Assalamualaikum semua,
Kisah ni kisah benar dan berlaku beberapa minggu yang lepas, aku Z (nama initial aku) seorang lelaki berumur 26 tahun dan telah bekerja.
Aku mula dari awal kisah ni, aku gelarkan ex aku sebagai A sebab tu nama initial dia.
Aku kenal A waktu kami habis SPM, sepanjang kami bersekolah, aku tak pernah tegur dia sebab dia jenis muslimah tapi aku perasan kewujudan dia cuma waktu tu aku masih tak ada rasa untuk bercinta.
Fast foward, ketika result SPM keluar, aku ada 2B+ dan aku up status di Facebook menanyakan bagaimana hendak buat re-check dan mana tahu rezeki boleh aku dapat A- sekurang-kurangnya.
A mesej aku menerusi Facebook dan dia juga ingin buat re-check sebab dia ada 4B+. Jadi kami mula kenal dari situ dan mula jadi lebih rapat.
Aku, sebagai seorang introvert, aku sangat hargai hubungan tersebut sebab kami terus menerus share kehidupan seharian kami dan aku mula timbul rasa suka kat dia.
Aku lupa cerita yang aku ni rabun jauh, kat sekolah, aku perasan dia tapi aku tak pernah nampak muka dia dengan jelas sebab aku rabun.
Jadi, aku suka dia tu pun bukan aku tahu sangat rupa dia macam mana.
Huhu, dah la tengah dengar OST Imaginur, AMIR JAHARI – HASRAT. Syahdu ja tulis confession ni.
2015, aku confessed kat dia, tapi dia reject aku dan cakap dia nak tumpu belajar. Dia dapat masuk salah satu universiti awam di Borneo dan aku masuk salah satu universiti awam di utara.
Walaupun dia reject aku tapi dia masih mesej aku sebagai kawan, waktu ni sebenarnya rasa sangat janggal sebab aku layan dia sebagai seorang yang aku sayang tapi dia layan aku sebagai seorang kawan.
Banyak episode manis duka kami tempuhi, dia block aku, aku tengking dia waktu OTP, aku tolong assignment dia, dia cerita dia ada suka orang kat sana (yang ni memang sakit gila waktu tu haha).
2016 hingga 2017, hubungan kami makin erat dan dia mula guna panggilan lebih mesra.
2016 dan 2017 memang zaman aku enjoy life aku, aku masih mesej dia tapi waktu ni perasaan tu macam mula hilang sebab aku jumpa ramai perempuan lain di kampus aku tapi aku tak pernah approach pun sebab aku introvert.
Waktu 2017, aku pernah bagitau dia aku nak bertunang dengan dia lepas habis Diploma dan nak terus cari kerja tapi dia tak mahu. Jadinya, aku sambung Degree di universiti yang sama.
Banyak berlaku dalam 2016 dan 2017 ni, aku berjaga malam untuk tenangkan dia dan A ni memang suka baby. Dia banyak share video baby yang come-comel kepada aku dan aku pun mula suka tengok baby sebab video-video dia share haha.
Tahun 2017 juga mak dia banyak sakit dan banyak ulang-alik hospital. Aku selalu jadi peneman dia sementara tunggu rawatan mak dia selesai.
2018, kami makin renggang dan mula tumpu urusan masing-masing. Aku sambung Degree di universiti yang sama dan dia pun sambung di universiti yang sama.
Waktu 2018 ni, dia mula slow chat aku dan dia cakap dia nak tumpu pelajaran dia. Aku sedih sangat waktu ni sebab perasaan aku makin menebal untuk dia dan aku mula tutup hati aku untuk perempuan lain sejak 2017 lagi.
Waktu 2018, kami banyak layan korea sama-sama before dia bagitau yang dia taknak aku tunggu dia dan dia nak tumpu pelajaran dia sebab dia nak pastikan kejayaan diri dia dulu. Aku faham permintaan dia dan aku beri dia ruang.
Waktu tahun 2018 ni, ada macam nak cuba buka hati untuk perempuan lain tapi aku rasa aku tak pernah jumpa perempuan sebaik A (kesilapan aku, sebab aku introvert dan tak kenal ramai orang jadinya si A ni ja penanda aras untuk aku tahu tahap bagus seseorang)
Si A sebenarnya seorang yang jaga aurat, tudung labuh, pakai inner, baju longgar dan sentiasa pakai socks. Dia juga seorang yang tak berkata kesat langsung, even b*doh pun dia tak pernah tulis or cakap.
Dia juga seorang wife material bagi aku, dia rajin cuci tandas dan kemaskan rumah. Bukan itu saja, dia ni memang pandai gila memasak, pernah dia hidangkan aku rendang tok. Sedap sangat. Playlist lagu-lagu dia pun mostly nasyid dan zikir.
Dia pun memang sangat peka bab agama dan seorang yang punctual. Seorang yang sangat sharp dan tahu nak buat apa pada setiap masa.
Dia pun lawa dan tinggi, berkulit kuning langsat dan bertinggian 160cm, which is pretty high for average woman.
Sebab tu dalam fikiran aku, si A ni memang perfect dan aku rasa macam susah perempuan luar sana nak tandingi dia haha.
(For context, sejak 2015 sampai 2019 kami tak pernah berjumpa depan-depan)
Masuk tahun 2019, aku keep messaging dia sebab aku taknak hubungan kami jadi lebih keruh dan aku cuba yakinkan dia untuk terus bersama aku.
Awal 2019 juga, dia minta sekali lagi untuk beri dia ruang dan aku berikan dia masa tersebut.
Waktu ni, aku betul-betul nekad yang aku nak buka hati untuk cari orang lain sebab aku rasa yang A sebenarnya memang tak suka aku sejak aku confess waktu 2015 lagi.
Tiba-tiba, hujung tahun 2019, dia mesej aku, dia kata mak dia suruh mesej aku sebab mak dia rasa aku ni seorang lelaki yang sesuai untuk dia.
Mak dia cakap, yang aku ni seorang lelaki yang setia dan sangat berprinsip sebab aku disakiti banyak kali oleh A tapi aku tetap nak jernihkan hubungan.
Disebabkan dia minta untuk berhubung semula, aku pun gembira dan lupakan hasrat untuk kenal orang lain.
Kami lebih mesra dari dulu, dia mula guna ‘saya-awak’ instead of panggil nama, aku happy gila waktu ni dan aku cuba sedaya upaya untuk bersama dengan dia.
Sampailah Mac 2020, betul-betul sebelum lockdown, dia ajak jumpa berdepan. Masa tu, kami ni memang awkward gila la hahaha sebab dia cakap tu la first time dia duduk berhadapan seorang lelaki.
Aku puji dia cantik, dia malu dan tundukkan kepala. Actually, waktu ni aku baru balik dari kampus sebab aku taknak kena lockdown kat kampus, so alang-alang sebelum sampai rumah, dia ajak jumpa.
Bermula zaman PKP 2020, kami erat sangat dan moment kekasih gembira bergelak tawa dan bermasam muka pun bermula. Waktu tahun 2020, hubungan kami tiada masalah tapi aku rasa macam aku mula susah nak kawal dia.
Dia punya merajuk dan tantrum dia aku tak reti nak handle sebab dia tak pernah macam tu waktu kami kenal dari 2015 sampai 2019. Selalunya, dia akan cakap yang dia meluat dan tutup data supaya dia tak terima mesej aku.
Itu cara dia sebelum ni, tapi sekarang ni, dia merajuk dan dia tak buat macam selalu dia buat tu. Aku jadi tak biasa sebab selalunya dia akan melawan tapi kali ni dia banyak mesej aku.
Hubungan kami kian keruh sebab aku selalu tak tahu nak buat apa bila dia merajuk dan sedih, aku hanya banyak nasihat tapi yang sepatutnya aku bagi ialah PERHATIAN.
Aku rasa, benda ni aku tak tahu sebab aku tak biasa bercinta, kami hanya kenalan menerusi media sosial jadi aku tak berapa tangkap macam mana nak beri perhatian tu.
2021 datang, kami banyak ja berjumpa dan aku banyak belikan dia barang dan makanan untuk dia sebab aku ada buat freelance.
Waktu tahun ni hubungan kami baik semula sebab dia mula nak cari kerja dan aku banyak bantu dia, bahkan libatkan ayah aku untuk pass resume dia ke syarikat yang berkenaan.
Waktu 2021, aku tak habis Degree lagi sebab aku from Diploma (3 tahun, 2015-2018) dan Degree (3 tahun setengah sebab aku extend satu sem, 2018-2022).
Waktu 2021 ni, aku masih struggle online classes dan banyak spend masa dengan kawan-kawan di Discord untuk bincang jawapan haha.
Waktu ni retak mula nampak, sebab aku mula beri dia perhatian sebab aku tumpu pelajaran aku dan entah kenapa aku mula ambil ringan pasal dia.
Tahun 2022, aku dapat kerja boleh work from home, jadi aku banyak juga spend masa semula dengan dia dan since aku dah bergaji, aku belanja dia makan dan belikan dia baju kurung dia suka.
Tapi, kesilapan aku, bermula bulan Ogos 2022, aku tak tahu kenapa aku rasa aku semakin pudar perasaan aku kat dia. Aku rasa, inilah yang orang cakap jangan bercinta lama sebab nanti sinar dan kemanisan tu akan hilang gradually.
Kami mula bergaduh dan aku mula banyak berdalih, dan kemuncaknya, pada November 2022, dia minta putus dan dia cakap yang kami tak serasi sebab selalu bergaduh dan saya selalu mengelak untuk hadapi tantrum dia.
Aku tersentak, aku cuba baiki tapi kali ni to no avail, dia memang nekad dah taknak bersama aku.
Aku cerita perihal tersebut kat mak aku, tanpa aku duga air mata aku gugur dan aku sebenarnya masih ada rasa cinta tu kat dia cuma aku tak reti nak handle dia bila kami ada masalah.
Mak aku suggest aku untuk masuk meminang dia terus tapi aku rasa macam aku nak bagi dia masa dulu.
Di sinilah kesilapan aku, masa yang aku anggap aku bagi kat dia tu, sebenarnya dia dah jumpa orang lain bulan December 2022.
Macam mana aku tahu? Sebab bulan March 2023 ni, aku mesej dia aku nyatakan hasrat aku nak merisik dia dan dia balas yang dia dah jumpa orang lain. Mereka sudah berbincang untuk berkahwin selewat-lewatnya tahun depan.
Aku tersentak kali kedua, aku rasa macam aku tak boleh nak handle the situation. Aku rasa lost, malam dia reply tu, aku tak boleh tidur.
Bangun subuh, lepas solat subuh, aku pusing satu rumah, aku rasa aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa, macam ni lah perasaan bila aku tahu kita sebenarnya tak boleh kawal takdir dan apa aku buat bila tak boleh kawal?
Aku lost, aku rasa macam tak tahu nak buat apa. Aku blank.
Aku cerita kat ayah dan mak aku, mereka suggest aku untuk buang semua barang dia pernah bagi dan delete semua benda yang berkaitan dengan dia. Aku dah buat semua tu dan sekarang aku pun aku keeping it all together sebab kerja aku.
Aku taknak emosi aku ganggu kerja aku, biarlah aku dah hilang dia tapi jangan aku hilang kerja aku.
You know, it is not the fact that she’s leaving is why I hurt but the time I spent on her. 8 years and I am actually looking over someone’s wife the whole time?
Silap aku waktu 2019 tu, patut aku dah cuba kenal orang baru. Sekarang umur aku dah 26 tahun 2023 ni and I can barely know any girl. Aku sedih bukan sebab dia nak kahwin lain tapi sebab masa dan kenangan yang dia create dengan aku.
Bahkan sepanjang aku kenal dengan dia sejak 2015, aku tak pernah approach perempuan lain sebab aku nak loyal kat dia sorang. Walaupun dia sendiri dah jumpa pengganti tak sampai 2 bulan.
Aku cuma taknak sedih sangat sekarang ni sebab ayah dan mak aku ja, aku taknak depa tengok aku nangis dah. Jadi aku nekad dah, aku unfriend dia, send dia a message of gratitude before I blocked her and remove her number.
Aku sakit sangat tapi aku perlu kuat untuk parents aku.
In shaa Allah, ada jodoh yang baik di luar sana, aku taknak jadikan A sebagai penanda aras sebab aku rasa memang mustahil juga untuk perempuan luar sana ada semua tu sekaligus jadi aku open new chapter and nak mula berkenal dengan orang lain, in shaa Allah.
Terima kasih baca sampai tahap ni… cerita ni real dan aku rasa lega sangat bila aku dapat tulis confession ni sampai habis. Aku harap kisah aku ni jadi tauladan kat orang luar sana yang cadang nak bercinta lama.
Please, jangan bercinta lama, once you have enough money. Maybe around 10k macam tu, terus masuk meminang dan bertunang dulu. At least you have that sense of security over her and dia akan lebih appreciate your effort.
Aku berterima kasih sekali lagi, sebab aku betul-betul rasa macam aku baru buang satu load yang besar dalam hati aku lepas tulis panjang lebar ni.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit