8 Langkah Atasi Masalah Buli

Buli tak semestinye fizikal sahaja tapi boleh juga dalam bentuk emosi….

Saya dibuli secara emosi oleh roommate saya sendiri. Sampai skrg saya masih satu bilik dengan mereka (kerana sebab tertentu tak dpt pindah bilik). kesan buli tu saya tak dapat focus study dan result saya jatuh( tapi sekarang dah okay) . cerite sebalik apa yang mereka buat panjang. tapi gist apa yang mereka buat ialah mereka pulau saya. Dia cerita macam2 pasal saya kat orang. diaorg jugak bagi surat layang kat saya. kutuk saya macam2 dlm surat tu. mereka hanya cari saya bila perlu je.. Alhamdullilah kawan satu course saya tahu saya orangnye macam mana. Jadi mereka tak percaya ap yang diorg cakap.

Jadi saya rasa nak kongsi macam mana saya mengatasi masalah ini.

Ni hanya dari pengalaman saya bukan daripada nasihat professional. Jadi kalau anda dibuli teruk dan tak sanggup nak hadapi. lebih baik jumpa pihak professional.

1. DOA. (Allah mempunyai kuasa tanpa batasan untuk bantu kita).
2. kalau kawan anda gosip benda tak betul pasal anda. Lama kelamaan Allah akan tunjuk sape yg salah sebenarnye. Jika anda sabar, bertenang dan tidak mengata balik kawan tersebut.
3. kongsi masalah buli dengan mak n ayah. Minta tlg mereka doakan sekali.
4. kongsi masalah buli dengan kawan yang dipercayai dan boleh simpan rahsia sahaja. Tapi bukan untuk nak mereka masuk campur dalam hal buli tapi untuk mendapatkn emotional support daripada mereka. walaupun mereka tak blh buat apa-apa, emotional support daripada mereka dah sangat membantu.
5. hargai kawan yang baik dengan anda dan layan mereka dengan baik.
6. Jangan berperangai macam pembuli tersebut. Dan jangan rapat sangat dah dengan mereka.
7. Maafkan mereka. bila kita maafkan orang yang buat salah kat kita, beban masalah itu akan berkurang dengan banyak.
8. Ingatlah orang semua tak sama. semua ada perangai baik dan buruk. MAnusia tak sempurna. KAlau kita kawan yang baik kita tidak akan membuli mereka secara emosi.

Alhamdullilah. walaupun mereka kadang2 masih buli saya. Saya ok je. Dah tak rase ap2 dengan ap yang mereka buat.

percayalah Allah sentiasa ada untuk membantu kita.

– Cik Happy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit