6 Sense – 12:44 AM

6 Sense

Assalamualaikum kak min & pembaca. Hope sudi baca & share..

Pernah tahu tak dengan kewujudan manusia yg hijabnya terbuka? Maknanya boleh 'nampak' atau ada 6 sense. Mungkin dengar macam lucu merepek tapi hakikatnya memang wujud. Aku ada seorang kawan dimana di boleh nampak makhluk2 halus ni tapi itu kisah dia. Kisah aku, aku boleh nampak atau baca orang. Contoh, si midah suka pada si ramli. Midah senyap dan pendam tanpa memberitahu pada siapa2 tapi aku boleh nampak dan tahu yang midah suka pada ramli. Got it? Diikutkan dari 5 case, 3-4 betul. Macam mana tahu betul atau salah? Aku tanya pada orang2 yang aku nampak. Dan aku jugak boleh nampak orang yang suka dan benci aku. Aku tak tahu apa yang aku perlu respon pada manusia2 yang suka atau benci aku ni. Untuk yang suka, aku masih boleh ignore sebab aku taknak jadi manusia yang perasan sendiri tapi untuk manusia yg benci aku, aku terlalu pikirkan. Kenapa dia benci aku, apa salah aku kat dia sampai kadang2 aku stress 1 kerja tak buat disebabkan fikirkan hal begini. Aku jadi seolah2 seperti paranoid dengan semua benda bila dapat tahu ada yang membenci aku. Kadang2 aku tak pasti sama ada ini sakit mental, bisikan syaitan atau anugerah yang aku boleh nampak. Mungkin ada manusia diluar sana kata aku bertuah kerana boleh baca orang tapi aku berharap yang aku tak boleh nampak benda macam ni. Apa yang harus aku lakukan supaya aku tak ambil peduli apa jua perkara yang aku nampak sama ada baik mahupon buruk?

– F.H

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *