aku akan sembuh, aku nak juga tunaikan hasrat untuk bawa family ke negara tempat aku belajar, jadi aku belikan tiket masa musim bunga.

Namun, sakit mak aku berlarutan dan akhirnya tiket kedua-dua parents aku burn. Hanya kami adik-beradik saja yang pergi. Aku cuma menanggung kos adik aku yang bongsu sahaja, yang lain dah bekerja dan keluarkan duit sendiri.

6) Pelaburan

Selebihnya aku masukkan ke dalam pelaburan. Aku cuba diversify investment aku kepada beberapa tempat.

Aku ambil takaful yang ada pelaburan sekali, ASB & ASBF, Tabung Haji dan ada juga yang lain. Mulanya aku join Wahed tetapi aku ni takut rugi, so aku pilih portfolio moderately aggresive.

Memang moderate weh keuntungan dia HAHAHA Bila TouchnGo Go+ umumkan dorang dah patuh syariah, dengan segera aku pindahkan duit ke dalam Go+. Walaupun tak banyak, tetapi nampaklah juga hari-hari ada kenaikan.

Sebulan bolehlah lepas tol LDP beberapa kali HAHAHA Untuk bursa, aku rasa memang menarik, tapi aku jenis tak berani. Mesti aku marah diri sendiri kalau loss nanti. Sebelum aku stress sebab loss, better aku tak join langsung.

Begitulah kisah aku & RM100,000. Dan apa jadi pada aku sekarang?

Orang kata lepas kahwin banyak pakai duit tetapi terbalik pula bagi aku, Alhamdulillah (berkat doa semua) aku dikurniakan suami yang sekufu dengan aku, dia tiada komitmen tetap selain ASBF, takaful dan parents.

Jadi, dia boleh menanggung aku sepenuhnya. Dan aku menjadi lebih senang selepas kahwin, gaji aku hanya bayar komitmen tetap (kereta, rumah, takaful), parents dan lain-lain yang aku suka .

Dengan RM100,000, selepas lima tahun aku masih orang yang sama, tiada apa berubah. Dengan gaya hidup begini, selepas ditambah dengan dividen ASB yang diumumkan hujung tahun lepas, aku masih ada RM100,000 cash dalam ASB.

Simpanan lain tak terkira pula aku, yang pastinya jumlah simpanan aku semakin bertambah dan bukan berkurang.

Aku bersyukur dengan hidup begini dan berdoa sentiasa diberikan rasa cukup. Hanya satu rezeki yang aku ternanti-nanti sehingga saat ini iaitu zuriat.

Mungkin simpanan ini akan aku salurkan sebahagiannya untuk rawatan mendapatkan zuriat. Aku mengharapkan doa semua agar dipermudahkan untuk rezeki yang satu ini. Dan mungkin ada yang boleh berikan petua bagi hal ini.

Ada juga komen yang bertanya pasal tips berjimat & apa aku buat semasa belajar untuk dapatkan simpanan sebegitu tetapi aku rasa dah cukup panjang confession kali ini. Jika ada permintaan, mungkin ada confession susulan nanti. InsyaAllah.

– two완two완 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *