Lelaki Diuji Apabila Ada Segalanya

Assalamuaikum semua, aku Nur, umur 29 and sudah berkahwin, 1 tahun 5 bulan. Sekarang sedang di ambang perpisahan dengan suami, Adib.

Benarlah, kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.

Aku dengan Adib saling mengenali semenjak 2017, Kami pernah beberapa kali bercinta dan putus. Aku bersama Adib mulai daripada dia zero, takde apa apa.

Adib merupakan seorang penasihat jualan, awal perkenalan aku dengan dia, dia baru menceburi bidang jualan. Aku yakin dia boleh berjaya kerana dia ada semangat, dan aku tahu dia sangat rajin.

Masih teringat dulu bila kitorang keluar berjumpa, Adib akan menjemput aku menaiki kereta saga ayahnya. Aku sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi malu untuk berjumpa dengannya dahulu menaiki saga.

Setahun kemudian, Adib berjaya membeli sebuah motorsikal jenama SYM, and I could not be happier and prouder for him.

Setelah bercinta and putus untuk beberapa kali, Adib datang kembali dalam hidup aku. Pekerjaannya juga semakin stabil, dan Adib kini memiliki sebuah keretanya sendiri. Kali ini katanya serious untuk menjadikan aku isterinya.

Dan aku, yang selalu menunggunya kembali, menerima Adib dan kami melangsungkan perkahwinan kami pada Mei tahun lepas.

People say that marriage requires a lot of patience and forgiveness, and so that I give him. Aku tahu perkahwinan ini adalah teamwork, and it takes two to tango.

Segala kekurangan Adib aku telan, dan segala kelebihan aku payungkan dengan kesyukuran. Kami sepasang suami isteri yang bahagia, belum ada anak, kerana masih ingin hidup berdua.

Sehinggalah, Adib berubah. Aku seperti hidup dengan lelaki lain yang bukan suami aku. Dia mulai melenting dan perkataan serabut sering kali keluar dari mulutnya.

Aku hidup dengan jasadnya, tetapi bukan dengan jiwanya. Yang ada hanyalah Adib yang melihatku seolah olah penuh dengan kebencian.

Satu bulan, aku memendam rasa di mana salah dan silapku. Satu bulan aku muhasabah diri mungkin ada silap aku yang tak kena di mata Adib. Aku mencuba semampu aku berubah, mengemas rumah sebaiknya kerana Adib ada beritahu mengenai rumah kami yang bersepah.

Satu bulan itu aku merayu dan meminta Adib duduk dan berbincang. Aku perlukan communication untuk mengetahui apa yang aku boleh perbaiki di mata dia.

Malangnya, jawapannya hanyalah dia merasa kosong, dia selesa dengan keadaan yang seperti itu. Walhal, hatiku terobek dengan perubahan sikap Adib yang mendadak.

Turning point of Adib yang berubah begini ialah ketika aku memeriksa sejarah transaksi Bank Islamnya, kenapa aku memeriksanya adalah kerana firasat seorang isteri yang melihat suaminya semakin berubah.

Aku melihat ada beberapa kali dia transfer duit kepada rakan sekerjanya, Wan, seorang Janda anak 3. 3 tahun muda dari kami, dan merupakan pekerja baru yang masuk ke pejabatnya. Dalam sebulan, dia transfer duit kepada Wan seingat aku dalam RM600.

Aku mempersoalkan kenapa, dan semenjak itu Adib shut himself out to me.

Dalam pada pergaduhan kami, beberapa kali Allah memberi petunjuk melalui mimpi. Aku bermimpi kan ada perempuan menghantar whatsapp kepada suami aku dengan perkataan “sayang”, aku juga bermimpi Wan ada missed call suami aku.

Baiknya Allah pada aku dengan memberi petunjuk, cuma aku yang bodoh memikirkan ini hanya mainan syaitan.

Setelah bergaduh selama sebulan, Adib tiba tiba berubah hati dan ingin berbaik dengan aku. Aku menerima dengan berlapang dada. Fikirku, Mungkin kecelaruan emosi dan gundah di hatinya sudah selesai.

Aku sempat berbaik dengannya 3 hari, sehinggalah Allah Maha Baik sekali lagi, Adib kantoi dihadapanku sedang bercakap telefon selayaknya sepasang kekasih dengan seorang perempuan, dia memasang loudspeaker dan aku mendengar suara perempuan itu.

Dia mengakui perempuan itu adalah Wan. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati aku. Yang aku dapat daripada Adib hanyalah “Sorryla” and not even a real forgiveness. Aku juga ada mengirimkan pesanan untuk Wan, tetapi tiada satu permintaan maaf pun daripada dia.

Selepas kejadian ini, everything seems to fall into places. Suami aku yang pulang dengan bauan wanita di bajunya. Suami aku yang berubah defensive, yang menukar semua password phone nya.

Adib yang keluar rumah pukul 3 pagi dan bila aku mencarinya dia memberitahu mencari barang di bilik stor. Wan juga pernah mengetik like di tiktok aku sebelum kami bergaduh, seakan untuk memberitahu keberadaanya di dalam rumahtangga kami.

Adib juga tidak memberi apa apa penjelasan kepadaku. Yang meniti di bibirnya hanyalah dia dengan Wan tiada apa-apa.

Aku mulai mencari orang lain dan kawan-kawannya untuk mengetahui semuanya. All because Adib yang taknak memberitahuku semuanya, dan tidak ingin berkomunikasi dengan aku. Handphone nya juga masih dengan password yang aku tidak ketahui.

Bulan lepas, sekali lagi aku melihat perubahan ketara dalam diri Adib. dia berubah menjadi jiwa yang asing yang tidak aku kenali. Adib memberitahuku dia sekarang hanyalah terpaksa hidup dengan aku, dan aku ini menyerabutkan, hati seorang isteri aku hancur lagi.

Sampailah, Allah Maha Baik sekali lagi, menunjukkan aku Adib masih berhubungan dengan Wan. Aku lelah dan penat kerana hanya aku yang berjuang di dalam perkahwinan ini sementara Adib masih berfoya-foya dengan janda rempit anak tiga. Berat ujian aku, berat lagi ujian ini untuk Adib.

Aku telah pun keluar dari rumah kami kerana sungguh aku lelah, dan Adib tidak sekali pun mencari keberadaan aku. Ketahuilah oleh aku di mana letaknya aku di hati dan kehidupan Adib.

Aku mulai mencari rakan sekerja Adib hanya untuk mengetahui semua orang di pejabatnya telah pun mengetahui mengenai Adib dan Wan. Hati aku tidak lagi hancur kerana sudah tidak ada sisa untuk dihancurkan.

Ada yang menasihatiku untuk perjuangkan perkahwinan kami, bimbang Adib hanyalah dijadikan tempat untuk mengikis duit dari Wan, tetapi jujur aku penat dan lelah.

Allah yang membalik-bolakkan hati manusia, dan Allah balikkan hati Adib untuk aku setelah 1 tahun 2 bulan perkahwinan kami.

Aku pernah meminta beberapa ustaz untuk “scan” kami jarak jauh dan katanya ada sihir pemisah, tapi sejauh mana kesahihannya, aku juga tidak tahu. Adib bukan seorang yang memercayai benda ini.

Aku sekarang cuma mampu berdoa semoga kalau berpisah itu yang terbaik untuk kami, semoga Allah memisahkan kami dalam keadaan aku berlapang dada.

Mohon pembaca doakan aku untuk diberikan apa yang terbaik daripada Allah. Aku nak sangat membawa hati yang hancur ini ke rumah Allah. Mohon doa dari semua pembaca untuk dimudahkan urusan aku pergi umrah.

P/s: Adib pernah menjadi seorang suami yang bawa kebahagiaan untuk aku. Jujur aku bahagia dan bersyukur mendapat suami seperti Adib. Tapi mungkin aku yang tidak cukup untuk Adib.

Mungkin aku yang banyak kurangnya sehingga Adib membuka hati dan ruang untuk perempuan lain. Adib berhak bahagia, dan mungkin bahagianya bukan dari aku isterinya yang katanya hanyalah beban untuknya.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sedekahkan je la llki mcm tue pd ppuan yg x sedar diri ..trus kuat adik ..pndg ke dpn jgn toleh lg ke blkg….peluk jauh dr cermin😊#mogadpermudahknurusansmpaikesana

  2. Semoga urusan sis pergi umrah dipermudah.Ya betul Allah yg pegang hati kita semua.Semoga urusan rumahtangga sis kembali bahagia.
    Jika betul disihir sis cuba berubat dari jarak jauh untuk pulihkan suami sis.Fight for your marriage.Belum terlambat lagi sis masih ada peluang untuk kembali bahagia

  3. Lelaki itu dgn mudahnya ‘jatuh cinta’, dgn melupakn jerih perih yg pernah dilalui bersama.. dia mngkin xkan berubah, kecuali Allah yg menetapkn sebaliknya.. so, jgn lah buang mse lma2, kerana ketika dia ‘hanyut’, dia xkan ingat apa2, kecuali dirinya shj.. berbincanglah dgn baik, sekiranya benar, yg awk punca dia slalu ‘serabut’, maka hapuskn lah keserabutannya itu, juga jgn menyiksa orang lain, dgn cara ‘menggantung’nya tanpa tali, kerana ia akn menjerut hatinya.. dlu kawen dgn cara elok, so bla nk pisah, juga dgn cara baik.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *