Part I, https://iiumc.com/7-hari-
Part II, https://iiumc.com/7-hari-
Assalamualaikum semua! Salam Ramadhan hehe. (Read: Ramadhan 21 ). Pertama sekali terima kasih banyak admin atas kesudian untuk approve kisah saya ni.
Takkkkaannn laa saya kembali kesini kalau takda benda nak deceritakan betul tak? HAHAHAHA.
Mungkin ini adalah bahagian terakhir dari kisah benar saya yang ala-ala drama akasia TV3 pukul 7 tu, jadi mungkin akan sedikit panjang dari kebiasaan.
Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih untuk setiap satu nasihat, doa, tips, dan segala komen yang abang kakak semua kongsikan untuk saya. Aku akan cuba karang kisah ni dengan ringkas dan mudah difahami okay!
Aku Yol, dan ini adalah kisah Ramadhan ku untuk menyapa Sarah! atau nama sebenarnyaa…… HEHEHE.
Rentetan dari Ramadhan-7 yang agak menghampakan pembaca tempoh hari, aku cuba move on dengan menganggap benda ni semua satu takdir biasa dan akan berlalu begitu sahaja.
Selepas dari update terakhir yang aku kongsikan haritu, aku jalani rutin aku macam biasa, iftar dekat masjid X, solat berjemaah sampaila habis Terawih.
Aku tak lagi mengharapkan Sarah muncul pon sebab aku anggap takda rezeki nak bertegur sapa.
Sehinggalah…
P/s : untuk pengalaman terbaik, sila baca sambil mainkan lagu Angau by Fahimi dekat background okay. HAHAHAHA
Ramadhan 18 – Hari ini adalah hari terakhir kerja untuk minggu ni, jadi aku pon bersantai-santai je sebelum gerak ke masjid sambil chat member tanya “dah gerak belum oi”.
Mulanya ingat nak sarung teluk belanga ironless haritu, cumanya harini aku takmau la iron HAHAHAHA.
Tapi lepas aku belek2 baju yang ada, aku decide pakai Jersey beli promo yang jual lambak dekat Al-Ikhsan tu, dengan seluar tracksuit je hahaha. Maka bergeraklah aku ke Masjid X.
Sampai je dekat masjid, aku pon pergila amik air sirap selasih masjid yang sedap tu untuk buat berbuka.
Khemah penginfaq yang aku pernah inform dulu tu pon macam biasa, keluarga lain yang duduk. Cumanya meja ajk je dah ubah tempat nearby dengan meja aku dan kawan2 selalu makan.
Sedang jejaka separa tampan separa tidak ini berjalan menuju meja makan, dia terlihat satu sosok yang dikenali dihujung matanya.. dan YA.. SARAH ADA!
Perut aku automatik kenyang, muka yang sugul menunggu berbuka tu tiba tiba automatik segar, mata aku rasa berbintang bintang HAHAHAHA (aku rasa nak lempang je diri sendiri).
Kawan aku kata, harini lah harinya Yol, its now or never. Abang2 yang komen aku lambat sangat tu aku jadikan penguat semangat. SEMANGATTT..
To make it short, aku gunakan strategi yang dah tersimpan lama, aku nak tegur dia masa dia tengah isi air Coway dalam botol dia.
Kenapa time isi air? Sufficient time with non-awkward situation gittew. Tengah isi air takdala aku kena cakap sambil pandang muka sepanjang masa kan? Takkan masing masing nak lari masa tengah isi air kan? HAHAHA.
Aku pon nekad bangun dari kerusi pergi isi air. Masa ni aku teringat komen sorang pembaca “…masatu kau jangan kesah baju apa kau pakai dikk pergi je terus tegur”
Oh btw mesin air tu ada 2 unit, jadi dia isi sebelah, aku datang isi dekat sebelah guna botol member aku HAHAHA. ha pandai pandaila korang bayangkan situasinya yaaa
*tengah isi air, dengan muka mesra bersama getaran di dada”
Aku : “Assalamualaikum cikk,boleh saya nak tanya sikit?”
Sarah : “Waalaikumsalam” *muka macam terkejut tapi senyum macam eh mamat ni bagi salam dekat aku ke*
Aku : “Boleh saya tanya, cik ni anak dari keluarga penginfaq ya? sebab saya selalu jugak nampak cik dekat sini”
Sarah : “Eh tak, saya adalah ibu pada anak anak awak nanti” LAHHH HAHAHAHA OKAY BERGURAU. Apala delulu sangat mamat ni ya.
Jawapan sebenar,
Sarah : “Ouh yekee, Eh takla, saya anak *** masjid ni” *masa aku angkat muka nak pandang Sarah, Sarah jawab pandang muka aku sambil SENYUM.
Tik… Tik.. Tik…
Terbaring lagi ditaman..
Tak sama siapa keseorangan ..
Tidakkah kamu rasa keletihan..
Berlari berkejaran dalam fikiran.
Masa tu jantung aku rasa nak pecah, ekspresi muka aku tak boleh dikawal, aku jadi gelabah tak tentu pasal.
Air yang aku isi pon suku penuh jadi aku sambung sikit perbualan pendek dan decide nak gerak dari situ sampailah aku tersedar..
NAMA BETUL DIA APA? AKU TERLUPA TANYAA.
Aduhai anak muda. Kenapalah kau boleh lupa perkara sepenting itu ya? Mungkin sebab dah terbiasa gelarkan dia Sarah kot HAHAHA.
Untuk makluman, ini kali pertama aku bertindak macam ni dalam hidup. Memang gelabah.
So apa aku buat lepas dari kejadian tu? Ya sekali lagi aku gunakan nasihat dari abang kakak semua untuk bertanya dan mencari.
Akhirnya kata aku berjaya tahu nama dia dan sedikit sebanyak info lain. Cukup untuk lengkapkan misi sampingan Ramadhan aku tahun ni selain dari cuba istiqomah ke rumah Allah hahaha.
Lepas dari hari kejadian, Sarah tak muncul lagi hingga harini. Tapi kalini berbeza dari dulu sebab aku tahu dia boleh datang secara random ikut keluarga dia kemari. Jadi memang akan ada hari dia datang, ada hari dia iftar luar mungkin?
“Habistu Sarah single ke tak? Wife orang ke? Tunang orang ke?”
Dengan yakin aku boleh jawab dia masih single. (Alhamdulillah fuh HAHAHAHA) tapi tak tahu la kalau kalau sudah ada yang dihati. Dia selalu teman parentsnya datang kemari.
“So tamat macam tu je ke kisah ni?”
Mungkin ya mungkin tidak. Memandangkan aku sendiri tak sempat tanya nama dia, aku mengharapkan satu lagi episod untuk bertanya sendiri nama dia.
Mungkin dia akan muncul lagi mungkin tidak. Aku pon masih berbaki beberapa hari je lagi dekat sini sebelum bergerak balik kampung.
Untuk penjelasan, aku bukanlah anak muda yang baik kuat ibadah macam yang sesetengah orang katakan.
Aku sendiri dalam proses memperbaiki diri jadi aku sangat menghargai komen positif dan kritikan membina dari semua.
Aku ni anak muda biasa je yang ada masa nakal terlajak ada masa malu malu kucing.
Macam yang aku cakap sejak awal, aku tak mengharapkan lebih pon dari Sarah.
Cukup sekadar menegur untuk legakan hati dari hari pertama bertemu. Fokus utama aku masih lagi cuba istiqomah dalam mendekatkan diri dengan Tuhan.
Tapi..
Kalau ada jodoh apa salahnya kan? HAHAHAHA bak kata komen sorang kakak ni, “kalau dah jodoh,hujung dunia pasti bertemu jua dikk..”
Kalau terhenti setakat ni saja pon takpa, aku akan terus berjalan, dan menganggap ini sebagai satu memori Ramadhan yang manis. Sekurang kurangnya aku tahu yang Sarah itu ada.
Aku Yol, dan ini kisahku 7 Hari Crush Di Masjid.
Semoga bertemu lagi..
– Yol (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
eeeee kau ni deekkk. akak beria ingat ko minta no phone ke , tukar ig ke . eee frust pulak aku hahahahahahahaa. apa pun selamat hari raya ! ada jodoh tak kemana .