27 Tahun Yang Bakal Berakhir

Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta pun. Aturan orang tua. Tapi akhirnya menyemai cinta dalam hati saya.

Tapi mungkin sebaliknya bagi dia.

27 tahun dengan 4 orang cahayamata pun tak cukup untuk dia melihat jasa saya.

Orang kata lelaki masuk 5series ni makin hot, makin stabil, matang, perfect.

Rambut beruban sikit², berjambang bermisai putih pun masih terserlah kemachoan dia. Tapi dia memang macho pun dengan gaya dia tersendiri.

Character dia yang garang, serius, tak mesra alam tu rupanya hanya dengan saya ja.

Kenapa saya buta menilai dia selama ni?Sangkaan saya tu memang sikap dia. Rupanya dendam pada keluarga dia dilepaskan pada saya.

Awal² kahwin pun dia dah cakap, dia tak suka saya pun. Terpaksa akur kehendak keluarga katanya.

Tapi cakap semua tu lepas kahwin.. Kenapa tak cakap awal² sebelum kahwin? At least keluarga kami mesti batalkan majlis.

Pun begitu 27 tahun rumahtanga ni bertahan. Awal² perkahwinan ramai nasihat saya. Awal² memang macam tu. Nanti hati dia akan berubah.

Belajar pikat dia, belajar masak apa yang dia suka, dan macam² nasihat. Semuanya saya ikut sebab semua orang sedia maklum dia tak cintakan saya pun.

Keluarga dia mahupun keluarga saya, hanya nasihat saya agar bersabar, doa. Nanti ada anak dia akan berubah. Lama² hati dia akan lembut hati.

Saya pun bersabar selama ini. Tapi rupanya tak pernah sekali pun dia menyintai saya sebagaimana saya menyanjungi dia.

Bahkan walaupun anak 4 orang, dia tetap sama…

Sikap dia dengan anak pun macam tu jugak.Cuma dia ambil berat bab pendidikan anak².

Mungkin kerana dia seorang pensyarah….

Jadi pendidikan sangat penting bagi dia. Hingga dia pastikan anak² kami semua jejak kaki ke menara gading.

Lama², kami pun dah terbiasa dengan sikap sang ayah yang sebegitu. Asalkan dia bertangungjawab pada kami dan ada depan mata kami.

Dari anak empat hingga cucu seorang….

Anak sulung baru setahun lebih kahwin dan ada sorang anak, tapi sikap dia sama ja.

Dengan cucu jugak tak berapa mesra. Tak seperti lelaki² lain. Tak dapat saya baca apa dalam hati dia.

Dia sperti terasing dalam keluarga ni.. Hanya buat hal dia saja. Cakap bila perlu. Anak cucu memang tak rapat pun dengan dia.

Lama² saya fikir memang inilah kehidupan. Mungkin tak mampu ubah dia.Tapi saya bahagia ja dengan cara dia macam ni.. Manusia semua tak sama kan. Orang kata give and take.

Tipu la kalau sebagai seorang isteri, saya tak impikan suami yang romantik.

Tanya sepatah dua. Dah makan ke….. Sihat ke……. Itu ja romantik yang saya harap dari dia.

Tapi ye la. Dengan anak² pun dia tak pernah tanya, apatah lagi saya isteri yang tak diingini dia.

Lama² saya pun dah terbiasa dengan semua ni.. Cuma saya tak pernah terfikir dia akan ada perempuan lain.

Saya fikir sampai mati pun mungkin macam ni ja kot sikap dia..

Dah bercucu² bagai, mana mungkin time ni dia nak cari pasangan. Kalau nak, dari awal² dulu lagi.

Tapi saya lupa seperkara, ujian lelaki bermula apabila berubah fasa. Dan ujian untuk saya jugak..

Mungkin umur macam ni, nafsu dan keinginan dia lain kot.

Satu hari waktu lunch, saya ke sebuah mall. Niat nak belikan baju untuk cucu. Mujur saya berseorangan masa tu.. Selalu ada jugak kawan² meneman.

Tiba mata saya terpandang susuk sang suami di sebuah kedai pakaian berjenama. Sedang memilih baju jugak. Saya berkira² nak pergi tegur dia.

Baru nak menapak, dia bawak baju tu letak pada badan seorang perempuan.

Seorang perempuan yang sangat² muda.. Mungkin baya anak kedua kami.

Saya akui budak tu sangat cantik. Macam mix². Senyuman manis. Free hair. Ada dua dimples.

Melihat kemesraan mereka, saya terkedu dan terpana.

Macam² perasaan masa tu.. Lama saya melihat gelagat pasangan dua sejoli tu..

Suami tanpa segan silu memeluk pingang dia.. Perempuan tu pun membalas pelukan. Mungkin berterima kasih suami belikan dia baju kot.

Suami membayar pakaian² dia. Lepas tu berjalan ke kedai² lain. Si perempuan tak lepas tangan berpaut pada lenggan suami. Sangat manja.

Suami saya nampak sangat ceria, tersenyum bahagia. Nampak suami berborak² dengan dia. Dua² saling ketawa.Entah apa yang lucu kan.

Lupa saya, kehidupan saya yang lucu sekarang ni. Kemudian berdua tu masuk ke sebuah restoren.

Bagai disiat² hati saya melihat kemesraan dua insan tu.

Cemburu?? Sumpah saya cemburu. Dengan saya sekali pun tak pernah macam ni.

Tapi lagi memalukan, kenapa budak muda baya² anak kita?

Kalau dia dengan ex dia pun mungkin hati saya tak sakit macam ni.

Oh ya, lupa saya apa istilah pucuk muda bergetah². Tak mungkin saya mampu jadi bergetah² dengan umur macam ni.

Apatah lagi dah nenek pun saya ni.. Jauh nak dibanding dengan anak dara.

Tapi beza dengan suami. Orangnya mampak muda ja. Badannya kecik² dan tegap. Mungkin saya yang tak perasan berapa banyak perempuan tertarik dengan dia.

Kalau dia hitamkan rambut dan cukur misai² dia,mungkin nampak macam 20an kot.

Orang lelaki makin tua makin handsome. Apatah lagi suami jenis jaga penampilan dan kesihatan.

Selama ni, mungkin dengan saya ja dia sangat pendiam. Tapi hakikatnya mungkin dia sweet talker. Sampai berjaya pikat budak muda.

Saya cuba kekal tenang. Bukan style saya nak mengamuk² tak tentu hala. Belum masanya jugak untuk saya confront dia.

Saya ambil masa perhati sikap dia. Sama macam biasa, balik kerja kadang 7malam kadang 8 malam.Biasanya sebelum pukul 10 dia ada di rumah.

Sebab dia kan jenis jaga kesihatan, jaga tidur. Tidur pukul 11 dah lewat untuk dia. Sebab suami jenis bangun awal pagi dan terus pergi joging.

So saya terfikir, biasanya budak² muda ni selalu nak kan perhatian.Maksud saya nak bertext call bagai.

Tapi suami tak berapa tengok phone sangat. Tengok sekejap² ja. Banyaknya dia tengok laptop.

Mungkin jugak dia sibuk siapkan kerja² pengajaran dia untuk kelas esok.

Ye la dah time kerja dia sibuk bercinta. Balik rumah la kot pulun nak siapkan kerja.

Ataupun lakonan dia semata². Ya la, dari whatsapp web pun boleh mesej kan..Mustahil budak tu boleh sabar tanpa perhatian dia.

Dan lagi mustahil kalau suami ada niat tak nak anak isteri tahu belang dia. Setahu saya, suami bukan peduli perasaan kami.

Ke suami pun nak enjoy² ja dengan budak tu.. Entahlah.. Buntu saya rasa dengan pelbagai soalan dan andaian.

Dua bulan saya kumpul bukti hasil detective yang saya upah.

Seperti yang saya sangka, budak tu memang student dia. Baru semester dua.

Saya ingat dah sem² last ke atau dah habis belajar. Rupanya muda dari anak ketiga kami.

Dengan bantuan detective, saya ada semua maklumat pasal budak tu..

Tapi sebelum saya confront suami, saya nak jumpa budak tu dulu.

Tapi budak² sekarang tak macam orang dulu² kan. Berani budak sekarang luar biasa.

Kalau umur² saya macam ni, dah takut dah kalau bercinta dengan suami orang. Lagi takut kalau isteri tu datang bersemuka.

Tapi budak tu langsung tak takut. Lain macam citarasa suami saya. Mungkin dia suka yang bold macam budak ni. Bukan yang cold macam saya.

Saya tanya apa hubungan awak dengan suami saya. Dia cakap tu lecturer dia. Saya kata betul ke sekadar lecturer. Dia diam.

Saya tanya awak tahu ke dia ada anak isteri. Ada cucu. Dia kata tahu. Suami cerita semua dia kata.

Saya tanya habis kenapa nak orang tua baya² bapak awak.

Sedangkan ramai anak² muda baya awak. Awak pun cantik manis ja. Cari la yang padan saya kata.

Dengan biadapnya dia jawab, pergi la tanya suami awak, dia yang nak saya. Kenapa tanya saya..

Sebelum serang² orang, tanya diri sendiri dulu. Kalau awak tak de kelemahan, suami awak tak cari orang lain.

‘awak’ ye dia pangil saya. Saya ok ja dia nak pangil saya unty atau makcik. Lebih sopan dan beradap.

Tapi ni dah macam saya pulak yang gangu rumahtangga orang sekarang ni.

Lagi satu, saya bukan serang dia ye.. Saya tanya baik² ja.. Sebab saya nak tahu kenapa..Saya nak dengar budak tu cakap apa.

Tapi saya cuma angguk sayu ja. Memang saya banyak kelemahan. Saya tanya dia, suami ada cerita kelemahan saya ke..Dia dengan sinisnya jawab banyak ja.

Saya tanya awak pernah tidur dengan dia ke. Walaupun saya tahu jawapan. Tapi saja nak dengar dari mulut dia.

Dia soal saya balik kenapa saya nak tahu semua tu. Katanya tu urusan mereka.

Cumanya dia kata, saya kena sedar diri kalau saya tak mampu layan suami saya. Ikutkan nak ja saya lempang dia. Tapi bukan salah budak tu ja kan.

Apa yang suami cerita kat dia pun tak tahu la. Lelaki bukan akan cerita perkara sebenar.

Yang halal dia tak nak..Haram jgak yang sedap kan.

Tak sanggup lagi saya nak tanya apa². Bimbang hati sendiri yang terluka. Lagipun tepuk sebelah tangan tak bunyi kan.

Dah tiba masa saya bersemuka dengan suami. Tapi belum sempat saya jumpa suami, suami lagi laju serang saya kat tempat kerja.

Entah apa budak tu cerita. Saya kata nanti kita bincang kat rumah. Tapi suami macam kena rasuk setan.

Malu dengan kawan², saya paksa suami masuk office saya. Sebab suami marah² dekat parking. Saya pun baru sangat² sampai pejabat masa tu.

Beriya suami backup budak tu. Kata saya ni ugut budak tu la, takut kan dia la.

Saya kata abang tak malu ke berkelakuan macam ni. Dengan usia abang macam ni..Malu kat anak².

Dia kata saya yang tak tahu malu..Saya bersikap macam low class pergi serang² budak tu. Tak berani nak tanya dia sendiri.

Saya kata bukan tak berani.. Memang saya nak tanya abang.. Tapi saya nak dengar dari budak tu jugak.

Macam² la suami marah. Sebijik macam kena rasuk syaitan. Terpekik terlolong.

Sangat protective pada budak tu.. Memang betul² sayang ni.

Saya tanya, kalau saya yang buat macam ni.. Abang ok ke? Saya keluar dengan laki lain tak kira sapa la..Abang boleh terima ke?

Dia kata ingat aku heran pasal kau ke. Kau tidur dengan sapa pun aku tak peduli la. Ni kan nak heran kau keluar dengan sapa.

Tergamak betul abang cakap macam ni kan….

Saya tanya, abang langsung tak pernah sayang saya ke?Dia kata tak.

Saya tanya habis anak kita empat orang tu.

Dia kata tu sebab kesian kat saya ja.. Sebab keluarga saya merayu² kat dia untuk jaga saya. Masa tu suami saya jarang balik rumah.

Mak saya takut orang tuduh saya mandul. Style zaman dulu, sebab saya tak mengandung. Orang asyik tanya ja.

Dan katanya dia patuh pada cakap mak dia. Sebab tu dia stay ja sampai sekarang. Saya angguk lemah.

Memang awal² dulu mak saya susah hati tengok perangai menantu dia sorang ni.

Zaman dulu orang takut cerai berai ni.Takut rosak kehidupan anak perempuan. Tapi sekarang pun apa bezanya. Tetap rosak jgak hidup saya.

Dulu² orang tua fikir, kalau dah ada anak, hati lelaki akan berubah. Tapi tak mgkn untuk suami saya yang keras hati ni.

Anak pun dia tak pernah sayang mungkin…..

Suami kata tanya diri sendiri la, empat anak tu dia ke yang nak.

Cara dia mention seolah² saya yang merogol dia pulak.

Dia kata dulu dia rasa nak bercerai.. Saya dah mengandung anak pertama. Tak sampai hati katanya.

Lepas tu dia fikir tunggu anak besar sikit. Sedar² dah dua, tiga, empat anak dah. Dia kata tu la benda paling menyesal dengan saya.

Nasib baik saya tak boleh beranak lagi dia kata. Kalau tak, saya sengaja akan ikat dia dengan alasan anak berdozen. Hinanya saya di mata dia kan.

Dia ungkit selama ni ada ke dia sntuh saya? Saya yang mulakan dia kata.

Dia bukan nak pun semua tu dengan saya. Tapi fikir tangungjwab dia sebagai suami, sebab tu dia tak menolak katanya.

Untuk pertama kali saya rasa maruah saya dipijak²….Rasa jijik dengan diri sendiri. Seperti saya ni seorang pelacur pulak.

Memang betul saya akui, saya yang mulakn. Adakah kerana saya seorang perempuan saya tak berhak mulakan?

Sedangkan dia suami saya yang halal. Dan saya jugak punyai keinginan itu kerana saya seorang manusia biasa. Tapi akhirnya semua tu nampak salah saya kan.

Saya tanya dia, selama 27 tahun ni, adakah hari² saya mintak? Abang ingat tak bila last time kita bersama? Tahun bila…

Mungkin tak sampai 50 kali pun kami berhubung badan selama ni. Dia sendiri pun tahu, sangat² jarang.

Semakin anak² kian membesar, semua tu dah makin tak de pun. Cuma asal bersama ja lekat. Rezeki Allah bagi. Tapi tergamak dia kata saya sengaja nak ikat dia.

Tapi tak pe la. Dia memang pendam banyak benda selama ni. Saya berterima kasih kat dia at least hari ni dia berjujur tentang perasaan dia.

Selama ni bukan saya tak pernah tanya..Tapi dia hanya diam diam dan diam!!! Sekali pun tak pernah cakap apa².

Sampai saya fikir, mungkin dia sayang ja kat saya.Kalau tak mana mungkin sampai bercucu dia setia dengan saya. Mungkin dia jenis tak tunjuk kasih sayang..

Tapi hari ni saya dah dapat jawapan. Jawapan dia, sebab dia hanya kesian kat saya ja dan patuh pada kata² mak dia. Sebab tu dia diam dan hidup terpksa selama ni dengan saya.

Sentuh saya sebab kesian kat saya…. Bertahan hidup dengan saya sebab kesian kat saya……. Sanggup jadi bapak untuk anak² kami pun sebab kesian kat saya……

Betul tu abang. Memang kesian hidup saya ni.

Terima kasih banyak² atas jasa terbesar abang mengasihani saya selama ni. Saya akan kenang jasa abang sampai bila² pun.

Terima kasih sebab bagi saya title isteri, ibu, nenek. Banyak dah tu jasa abang bagi kat saya.

Saya tak salahkan suami.. 27 tahun ni entah macam mana dia hidup. Hari ni saya pulak rasa kesian kat dia. Mungkin macam neraka bagi dia selama ni.

Dan mungkin dah tiba saat dia nak rasa istilah merdeka sebenar bagi diri dia.

Nak tahu tak, selama ni hidup, sekali pun saya tak pernah tengok dia senyum. Tapi first time mungkin saya tengok dia ketawa riang dengan budak tu.

Betul kata budak tu, saya kena tanya diri sendiri. Kelemahan saya apa. Semoga budak tu betul² setia dengan suami dan boleh jaga suami dengan baik.

Saya nak suami saya bahagia.Dia berhak pilih apa dia nak. Kalau dengan budak tu dia bahagia, saya tumpang gembira untuk dia. Sebab saya sangat² cintakan suami saya.

Saya tanya suami, habis macam mana sekarang kita ni? Dia kata kalau budak tu nak bermadu pun dia memang tak nak. Dia tak nak saya ada kaitan apa² pun dengan hidup dia.

Sekali lagi saya senyum hambar. Apa salah saya smpai macam ni suami bercakap. Seolah² benci saya sangat.

Selama ni apa ja saya tak buat untuk ambil hati dia..Puas saya tanya ada apa² ke yang saya perlu ubah diri saya? Apa yang saya perlu baiki? Apa pun dia tak pernah cakap. Seolah² saya cakap dengan dinding.

Atau dia rasa saya ke punca dia tak dapat kahwin dengan bekas kekasih dia tu?.

Sedangkan saya tak de kena mengena dengan apa pun yang berlaku dalam hidup dia.. Saya pun tahu lepas 4 5 bulan dah kahwin.

Tapi tak pe la….. Rezeki pinjaman Allah mungkin sampai ni je.

Suami cakap, dulu dia bersabar sebab anak kecik².

Sekarang anak masing² dah besar. So dah tiba masa dia fikir kebahagian dia.

Dia dah pergi makamah buat urusan cerai. Kami tengah tunggu tarikh naik court.

Saya belum cakap apa² dekat anak².. Saya sedang mengumpul kekuatan untuk berterus terang.

Tapi tak mungkin saya akan cakap reason sebenar. Tak akan sesekali saya burukkan ayah mereka.

Hubungan dia dan saya mungkin akan terputus. Tapi dengan anak² kekal selamanya.. Tu darah daging dia. Saya tak nak anak² benci dia…

Semoga saya terus kuat dengan ujian ini…

– Zai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

39 Comments

  1. 27 tahun waktu yang lama.. Sedihnya.
    Semoga Puan Zai diberikan kekuatan dalam menjalani hidup selepas ini. Saya ingin tahu cerita puan seterusnya.

  2. Ya Allah… puan Zai, saya sendiri speechless – tak tahu nak kata apa. Tak boleh bayangkan apa yang puan rasa serta beratnya beban yang puan tanggung.. Berlapang dadalah Puan Zai, semoga dengan keikhlasan puan melepaskan suami untuk cari kebahagiaan yang diinginkan, Allah balas dengan rezeki kebahagiaan yang berlipat ganda untuk Puan Zai dan anak-cucu hingga ke akhirat.. jauhkan lah diri, tak perlu ikuti perkembangan mereka untuk memastikan kelangsungan hidup puan yang tenang insya-Allah

  3. Semoga Puan tabah dan sabar meneriam ujian ini. InsyaAllah Puan akan lebih bahagia dgn anak2. Semoga suami Puan jg akan jumpa kebahagiaan yang dia cari.

  4. Ya allah, mcm manalah akak boleh sekuat ini. teruskan kuat. You are a real fighter.
    Buat suami akak. Malu! pegang title seorang “lelaki” & seorang “pensyarah”. Lelaki yg baik adalah lelaki yg menghormati dan meningikan darjat wanita. Kalau darjat akak pun dia dah pijak serendah itu. move on lah akak. nescaya hidup akak akan lebih bahagia.
    Buat si penyondol. “Tidak akan boleh bahagia anda atas derita orang lain” itu hukum dunia. apa pun alasan, salah tetap salah !

  5. sedihnye baca kisah puan zai. Tak dapat bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri. hancurnya hati ni membaca apatah lagi yang mengalaminya. semoga puan zai menemui kebahagian puan zai juga bersama anak2. semoga suami puan zai menyesal atas perbuatan dia terhadap puan zai selama ni. be strong!

    • Mengapa tidak berterus terang dgn anak2. Anak2 dah dewasa dan mereka akan faham. Biar mereka tahu sikap bapanya semua atas dasar kasihan. Nanti takut dia anggap anak2 tu terhegeh2 nk kasih sayang bapa. Tt jg beritau ada anak bukan kehendaknya cuma jlnkn tgjwb pd tt. Dia kata tt yg mulakan hubungan hingga dpt anak jd rasanya anak2 bukan ada dlm hatinya. Setelah bercerai tt kena lebih kuat dn hanya serahkn diri dan sayang pd Allah.

  6. Aku nangis baca confession dia ni, semoga ALLAH mudahkan segala urusan Puan, m,gkin ALLAH nk bg syurga utk Puan. Dasar betul. boleh bg alasan kasihan ye berthn 27 tahun. sgt tak adil utk isteri dia

  7. sy yg bc pn menitis air mata,tergamak nya seorg suami ….hilang kata2 sy utk taip puan zai,moga puan kuat…27thn bkn msa yg singkat…ya Allah,sy hrp suami puan zai akan myesal seumur hidup bt puan zai mcm nie…

  8. Cakap dengan suami, Puan beri dia keizinan poligami tapi jangan perempuan umur lebih kurang anak. Kalau anak saya yang kena, saya akan marah sangat sebab saya susah payah simpan duit nak hantar anak belajar ke peringkat itu. Sekian.

    • Tak perlu berpoligami pun, kan suami puan zai kata, dia tak mahu ada kaitan lg dgn puan zainlagi.
      Puan zai, you made the right move. Suami akan menyesal seumur hidup. Dia ingat budak muda tu boleh uruskan dia dgn baik? Umor dh 50an, berapa lama boleh pertahan lemudaan tu dgn kerenah bini muda belia tu…
      Apa2 pun saya doakan Allah mudahkan urusan puan..dan menantikan kesudahan kisah puan ini..Don’ be sad, stay strong. Suami hanya pinjaman Allah..

  9. Hugs.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Percaya la perancangan Allah ni adalah yang terbaik. Semua ni bukanlah kebetulan. Banyakkan bersabar and you will see a really bright light at the end of the tunnel. And at that time you will smile dan faham segala ketentuan yang Allah rancang tu adalah yang terbaik. Good luck and all the best! Sy doakan yang terbaik utk awak. Hugsssssssssssssssssssssssssssssssssss.

  10. Sambungan…suami puan pun ada banyak pilihan tapi dia nak juga dengan student umur macam anak memang betul dia tak kisah ni apa pun nak jadi sedangkan dia sendiri tahu perempuan ni tak pernah berkahwin ibu bapa dia tak kisah ke. Maaf cakap, suami puan berhenti jelah jadi cikgu/pensyarah yang memang banyak peluang nak jumpa student baya anak-anak puan. Jadi isteri jarang sangat hubungan badan ni sepatutnya dah lama persoalkan bukan tunggu sampai ada hubungan dengan student sendiri.

  11. akak menangis sy baca cerita ni. semoga dipermudahkan segala urusan akakk :'(. nanti sambung ya cerita ni

  12. Ya, Allah. Puan. Saya menangis baca kisah ni. semoga diberi ketabahan. sedih, luka tu hanya masa yang boleh ubatkan.. saya juga telah bercerai. perkahwinan suka sama suka. akhirnya bergelar janda berhias.

    • Puan, sila buat aduan berkaitan suami puan dan budak mentah tu. Bercinta dengan pensyarah yang berstatus suami orang. Biar jabatan ambil tindakan.

  13. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan Puan, diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah ini, yakinlah, Allah akan membantu Puan, PUan ada maruah, ada harga diri, jgn biarkan maruah dan harga diri PUan dipijak2, diludah, bangun dan teruskan berjalan bersama anak2

    • Ya Allah menangis sy baca. Hanya mampu doa puan Zai akan terus kuat. Lepas ni usah mengharap lagi cinta orang. Cintalah diri sendiri. Pn ada anak dan cucu, semoga mereka terus membahagiakan ibu mereka. Semoga juga bakal ex suami tu nanti akan menyesal satu hari nanti. Skrg musim dia bercinta mmg indah. Tapi akan ada fasa dia akan menyesal. Cepat atau lambat jer.
      Lepas bercerai nanti, tolong buat report ke jabatan dia, yang dia bercinta dgn student which is wrong an unethical. Dan budak mentah yang biadap itu, harapnya dia juga akan menyesal bila suami dah tua dan sakit, terpaksa jaga suami nanti.

  14. Bersabarlah puan. Hari ini dia sombong dan bongkak. Dia masih sihat. Esok lusa belum tentu. Semoga Allah SWT mudahkan semua urusan puan. Bahagia dunia dan akhirat. Aaminnn

  15. Mungkin girl tu sugar baby, mereka x bercinta dan x de niat nk kawin pun, hubungan just for fun, just for sex..

    Mereka bermesra time berjumpa je, bila dh balik rumah, tiada lg hubungan mcm pasangan bercinta…tu sbb x nmpk suami Puan Zai lekat pun dgn hphone bila kt rumah

  16. Saya doakan aunty kuat. Memang perit sekarang,tapi saya rasa inilah yang terbaik untuk aunty. Kalau aunty continue dengan husband aunty sekarang, saya rasa besar kemungkinan dia akan terus menerus menyakiti hati aunty.hidup ni pendek je aunty. daripada aunty habiskan sisa hidup aunty dengan orang yang tak sayangkan aunty,baik aunty focus sayangi diri aunty tanpa negative vibe daripada dia.moga Allah kurniakan syurga atas kesabaran aunty menghadapi ujian ni.pasal anak2 aunty tu,aunty terus terang je tapi nak elak anak2 aunty ade tanggapan negatif pada bapak diorang, aunty cuba buang emosi masa cerita tu.cerita fakta je.saya sebagai anak pun tak tergamak nak suruh ibu atau bapa saya stay dalam perkahwinan yang tak membahagiakan diorang. Saya doakan yang terbaik untuk aunty.Aunty bolehhhh!!!

  17. Minta maaf, tp klaw la lelaki tu kawen sbb ‘kesian’ kpd isterinya.., mmg sah2 dia x ikhlas sepenuhnya.. dgn pengalaman yg telah dilalui, mne ada isteri yg sanggup bertahan lama.. tp, klaw pn. Zai dapat bertahan, dan bertabah kerana Allah, itu adalah amat disanjung.. tambah plak klaw ingin mnyelamatkn ank2 dari terbiar tanpa sosok seorang ‘ayah’.. dan tambah ‘berbaoi’ sekiranya segala ujian tersebut menjadi penyebab puan dapat menghuni Syurga-Nya, sekiranya puan redha dan tawakal kpd yg maha Esa.. wallahu a’lam bissawab..

  18. Laki kau dayus!

    Kau pula bodoh. Patut dari awal kahwin rasa tak dilayan selayaknya seorang isteri terus tanya suami berterus terang. Takdak la kau kena hadap dah beranak cucu laki kau skandal betina muda kaki kikis.

    Buat laki pensyarah kau. Babi jantan tak guna, lemah. Jantan celaka apa kahwin sebab pengecut dengan keluarga? Jantan sial apa buat anak sebab kasihan sahaja?

    Dah rosakkan kebahagiaan isteri tuduh semua salah isteri yang mulakan hubungan badan? Bodoh tahap takdak otak langsung!!!!!!!!

    Lelaki Melayu sejati tak serendah kau lah jantan tak guna! Memalukan kaum lelaki ja kau! Aku yang lelaki pon panas baca.

    Kalau kau bapak aku memang aku biar kau sakit tua mereput mampos seorang diri! Dengan anak anak kandung dingin dengan anak cucu buat tak layan. Tapi dengan betina sundal dah main banyak jantan belakang kau bakal an bagi kau penyakit AIDS tuh yang kau mesra mendengar bahagia konon!

    Kau memang bakal jadi orang tua buangan kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

  19. Menangis saya baca confession ni. Puan Zai sememangnya seorang yang sangat hebat dan kuat. 27 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Saya doakan semoga Puan Zai dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat Aamiin. Saya tahu ujian ini bukannya mudah, tapi ketahuilah Allah sangat sayangkan Puan Zai, sebab itu segalanya terjawab sekarang. Big huggg for you Puan Zai. Jangan mengalah dan teruskan perjalanan. Gembirakan diri sendiri.

  20. A big hug for U Zai betapa tabahnya hati U saya rasa sedih sangat maruah U di injak2 oleh manusia yg bernama Suami tolong berkongsi dengan anak2 dan buat pengaduan kepada Jabatan dia dan Jabatan Agama Islam supaya dapat diambil tindakan saya doakan supaya Allah permudahkn segala urusan Zai dan keadilan berpihak kepada Zai insyallah aamiin

  21. Puan Zai..puan seorang yang sangat baik. Aturan keluarga dia dan aturan keluarga puan tak salah, mungkin sekiranya bersama, famili fikir anaknya akan berubah. Pemahaman orang dulu-dulu. Apa yang suami puan buat, puan kena terangkan dekat anak-anak. Cuma terangkan yang suami ada perempuan lain, bukan memburukkan suami, cuma nak terangkan situasi. Umur-umur sebaya ni, kita dah fikir ke arah ibadah dan settlement, tapi mungkin la baru bermula untuk suami puan. Dan dia berkata dalam keadaan sangat marah, jadi kata-kata tak fikir dengan lebih mendalam. Being you, hopefully puan bahagia dengan anak-anak dan cucu dan semoga puan bertemu dengan orang yang boleh membahagiakan puan..
    I think your husband will regret his action

  22. Assalamualaikum puan

    Suka, cinta dan kasih lelaki tidak sama.. walaupun dia baik dia mampu asingkan perasaan itu.. bagi dia 27 tahun tu bukan pengorbanan melainkan hidup bersama sahaja

    Dan dia xrasa untuk fikir perkara lain sebab dia tiada hati dan perasaan itu
    Puan tak perlu merayu dan tak perlu menagih kasih dia
    Sebab dia tak akan nampak perkara itu dah
    Cakap dekat diri puan dah buat yang terbaik dan puan pun layak bahagia tanpa ada makhluk siapa dia

  23. Saya speechless. Mcm suami puan memenuhkan hatinya dengan dendam. Semoga Allah kurniakan pelangi indah buat puan selepas ini. Takpelah.. anak-anak ada dengan puan. Jangan dikenang perkara yang menyedihkan. Pergilah travel..atau buat aktiviti yang menyenangkan hati puan. Semoga besar hikmah atas kejadian ini. Saya doakan puan cekal dan beroleh kebahagiaan sejati.

  24. Assalamu’alaikum, puan.. percayalah, suatu hari nanti suami puan akan menyesal kerana menceraikan puan, sementelah lagi dia tak rapat dengan anak2. Pucuk muda, nak ke jaga bakal bekas suami puan bila dia jatuh sakit nanti? Suami puan juga sebenarnya sedang diuji oleh Allah dengan kesihatan yang baik, ada rupa dan berduit. Tak mustahil satu hari nanti, Allah akan tarik semuanya dan kita tengoklah sama ada budak perempuan tu boleh bertahan atau tidak dengan keadaan bakal bekas suami puan pada masa itu. Dah banyak kejadian yang berlaku, puan.. banyak suami yang menyesal tak sudah bercerai dengan isteri pertama kerana mengejar pucuk muda.. last2 jatuh sakit/hilang pekerjaan, lepas tu pucuk muda lari/mintak cerai… anak2 dgn isteri pertama pulak tak peduli sebab dorang masih ingat apa yang ayah mereka lakukan kepada ibu mereka. Bahagia ni, bukan bersama suami saja, puan…. tanpa suami pun, puan boleh bahagia bersama anak2 dan cucu puan…puan juga berhak berasa bahagia. Cukuplah dengan pengorbanan puan selama ini, menyintai lelaki yang sedikit pun tiada perasaan cinta untuk puan, Lupakan bakal bekas suami puan dan teruskan hidup puan.

  25. Betul kata orang, dengan perempuan ni jahat macam mana pun dia boleh terima asalkan jangan curang je.
    Lama sangat puan ni memendam rasa hadap je hidup dgn suami yang macam tu.
    Memang salah laki puan. Dia tak gentle, tak berani nak cakap tidak pada keluarga bila di atur perkahwinan.
    Dan dia lagi jahat sebab jadikan puan tempat lepas dendam. Seksa emosi sampai puluh tahun.
    Orang macam ni, bila dia jatuh sakit baru nak menyesal teringat dosa dengan anak isteri.

  26. Kalau benar suami berkata begitu bermakna dia tak pernah ikhlas dalam perkahwinan. Tak apa puan jangan kesal seban dia akan cari balik puan dan anak2 di usia tua keremot nanti. Penyakit yg tal bole diubati ialah penyakit tua. Waktu tu isteri baru pula akan diuji kalau benar2 sayang. Berbahagialah puan dan jangan layankan perasaan duka ini. Allah akan hadirkan cinta baru buat puan mcm apa saya lihat kpd sedara saya tapi cinta baru dia ialah cinta kpd Allah. Perhabisan yg sebaik2nya. InsyaAllah

  27. Tak ada org lelaki yg tak romantik atau tak reti tunjuk cinta. Sekeras mana pun org lelaki, bila dgn org yg btul2 dia yg nak, mesti akan auntomatik romantik dan btul2 syg. Sbb tu ada pepatah kata , pilih lelaki yg btul2 syg kita, bkn kita yg syg llki lebih dr dia. Secara lahiriah pun mmg lelaki akan jadi lebih romatik dr prpmpuan tp hanya dgn yg dia btul2 nak sahaja. Yg jnis romantik meraban tu mmg playboy takyah ckpla.

    Tak apa la kak. InsyaAllah ada rezeki utk akk bpasangan lagi. Mungkin lps ni akan dpt llki yg btul2 sygkan akk. Blum tlambat pun lg. Ada je llki yg lanjut usia tgh bujang@duda. Doa je dgn Allah andai masih ada rzeki utk bsuami, berilah suami yg betul2 pencinta dan pelindung pd akk. Berterus terang lah pd anak2, bkn utk burukkan, tapi utk menjelaskan. Perkara ni mgkin nmpk mcm tak perlu, tapi pcayalah, akan ada efek utk anak klau diorg taktahu smpai bila2. Bila dorg tahu awal, aln tiba masanya dorg rasa bsyukur sbb tahu bnda tu. Mgkin dorg pun boleh elak buat silap yg sama

  28. Betul, Puan. Budak perempuan zaman skrg…berani. lebih berani bertindak…semoga urusan mahkamah dipermudahkan ya..

  29. Puan, kumpul bukti dan cari lawyer. Buat tuntutan harta sepencarian kaw-kaw. Kalau boleh tuntut mutaah, tuntut juga.

    Laki puan tu bukan budak, apa benda salahkan puan atas kegagalan dia untuk bertegas dalam hidup. Bila mak dia suruh dia kahwin dengan puan, dia yang gagal bertegas dengan mak dia dan menolak. Lepas tu konon salahkan puan pulak. He should grow up and own-up his own life

    Biarkan dia kawin dengan budak tu, budak tu pun biadap, biar buku jumpa ruas. Saya yakin hidup mwreka takkan aman

  30. Puan seorang yang sangat sabar. Allah sayang dengan orang yang sabar. Moga syurga buat puan.

    Dan moga kerinduan puan untuk belaian seorang suami diganti dengan kebahagiaan yang lebih baik dari sisi Allah.

    Puan diuji sebegini kerana puan mampu — itu janji Allah. Moga puan terus kuat untuk berdamai dengan takdir dan terus diberikan ketenangan.

    Apa saja perbuatan suami puan yang jelik, pasti akan dapat pembalasan, kalau bukan di dunia.. pasti akan dibalas di akhirat.
    Sebab Allah Maha Adil.

    Moga puan Zai berada dalam ketenangan from this day onwards. Jalan terus puan, you deserve your own freedom as well.

  31. Assalamualaikum.
    Tindakan yg pn boleh ambil :
    1. Laporkn gangguan org ketiga ke mahkamah syariah ( sertakn bukti yg pn perolehi dr penyiasat persendirian ). Sekarang ada undang2 tentang gangguan org ketika ni.
    2. Laporkn perbuatan suami kpd ketua jabatan beliau ( pensyarah bercinta dgn student di institusi yg sama )
    3. Buat laporan polis ( kes pn dimalukan di parking pejabat pn )
    4. Lantik peguam utk tuntut nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian dan sbgnya ( penceraian bukan berpunca dr pn )
    5. Ceritakan hal sebenar kpd anak2. Mereka sudah dewasa utk berfikir.
    6. Dekatkn diri dgn Allah ( utk ketenangan emosi )
    7. Byk2 bersabar dgn musibah yg menimpa. Allah hendak menaikan taraf pn dimataNya
    Sy doakn pn terus kuat dan semoga semua kesulitan pn dipermudahkn oleh Allah. Aamiin

  32. Semoga Puan Zai tak get back dgn penyarah loser tahi sebab saya yakin dia akan menyesal dgn perbuatannya suatu hari kelak dan akan cari Puan Zai & anak2 kembali. Terus hidup! Kuat dan tabah.

  33. Subhanallah… Tak ada kata di buatnya. Puan, kalau dia dah file kan, puan mudahkan ja. Pastu Puan jalan terus tayah pandang belakang. Kalau boleh terus jangan ada apa apa contact, hilang lesap terus sampai dia tak boleh cari. Saya amat percaya satu hari nanti dia akan menyesal dgn perbuatan dia. Kepada suami puan ni kalau encik baca taktau la ada tittle prof ka doctor ka pensyarah biasa ka.. sy nak bgtau encik seorang yang pengecut kalau tak mau tak berani nak bersuara rela rosakkan hidup sendiri dan hidup orang lain sekali dgn keturunan, demi menjadi seorang pengecut. Dah tua berani nak tunjuk taring. Tu pun sebab kantoi. Kalau tak kantoi.. maka teruslah mendayus.
    Apa yg berlaku ni ada hikmahnya puan, mungkin ini salah satu doa yg di angkat. Elok la di jauhkan dari musibat begini. Takpa puan 50 tu muda lagi. Masih banyak benda boleh buat sendiri. Semoga kehidupan puan akan lebih tenang lepas ni. Mampoih p kat dia ! Eeee geram aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *