Kena Tempias ‘Body-Shaming’ Kawan Aku

Assalammualaikum semua pembaca. Tajuk aku ni mungkin mendatangkan sedikit kontroversi sebab yelah takkan la kawan yang body shaming, kita yang kena pulak kan? Okey bawak bersabar biar aku yang terangkan.

Kalau sebelum-sebelum ni, orang selalu cakap yang kalau badan gempal, muka buruk atau apa-apa sahaja kekurangan akan menyebabkan insan itu dipulaukan oleh masyarakat. Manakala orang yang cantik, pandai, kaya atau apa sahaja kelebihan lain pulak akan disenangi, disayangi dan sebagainya.

Aku tak rasa macam tu. Mungkin ada segelintir yang pandang rupa, tapi setakat ni berdasarkan apa yang berlaku dalam hidup aku, aku tak rasa yang orang buruk dipulaukan. Okey korang mesti tak setuju dengan aku kan, sabar..dengar dulu apa yang aku nak ceritakan ni.

Aku ada sahabat baik dekat universiti yang aku namakan Yana. Dia memang bertubuh sangat gempal paling gempal dalam kelas aku.

Tapi dia seorang yang baik, peramah dan selalunya orang memang suka nak bergurau dengan dia. kalau korang sedar orang yang bertubuh gempal ni, orang lain suka peluk diorang.

Sebab sedap kan untuk dipeluk. Lagi satu bila di universiti, mungkin sebab masing-masing rindukan mak, jadi bila nampak orang bertubuh gempal ni, diorang macam suka peluk dan bermanja. Okey, aku pulak kontra dengan dia.

Seorang yang kurus, berkulit cerah dan ada rupa. Dan jugak aku dikurniakan otak yang pandai, memang sejak sekolah lagi selalu top in class, keputusan SPM cemerlang sehinggalah ke universiti pun aku dapat agak cemerlang tapi bukan dekan lah.

Walaupun di universiti pada awalnya aku tak dapat nak catch-up sangat sebab aku perasan yang si Yana ni suka ganggu aku dikelas. Masa lecturer ajar dia suka sembang dengan aku. Sampaikan dia pernah tutup nota lecture note aku macam tak bagi aku belajar.

Sebab dia tahu aku pandai, dia taknak aku lebih dari dia macam seolah-olah sama-samalah kita tak payah faham, tapi nanti nak dekat exam, dia ketuk bilik aku macam nak pecah pintu suruh ajar dia pulak, haha.

Tapi tak kisahlah yang tu, pokok pangkal nya ialah kenapa aku cakap aku kena tempias body-shaming kan?

Aku perasan yang kawan-kawan sekelas aku seolah-olah bencikan aku. Diorang seolah-olah ingat yang aku ni mesti seorang yang bossy, suka mengarah si Yana, buat itu ini. Diorang sangka yang mesti Yana selalu kena mengalah dan layan kerenah aku.

Korang sedar tak yang stigma masyarakat yang bila ada seseorang ada kekurangan, orang akan ingat yang diorang ni selalu ditindas, dipulaukan etc. Aku perasan yang dia mendapat pandangan simpati, manakala aku pulak mendapat pandangan benci.

Aku tahu aku adalah seorang yang cantik dan pandai bergaya. Jadi bila kami berdua berjalan sama-sama orang akan judge aku.

Lagi satu, sebab Yana yang bawak kereta, aku jadi co-driver je jadi memang orang akan ingat aku perhambakan dia, suruh pergi ke sana sini yang mana sangat salah. Aku tak pernah mengarah dia.

Kalau aku ceritakan, korang mesti tak percayakan? Sebenarnya aku yang selalu kena mengalah dengan dia, dari tahun satu lagi. Contohnya, bila aku dan dia sama-sama tunggu bas ramai-ramai dengan orang lain jugak, dia akan tarik tangan aku ke tempat lain.

Mungkin sebab dia segan bila di kawasan bersesak-sesak which is aku takpe. Tapi bagitahulah tak perlulah nak tarik tangan aku sepanjang masa dan kena ikut cakap dia je. Tapi aku selalu mengalah je dan balas dengan senyuman dan gelak tawa sebab benda kecik je kan.

Begitu jugak kalau di kafe, dia akan tanya aku nak duduk mana. Lepas aku tunjuk kat meja mana-mana, dia akan cakap taknaklah. Kita duduk sinilah. Maksudnya apa saja pun aku kena ikut pendapat dia akhirnya. Dan bermacam-macam lagilah.

Contoh situasi bila belajar pulak, dia suka tanya aku bila aku cuba nak fahamkan pelajaran yang lecturer tengah mengajar. Kalau aku tegur yang bagilah aku faham dulu nanti aku ajarlah dia, nanti dia akan cebik merajuk.

So aku terpaksa la ajar which dia akan berkerut berkali-kali dan tunjuk yang dia faham even dia tak faham. Lepas tu dia jugak suka besar-besarkan kalau aku tersalah seolah-olah nak perkecikkan aku bila ada peluang.

Bila dia salah pulak dia pandai cover dan ada saja alasan. Aku perasan yang dia sangat pandai bercakap berdolak dalih yang bagi dia menang jugak akhirnya. Dia suka bergurau yang buatkan aku terasa dalam diam.

Macam gurauan yang ada unsur perendahkan aku dalam halus. Kalau aku macam terasa atau persoalkan, dia akan cakap yang aku ni sensitif sangatlah. Jadi akhirnya aku jugak yang salah, haha. Aku selalu gelak je sebab taknak keruhkan persahabatan ni.

Pernah sekali masa time beli belah, dia tanya aku biskut apa yang sedap. Bila aku tunjuk satu biskut ni (sebab favourite), dia cakap “ish tak nak lah tak sedap.. not my taste.” So aku pun terdiam, tadi dia yang tanya, dah aku jawab balas camtu pulak.

So aku pun bersabar jelah. Lepastu masa aku tengah belek-belek biskut lain, dia cakap beli lah yang ni. Aku pulak balas, taknaklah not my taste. Terus tetiba muka dia sentap gila.

Aku pun tak faham camtulah aku kena tadi. Kau baru kena sekali dah sentap teruk, haha. Lepas tu bermasam muka berhari-hari adoi.

Dia selalu buatkan seolah-olah dia yang selalu tersakiti (playing victim). Kalau buat salah pun dia akan pura-pura seolah-olah takde apa yang berlaku. Akhirnya aku jugak yang kena beralah dan minta maaf.

Bila aku tangkap gambar dengan dia, bila tengok gambar aku cantik sikit dia pernah cakap fake je ni. Aku terasa sangat tau. Aku rasa dia ada insecurity complex jadi aku selalu bawak bersabar dan cuba letak diri aku ditempat dia. Aku cuba untuk faham dia. mungkin dia rasa rendah diri.

“Wahai sahabat, sejujurnya aku berkawan dengan kau sebab aku memang suka berkawan dengan kau. Suka bergelak tawa, sembang pun memang masuk. Tapi aku perasan sejak tahun dua, kau dah mula suka mengarah-arah dan mempersendakan aku. Membesarkan hal-hal yang kecil dan mencari salah aku.. huhu..”

Bila ada rakan pernah cuba nak rapat dengan aku, dia merajuk dan buat muka marah dengan aku. Aku tak sedar yang sebenarnya dia mengongkong hidup aku selama ni.

Aku tak boleh rapat dengan sesiapa pun kawan dalam kelas kecuali dia. tapi dia pulak boleh. Dia bersembang dengan rakan kelas lain macam biasa. Satu lagi, aku perasan yang bila ada kawan sekelas yang sembang dengan dia.

Dia sangat pandai beramah dengan diorang sampai buat diorang rasa seronok bersembang dengan dia. tapi lepas kawan tu dah takde, dia mengumpat orang tu dekat aku. Aku bagi contoh la eh. Kawan tu bercerita pasal pengalaman dia kat Switzerland.

Yana pun buat muka excited tanya dia macam-macam. Aku pun cuma tumpang senyum selit sikit-sikit je tapi aku tak berapa pandai nak beramah lebih-lebih. Dalam hati aku kata, seronoklah si yana ni, orang suka bersembang dengan dia. lepas tu bila kawan tu dah takde.

Terus riak muka dia jeling dekat kawan tu. Pastu cakap kat aku, “dia nak tunjuk dia tu kayalah dapat pergi melancong sana sini”. Aku tersentak. Dia pandai bermuka-muka. Aku ingatkan dia betul-betul excited dengan cara dia sembang tadi huhu.

Kawan-kawan sekelas aku yang lain suka diburuk-burukkan oleh dia depan aku. Dia suka buat aku bersangka buruk dengan kawan-kawan aku yang lain, which aku tak terkesan sangat sebab aku dah tahu perangai dia macam mana.

Tapi aku kesal la jugak sebab kalau boleh aku taknak mengumpat, aibkan orang lain. Aku tak selesa, tapi kalau tegur takut dia marah pulak. Jadi aku banyak senyum je. Sebab aku tak nak termasuk dalam orang yang mengumpat, tak fasal-fasal aku kena soal pulak kat akhirat nanti, huhu.

Tapi sedikit sebanyak pandangan negatif tu ada jugak yelah kalau dah kena basuh setiap hari kan. Sebab tulah Allah melarang mengumpat, sebab ia akan menyebabkan kita mudah berburuk sangka pasal orang lain bahkan orang yang kita tak kenal rapat sekalipun.

Korang mesti nak cakap habis tu yang aku tengah buat ni tak mengumpat ke? Tak, sebab aku tak kenal korang dan korang pun tak kenal aku siapa. Dan korang pun tak kenal siapa yang dimaksudkan jadi takde istilah dia dibuka aib pun.

Aku cuma nak menyatakan yang tak semestinya stigma masyarakat yang orang cantik ni akan disayangi disanjung manakala orang yang ada body shame pulak akan dipulaukan, dikongkong, dihina dan sebagainya.

Tak semua tu betul. Disebabkan stigma yang macam ni lah aku pulak yang kena tempias kononnya aku ni teruk betul lah. Mengarah kawan baik aku mentang-mentangla cantik dan pandai bergaya.

Mesti kena selalu ikut cakap aku. Yada -yada ..ada kawan sekelas yang asal tengok aku je mesti menjeling. Pastu kalau lalu depan aku dengan si Yana, diorang cuma akan senyum dan hai dekat Yana je. Aku macam tunggul kayu kat situ. Hmm sedih betul rasanya.

Lepas tu satu lagi. Jadi orang cantik ni tak semestinya akan selalu happy, hidup bahagia semua orang sayang. Bagi aku, dengan kelebihan ni orang perempuan selalu jeles dengan aku.

Kalau aku cakap dengan mana-mana lelaki diorang akan cakap aku gediklah, nak ambil perhatian lah, annoying, dan nak rampas pakwe diorang.

Padahal, lelaki tu yang approach aku dulu lagipun kami cuma cakap urusan belajar. Aku takde pun nak menggatal lah. Orang perempuan memang macam tu. Diorang rasa lain macam bila ada perempuan lain lebih cantik dan bergaya dari diorang. Diorang akan rasa tercabar.

Sumpah aku cakap aku tak pernah ada niat pun nak mengada-ada atau mengorat lelaki, macam rendah sangat je martabat aku ni. Yang peliknya kalau diorang sampai tahap bertepuk bertampar dengan orang lelaki takpe pulak..ohh sebab takde skandal. Kalau aku takat sembang pun jeling, aduhai nasibla labu.

Korang mesti akan cakap kenapa aku taknak tegur langsung dan nasihat kawan aku ni. Untuk pengetahuan korang, si Yana ni takboleh nak ditegur. Tambah-tambah oleh aku. Kalau lecturer ajar dia tak faham pun, dia akan salahkan lecturer tu yang tak pandai ajar.

Dia takkan pernah salahkan diri sendiri so aku takleh nak tegur dia. Kalau aku tegur nanti dia akan bermasam muka so aku terpaksa lah beralah selalu.

Aku terpaksa menurut sebab masa tahun 3, aku dah duduk rumah sewa dengan dia. Jadi kalau boleh aku taknaklah bergaduh. Aku senyum saja sebab atleast aku ada jugak kawan.

Aku cuba bersyukur dengan seadanya la. Yelah sebab aku dapat duduk rumah sewa yang selesa, ada kawan yang ada kereta untuk bawa pergi kelas pun aku dah bersyukur. Sebab ada yang terpaksa naik bas kot, huhu.

Okey sori terpanjang pulak confession aku ni. Kesimpulannya aku just nak cakap janganlah judge orang lain berdasarkan penampilan. Tak semestinya orang yang cantik tu perangai buruk, lembab (sebab tau nak melawa je), pemalas, pengotor dan semua benda negative yang korang lemparkan.

Dan untuk orang yang ada kekurangan body shaming pulak tak semestinya diorang perangai perfect, rajin, pandai.

Maksud aku jangan stereotype kan benda ni. Dia ikut orang tu sendiri. Semua orang pun tak perfect jadi janganlah judge orang lain berdasarkan penampilan diorang huhu. Aku selalu dengar pasal ni, perempuan yang muka cantik ni, masak tak tahulah pandai ke tak.

Hello, aku pandai masak okey! Takkanlah aku nak masak depan mata korang pulak, so jangan judge orang okey? Baiklah itu saja coretan aku. Segala kata yang menyakitkan hati sesiapa maaflah aku cuma nak berkongsi pengalaman dan pandangan aku saja. Adios.

– Sahabat yang tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit