Assalamualaikum semua, saya H berumur lewat 20an, berasal dari Selangor, saja nak menulis di sini sebagai journal kesyukuran dan bukan luahan kekecewaan.
5 Tahun seperti yang ditulis pada tajuk adalah main point penulisan kali ini. Hari ini salah satu aplikasi media sosial mengeluarkan semula ‘throwback’ gambar saya sekitar 5 tahun lepas.
Gambar berlatarbelakang bilik usang berwarna kuning bercapuk dengan kulat dinding, saya tersenyum melihat gambar tersebut, itulah 5 tahun lepas zaman saya baru habis belajar dan masuk ke alam dewasa.
Jujurnya fasa ini tak mudah untuk saya dan hampir berapa kali mencuba untuk mengambil nyawa sendiri (nauzubillah) maafkan saya Ya Allah.
Jalan menjadi dewasa yang tak mudah ini berlaku bila mana saya sukar mendapat perkerjaan dan selalu “expect” habis study confirm dapat kerja,
Jangkaan itu meleset bila mana semua resume saya ditolak dan semua IV juga di reject, oh macam ni rupanya cabaran dewasa.
Disebabkan keluarga saya adalah keluarga sederhana, tidak mudah mendapat wang dari Ibu Bapa, lumrahnya adik beradik turut berdikari orangnya.
Saya mula berhijrah ke sebuah bandar untuk berkerja sambilan. Sementara mencari kerja yang tetap.
Gajinya cuma RM500, bilik sewa yang penuh kulat dinding itu berharga RM150. Rumah pangsa usang ditengah bandar dan dipenuhi housemate yang bukan bukan.
Jujurnya fasa menjadi dewasa saya keseorangan, oh baru faham rakan rakan tak selamanya dengan kita, adik beradik turut punya komitmen sendiri, inilah waktu untuk berdikari dan menggunakan setiap kemahiran yang ada.
Disebabkan gaji yang rendah, saya akan berjalan kaki sejauh jauhnya untuk menguruskan diri, pergi kerja perlu menapak 5KM sebelum menukar bas, pergi ke kedai perlu menapak 3KM, pergi ke bank dan klinik perlu menapak 7KM.
Dalam panas dan hujan semua diharungi untuk “survive” dalam menjadi dewasa. Lebih kurang setahun hidup try and error dan penuh cabaran, tanpa keluarga terdekat, tanpa rakan karib,maka mulalah episode murung dan kerisauan.
Adakah hidup akan terus menerus begini, jujurnya minda mula negatif, mula “compare” diri dengan kehidupan orang lain, mula rasa terlampau sedih.
Kemurungan adalah sebuah rasa yang sangat sakit lebih sakit dari penyakit fizikal. Maka bermula lah episod putus asa dalam kehidupan, sedih betul bila diingat semula.
Selepas setahun hidup begini, saya mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji RM1300, bersyukur nya saya Allah yang tahu, dalam fasa ini ada ujian ujian yang sukar dilalui,
Tapi dalam fasa ini juga saya mula mengenali diri sendiri, mula belajar berniaga, rupanya hikmah hidup yang susah, Allah kurniakan satu kemahiran untuk membuat kerja dengan teliti serta berkualiti.
Ditempat kerja baharu saya banyak belajar tentang kerenah manusia, cara mengatasinya serta saya cuba pulihkan diri dari kemurungan.
Alhamdulillah sedikit demi sedikit kehidupan lebih positif.
Sekarang, selepas 5 Tahun, saya sudah berkerja di tempat baharu, entah kenapa setiap apa yang dilakukan sekarang rasa syukurnya terlampauuuu banyak.
Syukur sangat dengan apa Allah bagi, masih belum bergaji besar tapi saya rasa “cukup” dengan apa yang ada.
Syukurnya saya dikelilingi orang orang baik. Bilamana ada ujian ujian berlaku, saya akan mengingati semula peristiwa 5 tahun lepas.
Kehidupan yang menurut saya cukup sedih dan malang tapi menurut Allah adalah sebuah jalan kehidupan yang paling sesuai dan manis untuk saya.
Alhamdulillah ala kulli hal, moga moga semua orang yang sedang mengharungi ujian dapat kuat seperti selalu, dipertemukan jalan penyelesaian, ketenangan hati dan mudah menghadapi ujian kehidupan.
Semoga rasa syukur terus ada di dalam hatiku, dan semoga setiap sabar ini mendapat keberkatanNYA dan terus mengalir buat anak cucu ku jika direzekikan kelak. Aamiin..
– Miss H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit