Apa Tanggapan Doktor?

Baru2 ni awek aku teman aku pi hospital. Lepas tu dia marah aku. 

Sebabnya dia kata kenapa aku pandai2 demand mintak ubat itu ini dekat doktor. 

Dia kata biar la doktor tentukan aku kena makan ubat apa. Dia bebel kat aku kata aku memandai pulak. 

Katanya aku ni dah lagak macam doktor pulak. Seolah2 aku lagi tahu pasal ubat semua berbanding doktor. 

Aku bagitau dia, aku berurusan dengan hospital kerajaan bukan sehari dua. 

Sebab aku ada masalah tonsil. Lepas tu aku tahu ubat mana senang berkesan. Aku maintain ubat tu ja la. Sebab tu aku mintak ubat tu ja dekat doktor. 

Aku cakap kat awek aku, aku dah senangkan kerja doktor untuk tulis ubat. Dah tak payah doktor pening2 fikir nak bagi ubat apa dekat aku. 

Lagi satu, kalau doktor tak boleh ikut kerenah atau permintaan pesakit, doktor tu boleh ja cakap tak boleh bagi ubat aku nak tu. 

Tapi doktor kerajaan tak pernah cakap macam tu pun. Asal aku listkan ubat apa aku nak, doktor selalu bagi ja. Tak pernah doktor cakap tak boleh. 

Kadang2 ja dekat klinik kesihatan ubat tu tak de. Sebab stok tak masuk. 

Kadang doktor chek dulu dengan farmasi ubat aku nak tu ada ke tak. Kalau ubat tu tak de, doktor ada bagi slip suruh beli sendiri kat farmasi. 

Lepas tu dia bebel pulak kat aku sebabnya kalau aku pergi government. 

Contoh aku demam selsema. Aku mintak sekali ubat kahak, ubat batuk, vitamin. Ubat kumur. 

Sebabnya aku kenal la badan aku.. Hari ni aku tak batuk, esok lusa mesti batuk. Pastu nanti kahak. 

Tu pun dia persoal. Dia kata aku mintak ubat bukan2. Dia kata mesti doktor menyampah dengan aku. Sebab lebih sudu dari kuah. 

Dia kata nanti kalau batuk pergi balik ambik ubat batuk.. 

Tak kan dua tiga kali aku nak ulang ke hospital. 

Kadang2 doktor pun bagi siap2 ubat selsema ka apa supaya kita tak payah berulang dah. 

Sekarang aku dah dapat kerja. Aku ada klinik panel yang swasta tu. Kadang2 tak pergi kerajaan, aku pergi klinik panel. 

Tapi kadang2 ubat dari hospital kerajaan dekat klinik swasta tak dak. 

Sebab doktor cakap ubat tu ada, cuma jenama dan company yang berbeza. 

So mana yang sesuai untuk aku, aku maintain tu ja.. Aku tak suka tukar2 brand. Sebab tu aku mintak siap2 tolong bagi ubat jenis ni dan brand ni. 

Kadang2 doktor pun bukan bagi ubat betul. Kadang2 ada bagi silap.. Kadang2 aku tak sesuai. 

Diri kita, kita la kena jaga. Kita yang tahu apa sesuai dengan kita. Doktor bukan tau. 

Aku ni selalu ada masalah dengan antibiotics. Kadang ada yang brand ni aku kena makan 500mg. Kalau brand tu tak de, ada brand lain.. Aku kena makan 250mg ja. 

So aku cakap siap2 kat doktor dostage berapa aku nak.. Sebab antibiotics selalu bagi radang dalam badan aku kalau silap dos atau brand dia. 

Kan ada setengah antibiotics kuat. Untuk badan orang ni elok ja 500mg, mai kat badan aku, tak sesuai 500.. Kena 250 ja.. Jadi kena makan sebijik ja. 

Tu pun dia pertikai. Dia kata mesti geng2 doktor dok membawang pasal aku. Dok gelak kat aku serupa aku lagi tau semua. 

Dia kata doktor lagi tau ubat apa berapa dos nak bagi. Dia kata aku ni memandai2.. 

Aku kata doktor mana tau kesan ubat pada badan orang.. Kita la kena tau semua tu. Bukan kita memandai2. 

Malas aku nak layan dia. 

Sekarang aku nak tau, salah ka perbuatan aku demand ubat dari doktor??

Betul ka doktor menyampah kalau ada pesakit yang mintak ubat dari company atau jenis ubat yang tertentu? Siap dos berapa pesakit tu mintak. 

Aku betul2 nak dengar dari pandangan pakar perubatan. Senang aku nak tunjuk kat dia. 

Kalau betul doktor memang menyampah macam kata awek aku tak pa la.. Aku terima la salah aku.. 

– Zam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ok je. Pesakit macamni memudahkan kerja. Ni tak, bila kita tanya sakit apa pun, tak tahu nak jawab. Suruh dr pikir sendiri. Errr, manalah kita tahu badan awak. Kita ni belajar, sakit pun macam2 jenis dan level. Belum lagi masuk soalan2 lain. Kan kita tanya banyak2, dia cakap dr tanya soalan banyak pula…haha..serba tak kena.

  2. Ignore je maker awak tu. Lain kali jgn bwk dia. Sy pun sejenis dr kecik sakit itu ini..gastrik..tonsil..migraine. Kita dah biasa dgn ubat dah tahu apa yg sesuai dgn kita itu ini. Sy pun mcm tu juga kalau jumpa doktor. Ckp je nak ubat apa yg kita biasa ambil. If doktor ckp tak sesuai adalah sebabnya. Kepoh je makwe awak. Belum jg bini lagi
    .hahaha

  3. Ak baca pun lagi bertambah rismas lh dgn awek ko tu. Banyok songeh. Annoying. Nanti jumpa doktor mntk ubat sakit kepala. Migrain dan ubat tahan sakit sbb stres. Standby ubat ni awal2 sbb sy tahu awk perlukannya dikemudian hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *