30 Hari Di Orthopedic Bagaikan Neraka

Salam. Aku nak cerita pengalaman aku masuk hospital sebab patah kaki. Aku betul2 berdoa jangan la aku masuk hospital lagi.

Baru hari ni aku ada kekuatan nak menulis. Sebab almost 30 hari di wad orthopedic tu dah macam neraka dunia untuk aku.

Aku tak tau la orang lain macam mana.. Tapi ni pengalaman aku ye.

So nak kecam pun tak pe la. Sebab aku ja faham apa yang aku lalui.

Aku ni player netball. Satu hari nasib tak baik, entah macam mana tah. Masa dok main tu, aku lari terlajak. Pastu jatuh terpeleot.

Mula tak rasa apa.. Masa aku cuba nak bangun, terus sakit macam nak mati.

Aku tak mampu bergerak. Kaki pun tak boleh bergerak dah. Berdiri apa tak boleh.

Kawan2 call ambulance.. Ambulance sampai lepas 20 minit. MA kata mungkn kaki aku patah.

Masa nak angkat aku letak dalam structure, ya allah.. Punya la azab.

Sepanjang perjalanan ke hospital, ambulance tau2 ja la..Bergerak laju. Habis bumper semua langgar. Bergegar2 aku dalam kesakitan.

Sampai emergency, aku dibaringkan dulu..Ya la, doktor semua sibuk. Ada la depa chek2 itu ini. Macam tekanan oksigen semua.

Aku admit petang pukul 6 lebih macam tu. Dekat 8 lebih tak salah aku. Baru di bawak aku ke x-ray.

Dalam emergency tu, macam2 pesakit ada. Aku pun tak tau sakit apa depa tu..

Laki perempuan bercampur. Mostly orang tua.Punya la ramai patients. Sampai doktor nak berjalan pun tak dak ruang.

Lepas tu ada doktor perempuan sorang mai..Tanya macam2 la. Tanya macam mana aku jatuh semua.

Lepas tu dia cakap kaki aku patah. Kena masuk wad, kena operate. Tapi sekarang ni wad penuh. Belum ada katil kosong. Nanti dah arrange katil untuk aku baru depa akan bawak aku pi wad.

Walaupun dah bagi ubat tahan sakit, tapi macam tak dak funtion ja ubat tu. Sakit ya amat.

Aku tanya doktor tu, bila nak operate. Dia kata yang tu tak tahu la. Sebab dia bahagian kecemasan ja. Nanti akan ada doktor lain incharge.

Lepas tu dalam pukul 12 ke 1 pagi macam tu. Baru aku di bwak ke wad 8. Iaitu wad orthopedic.

Masyallah, serabutnya aku tengok wad ni. Sama macam ed, nak berjalan pun tak dak ruang. Tapi ni lagi serabut dari ed.

Lepas tu aku diletakkan di tengah2 ruang. Lagi aku tak selesa.

Aku tak dak bantal pun masa tu. Nurse kata tengah arrange bantal. Tapi kalau nak bawak dari rumah lagi bagus dia kata.

Memang aku suruh mak aku bawak la. Tapi kan, di wad tu semuanya orang tua.

Aku rasa aku dan sorang budak india tu ja muda sikit. Kesian tengok nenek2 tu.

Ada satu aunty india tu dok teriak sakit sakit. Aku faham la sakit tu macam mana.

Aku admit hari jumaat, sabtu dan ahad doktor pakar tak mai. Doktor2 biasa ni ada la.

Tapi depa kata kena tunggu doktor pakar dulu, baru boleh cakap apa2. Sementara tu doktor biasa ni chek2 macam tu ja la.

So, tiga hari habis kat situ dah. Hari isnin pagi pukul 8, aku baru nak lali2. Datang la doktor beramai2.

Tapi pagi2 wad memang sibuk..Doktor biasa ni pun kalut apa tak tau la.. Prepare itu ini. Jalan sana sini, chek itu ini.

So masa doktor pakar mai, tanya aku jatuh macam mana semua.. Sakit kat mana.. Lepas tu tanya apa tah kat doktor2 lain.

Lepas tu dia cakap apa tak tau la. Tapi aku kena pi x-ray lagi. Aku banyak kali x-ray sebelum doktor tu cakap aku patah kat mana.

Tak salah aku, hari rabu baru doktor pakar tu kata aku patah bahagian mana.. Lepas tu kena operate.

Cakap kena operate. Tapi tak cakap bila. Katanya nanti nurse akan inform. Isnin minggu baru dah mai, depa tak inform apa lagi.

Banyak kali aku tanya. Lepas tu baru ada satu doktor india perempuan. Dia tanya aku. Mula dia explain aku patah kat mana. Mcam mana nak operate.

Lepas tu dia cakap, plat la skrue la kena beli. Dia bagitau kos dia lebih kurang 2ribu.. Tapi dia suruh refer dengan farmasi tu.

Dia kata kita ada dua option. Satu kalau awak tak mampu, kita boleh apply zakat atau tabung kebajian..

Yang tu aku tak perlu bayar apa2 dia kata. Just kena bagi document2 yang depa mintak.

Kalau apply tu, tarikh operate maybe lepas sebulan. Sebab kena book tarikh.

Sebab dia ada procedure dia jugak. Biasanya agak lambat la.Yang tu, memang confirm boleh tahu tarikh operate.

Satu lagi awak bayar, lepas dapat resit, maybe dalam seminggu dah boleh operate.

Aku tengah azab sakit. Msti la nak cepat operate. Lagipun tak de la sampai nak kena apply zakat. Kami mampu ja bayar.

Doktor pun cakap, better operate cepat sebab lama2 takut ada jangkitan kuman lagi susah.

Lepas aku inform kat family, ayah aku dah arrange semua. Resit semua dah bagi kat nurse.

So kami tengah tunggu tarikh nak operate.

Sepanjang masa tu, aku nak cerita sikit la. Lepas doktor pakar blah, kami pun dah sarapan.

Biasa kita rasa nak tido. Sebab dah makan ubat. Banyak kali terjadi, aku baru nak lelap mata.

Tiba2 akan ada doktor maki doktor. Yang peliknya. Mesti doktor tu marah doktor pelatih tu dekat2 dengan katil aku.

Oh ya, aku dah di pindah ke hujung dunia. Dekat dengan toilet. So maybe kawasan tu agak strategic nak maki2 orang kot.

Kesian sebenarnya tengok doktor2 muda kena maki. Tapi dah tu kerja depa. Tu belum lagi nurse maki.

Nurse maki doktor dan malukan doktor lagi melampau bagi aku. At least nak marah pun, pergi la tempat tak de orang.

Kemudian ada satu nurse ni, aku tak faham la kenapa. Pukul 10 akan ada nurse lain bagi ubat.

Selang 10 minit datang pulak nurse sorang lagi ni bagi ubat yang sama.

Aku kata tadi dah bagi. Dia kata oh ye ke.. Ok2. Dia blah macam tu ja.

Lepas tu kejadian ni berulang lagi. Aku rasa nurse ni memang ada masalah la. Cuba bayangkan, aku faham tu ubat apa.So aku bagitau dah makan ubat. Aku bleh bercakap.

Tapi nenek2 tua tu, banyaknya dah nyanyk. Nak cakap pun tak boleh. Macam mana kalau jadi overdose ubat. Sebab depa main bagi ja ka.

Hari tu kawan dia marah apa tah. Dia macam marah balik, lepas tu gaduh sesama depa.

Depa ni macam tak sepakat kerja langsung.. Sebab kerja depa kan melibatkan nyawa. Aku pulak risau style kerja depa ni.

Lepas tu yang paling kesian, nenek2 tua tu la. Ada pesakit jatuh katil..

Bayangkan la nenek kita jatuh dah la memang dah patah.. Lagi jatuh. Macam mana jatuh tak tahu la.

Tapi nurse2 dalam wad ni ada satu perangai, pesakit pangil pun depa buat tak tau ja. Terutamanya waktu malam.

Sebab doctor pun tak de kot. So biasa 10 ka 11 depa akan tutup lampu.

Lepas tu nurse2 dok lepak kat depan la. Gelak2 sampai ke tandas suara depa dengar.

So kami dok pangil2 cakap nenek tu nak jatuh. Depa buat tak tau ja. Mungkin tak dengar atau pura2 tak dengar wallahualam.

Ye la, kan sana semua kes patah. Nak jalan pun tak boleh. Kalau tak kami sendiri pi pegang tok tu dah.

Sampai dia dah jatuh dah. Lepas tu semua pakat jerit2 baru nurse sorang dua datang.

Lepas tu kecoh2. Salahkan masing2. Sapa tak tarik pagar ni. Lepas tu ikat nenek tu sebab dia macam meracau2 buka pampers semua.

Kesian sangat tengok. Sepanjang hampir sebulan duduk, 6 orang dah mati di depan mata saya.

Nasib la aku tak nak pakai2 pampers. Nak berak pun tahan la sampai family mai baru pi berak.

Sebab nenek2 yang terberak tu, depa hanya bersihkan pukul 5 pagi saja. Kalau hang terberak pukul 6 pagi. Tunggu la 5 pagi esok.

Sebab patien pangil tukar pampers, memang depa tak layan. Kalau doktor pi cakap pun, depa masih tak layan.

Kadang2 doktor buat sendiri dengan pembantu mana2.. Kadang2 ja depa mai selepas 100 kali panggil.

Senang kata nurse2 ni tak suka la kot nak buat kerja macam tu. Ya la, bukan semua orang ikhlas pada pekerjaan. Tambah yang busuk2 kotor2 ni.

Aku pun depa bagi waris masuk sebab aku perlukan family bantu.. Yang tu depa bagi pulak masuk.. Mungkin tu lebih baik dari depa kena bawak aku berak kot.

Kat sini ada satu makcik kena potong kaki sebab kencing manis. Dia dok sebelah aku. Dia selalu cerita nurse2 ni kasar.. Main tunjal2 kaki dia yang dah di potong tu.

Hari tu makcik tu mengadu kat anak dia. Anak dia datang mengamuk2. Lepas tu nurse pulak setiap masa asyik menyindir2 makcik tu.

Kalau makcik tu terberak ka, mintak air ka.. Nurse2 akan cakap awat tak pangil anak makcik. Anak makcik kan kuat complain. Suruh la anak buat sendiri.

Nanti akan ada nurse lain pulak menyampuk. Senang kata nak menyakitkan hati dan perli2 orang.

Nurse dalam wad ni semuanya malay.. Sorang dua ja india. Tapi yang type m ni la banyak masalah.

Banyak lagi aku nak cerita. Tapi nampak macam nak tulis yang jahat2 ja. Nanti menimbulkan keresahan di kalangan nurse mitali.

Ok la tiba masa aku nak operate, satu hari nurse mai cakap.Adik esok kena puasa. Sebab esok operate. Tak boleh makan minum.

Aku tanya pukul berapa. Dia kata tak tau. Nanti depa akan cakap. Tapi kena puasa la.

Aku pun ok la. Berdebar jugak la tunggu. Family pun buat baca yasin apa semua.

Dah pukul 6 petang, tak de apa2 pun. Sekali nurse mai bagi ubat.. Aku kata aku puasa sebab nak operate. Dia kata ya ka. Rasanya macam operate tak jadi. Lepas tu dia kata sat dia pi chek.

Lepas tu pukul 7 dia mai.Dia kata hari ni doktor tak sempat operate. Esok baru operate.

Weh, depa punya esok tu dah masuk tiga minggu dah aku kat wad.

Tapi kan, aku nak cakap sikit la..Semua orang pun nampak. Kenapa ada bangsa c masuk tak lama 3 4 hari ja.. Lepas tu terus dah operate, lusa dah boleh balik.. Why why why..

Bukan sorang dua. Tapi sepanjang aku kat sana, ada la dalam 4 orang. Tak kira tua muda.

Macam di utamakn depa ja.

Bila tanya, depa kata orang2 tu kecemasan la apa la.. Patah buku lali pun kecemasan ka? Habis aku tak kecemasan.

Ok tak pa la. Sebab tu la 6 orang mati.. 6 orang tu orang tak terdaya. Melayu, islam, orang tua, orang india yang miskin tak dak family. Tak orang nak tanya.

Oh lupa, time tu tak boleh ada orang jaga.. Sebab covid.. Nak pergi melaw t pun susah.. Kena buat surat la apa semua.

Sebab tu la nenek2 tua tu terbiar macam tu ja. Dan family pun tak tahu apa yang berlaku.

Doktor pakar cakap kat satu nenek.. Suruh anak beli susu apa tah.

Sebab doktor pakar suruh, so nurse call anak dia cakap.. So anak dia pun belikan kot.

Biasanya yang tak de surat ni kena tingal barang dekat guard. Nanti guard hantar kat katil.

Tapi kalau waris nak jaga boleh. Kena buat surat dari doktor. Tapi nurse kata tak boleh masuk keluar. Kena duduk ja wad sebab covid kan.

Mostly orang kerja. Sapa mampu stay 24jam lama2. Sebab tu waris2 tak dapat jaga. Family aku pun kakak aku sorang ja sesekali mai.

Tu pun sebab tak tahan nak membuang. Orang lain tak boleh mai. Sebab dalam surat ada nama kakak ja. So dia ja dibenarkan masuk.

Balik pada kes susu tu. Anak dia dah hantar susu. Tapi susu tu tak dibuka langsung. Kira depa tak bancuh bagi pun.

Doktor pakar ada tanya nurse. Susu tak bagi ka.. Nurse2 diam ja. Tapi tetap tak pernah bancuh.

Hang nak suruh nenek tua yang dah helpless tu berjalan bancuh sendiri ka?

Sampai meningal dah tok tu. Tak dak bagi dia makan minum pun.. Bukan tak bagi. Bagi.. Tapi letak macam tu ja.

Nenek tu nak bangun macam mana. Dia pun patah pingang.

Depa suruh dia makan sendiri.. Habis air, nasi makanan semua tumpah. Memang depa bagi kat tangan, lepas tu depa blah.

Mengigil2 tangan nenek tu nak suap nak pegang kole. Last2 semua jatuh.

Ada satu unty cakap, u orang suap la dia. Kan dia tak larat. Nurse tu kata kerja kami banyak lagi. Belajar makan sendiri la. Kalau tak, suruh family dia mai suap makan. Tak pun unty sendiri suap.

Teruk betul la nurse hsj ni. Repot pun tak dak funtion. Ok sambung lagi sikit la.

Kan depa dok main aku dekat tiga minggu kata nak operate, lepas tu tak operate2.

Sampai ke 11 malam pun aku pernah tunggu. Dok bagi harapan palsu macam tu ja la.

Last2 nurse akan cakap, adik boleh makan.Hari ni tak dak operate. Berapa kali dah family aku baca yasin, tapi tak operate2 lagi.

Sesenang tu ja depa cakap. Tak nak la salahkan nurse jugak.. Sebab depa kata dah call dewan bedah, doktor suruh tungu.

Cuba bayangkan, aku dengan sakit, dengan tak makan minum. Aku sebenarnya ingat mesti aku akan jadi mangsa ke 7 mati.

Aku putus harapan terus masa tu. Penantian satu penyiksaan. Setiap kali depa suruh puasa, aku tau dah.. Mesti tak jadi. Tapi nak makan tak berani.

So ada sekali tu bapak aku bertegas nak jumpa doktor pakar. Gaduh2 apa tak tau la kat wad.

Depa bagi la masuk. Bapak aku tunggu doktor pakar round. Lepas tu dia tanya kenapa lambat sangat nak operate.

Sedangkan duit semua dah lama settle..Doktor pakar tu cakap, kes kecemasan banyak.

Kami patut utamakan yang penting dulu. Macam semalam, ibu mengandung.. Nak kena fikir dua nyawa. Ibu dan anak tu.

Yang patah2 ni boleh tunggu lagi. Lagi pun anak u muda lagi. Lagi tua2 pun banyak, tapi kita belum bagi tarikh. Kita sudah utamakan anak u.

Bapak aku tanya, sebab doktor tu semua type c.

Dia kata kalau anak u macam ni..U bolehkah orang buat macam tu.. Anak saya sampai lembik, sebab tak makan.

Hari2 kata ada operate, kalau tak jadi tak apa. Tapi u orang cakap la awal2. Suruh makan.

Bukan pukul 11 malam baru nak cakap. Dia kata bukan. Kita ingat sempat lepas dia sorang. Itu yang kita suruh tunggu.

Mana tau kes kecemasan banyak. Kena consider tu dulu.

Dah la tu, sabtu ahad pun depa suruh puasa.. Aku pernah tanya, sabtu ahad bukan doktor pakar cuti ka. Dia kata kalau doktor suruh ikut ja la.

Last2 sama jugak la..Nasib la kalau depa cakap pukul 7 atau 8 malam tak jadi operate. Sebab aku kena mesti 11 ke atas.

Lepas tu bapak aku terus cakap. Sebab anak saya bukan cina. Kalau u punya bangsa, u tak cakap macam ni.

U sendiri tengok u punya bangsa masih ada ka dalam wad ni..Sorang pun dah tak dak..Apa u punya reason.

Dulu kata kena cepat2 operate, sebab kena jangkitan..Sekarang delay sudah mau sebulan. Sebab u orang jaga orang u saja la.

Bapak aku dah naik angin masa tu.

Doktor terus diam. Lepas tu dia cakap, bertenang encik..Bukan macam tu. Kita janji sehari dua kita akan arrange.

Lepas tu dia pi cakap apa tah kat nurse. Bapak aku kata, u ingat i punya anak budak2, u boleh buat suka hati ka. U ingat tak dak orang nak tanya apa2.

Doktor tu cuma mintak maaf ja la. Lepas tu esoknya macam biasa aku kena puasa. Dan alhamdulilah aku berjaya di operate tanpa tunda2 lagi lepas bapak aku mengamuk.

Lepas operate aku balik wad biasa dekat 11 malam dah.. Penangan bius, aku biul2 lagi.

Esoknya dah ok sikit. Ingatkan boleh balik dah.Tapi tak boleh lagi. Aku nak bergerak pun masih takut2.

Ada macam orang fisio mai. Nak tengok aku boleh berjalan ka apa ka kan. Aku cuma cakap, tolong la discharge aku cepat2.

Aku rasa stress dan makin sakit duduk sini. Sebenarnya emosi aku tak ok tengok orang2 tua tanpa pembelaan di wad tu.

Akhirnya aku di discharge jugak la.Tu pun dekat 10 malam baru aku balik. Sebab nurse2 ni lambat nak bagi bill bayaran semua. Padahal pagi doktor cakap boleh discharge dah.

Aku memang tak puas hati dengan banyak perkara kat sana. Kami ada report by emel masa tu.

Aku tak pasti la time tu sispa dah ada ke tak. Tapi macam report kat kkm, pengarah hospital tu dan menteri kesihatan.

Tapi sampai sekarang tak dak apa2 respon.

Dalam wad tu ada satu nurse india ja yang bagus. Nama dia macam tajuk lagu exist tu. Jesn*** aku rasa dia india kristian kot.

Nak basuh berak ka kencing ka. Pesakit menangis2 pangil ka, dia on the sport mai..

Walaupun muka dia sentiasa serius. Tapi dalam kerja jugak dia serius dan bertangungjawab.

Bagi aku dia la selayaknya dapat segala penghargaan. Tapi yang lain2 semua tak boleh pakai la.

Oh ya, pernah jugak doktor perempuan terduduk atas kaki aku. Dia tak perasan katanya.

Tapi doktor tu bagus. Muda lagi. Maybe masih training. Aku pun tak la marah. Kami dua2 tergelak.

Sebab dia kata tak nampak langsung kaki aku.. Flat ja.. Ingatkan selimut. Maybe aku terlalu kurus sampai di sangka kain.

Doktor biasa kat sana ok ja.. Tapi nurse2 ja tak ok… Banyak lagi perkara yang perlu di baiki dalam hospital kerajaan selain dari etika pekerjaan.

Dan yang paling penting, harap in future kerajaan kaji nak pasang cctv dalam wad. Supaya hak dua2 pihak iaitu pesakit dan staff terlindung.

Sekian….

– WD (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Government hospital dasyatnya. Nasib baik tulang kaki tak jadi sepsis.. jika tidak kudung terus. Kawan saya pun cerita dia patah tangan operation bukan sekarang. Lepas tu cerita kena beli skru tangan etc.. Nasib baik ada insurance terus ke private buat surgery.

  2. Ya Allah, kesian nya makcik2 tua tu , Nurse-nurse ni pun dasar pemalas dan tak berkerja dengan dedikasi. Sama-sama lar kita jaga kesihatan moga dah perlu masuk ward lama-lama macam tu.

  3. semoga cepat sembuh dan kuat ye dalam proses recovery.. cuma sy nak bagi pendapat sy dalam kes nenek2 yg dah uzur/sakit berat tu.. sepatutnya tanggungjawab waris pesakit la yg uruskan pesakit tu macam mandi/bersihkan badan/tukar pampers dan suap makan minum.. bukan tugas nurse dalam wad sebenarnya. Sepatutnya waris yang kena duk jaga pesakit tu dalam erti kata lain ada peneman la kat wad..

    nurse tu buat kerja dia je.. macam tolong cuci pampers ke ape tu hanyalah ‘ihsan’ je utk pesakit time tu mungkin waris keluar ke ape kan.. ni pengalaman sy yg pernah jaga arwah mak sy 8 tahun lepas. Sy tak pernah pun terfikir kalau org tua atau keluarga masuk wad akan tinggal pesakit sorg je. Sy mesti buat jadual ngan family utk jaga keluarga kita. Orang sakit pun akan lebih selesa kalau anak/family yg uruskan diorang nak2 time berishkan badan/mandi.

    Tapi ada banyak kes waris abaikan pesakit yg masuk hospital. Sy doakan yg mana sakit smoga dipermudahkan segala urusan, kuat semangat dan cepat sihat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *