Pedulilah Pasal Saya M4k

Nama aku Sera, bukan nama sebenar. Aku budak lepasan sekolah. Budak lagi. Tapi keadaan mendesak aku untuk aku jadi seorang dewasa.

Aku dari keluarga besar, adik beradik aku ramai, hidup family aku biasa je, tak terlalu mewah, tak jugak terlalu susah. Tapi adakalanya serba serbi susah, adakalanya rezeki datang mencurah curah.

Aku bersyukur. Cumanya, macam aku cakap tadi, aku dari keluarga yang besar, adik beradik aku 9 orang semuanya.

Atas aku 5 orang semuanya perempuan, adik bawah 3 orang lelaki, aku yang ke 6, perempuan last dalam family.

Kakak² aku yang atas semua dah bekerja, cuma ada yang belum berumah tangga. Tapi mereka semua hidup jauh dari keluarga. Biasa lah ada duit sendiri. Dari kecik aku tak pernah dimanjakam dengan kemewahan,

Aku tak pernah rasa baju baru, mainan baru, semua yang serba baru, aku tak pernah rasa dengan alasan, “alah boleh guna lagi ni, takyah membazir lah”

Semua nya temurun dari kakak atas aku, sebab beza kami 5 tahun lamanya, atau mungkin barang barang yang aku pakai mungkin dari kakak sebelumnya.

Adik bawah aku lelaki, diorang dimanjakan oleh keluarga aku, mungkin sebab diorang lelaki, atau “budak lagi” hahahaha. Aku diam je, tak kisah walaupun hati aku rasa iri.

Kitorang adik beradik jarang gaduh tapi aku sering terasa dengan mereka. Tapi siapalah aku untuk berbuat demikian. Aku diam dan terus diam.

Aku taktau nak start dari mana punca aku banyak terasa, dari kecik lagi aku dah lalui benda ni. Ingat dah besar, takda dah, rupanya sama jugak.

Biasalah, aku perempuan last, beza dengan diorang jauh sangat pulak tu, aku selalu disuruh itu dan ini oleh mereka,

Masa diorang bekerja dahlah memang aku yang kena buat, masa diorang pulang bercuti pon tetap aku yang kena buat, kadang aku nak jugak rasa duduk diam macam diorang, tau tau siap. Tapi alasan, “kau adik, kau perempuan kot, buat lah” aku terpaksa akur.

Sehinggalah dah 19 tahun tetap lalui perkara yang sama, lagipula mak dan ayah aku sudah pun meningkat usia, lagi banyak benda aku kena buat sorang, takde satu tangan pon yang nak hulur bantuan. Dan aku tetap diam tanpa bersuara.

Mak aku bukan lah jenis yang banyak kerenah, tapi kami akrab, mungkin aku ada sentiasa ada dengannya dari kecik, ayah pulak jarang nak marah marah, mereka ikut kan je apa keadaan kata. Aku tak sambung belajar sebab nak jaga mereka, adik adik masih bersekolah.

Aku terperangkap dalam keadaan yang memaksa aku bekerja atau terus duduk rumah jaga mereka. Kakak kakak aku macam biasa, terus memaksa aku untuk bekerja, aku akur, aku cari kerja.

Sampailah satu hari, aku dapat kerja, aku seronok bekerja, orang sekeliling yang baik baik.

Cumanya jadual aku bekerja yang buat aku keluar pagi balik lewat malam buat kakak kakak aku bising dan suruh aku berhenti bekerja,

“Kau ni tak jaga mak dengan ayah ke”, “Tak jaga rumah ke? Tunggang langgang macam ni ?”, “Kau mesti seronok keluar dengan boyfriend je kan, bukannya kerja sangat” antara yang aku ingat dari kakak kakak aku.

Aku terpaksa berhenti bekerja sebab sakit hati dengan perkataan yang keluar dari mulut mereka. Aku keluar kerja pagi, pukul 5 lagi aku dah bangun masak lauk tengah hari, siap siap kan adik adik aku ke sekolah, hantar diorang pergi sekolah,

Balik lewat malam, tetap kemas kemas apa yang patut, lipat kain dll, beli barang barang rumah, bawak diorang jalan jalan hilang bosan, tetap aku dicop pemalas tak buat kerja rumah. Aku sedih tapi tetap memilih untuk diam.

5 orang kakak aku berjenis perangai, ada yang suka cakap kasar hatta dengan mak ayah aku, ada yang kuat melenting tak tentu pasal. Ada yang okay tapi pemalas.

Ah banyak lah sakit hati aku kalau nak tulis semuanya cuma bernasib baik mereka tidak lupa kirimkan duit dekat mak dan ayah aku lagi.

Aku taktau kenapa mak aku diam je selama ni. Banyak kali kalau ada antara mereka yang tinggikan suara kepadanya, mak aku nangis sambil mengadu “mak terasa lah dengan….”

Aku cuma boleh cakap sabarlah mak. Takpe nanti dia sedar lah tu dengan apa yang dia buat. Aku lah yang redakan keadaan.

Banyak kali benda macam ni jadi, cukup banyak, tapi tetap memilih diam. Aku bukan tak nak melawan, tapi memikirkan aku tak cukup kuat untuk berdepan dengan diorang. Aku takde apa apa untuk dibanggakan macam diorang, dan aku terus diam.

Sampai satu hari, kemuncak hidup aku, punca aku tulis semua ni, aku sedih gila dengan mak aku, mak aku ada nasihat aku, suruh aku ambil lesen, katanya nanti senang kalau apa apa berlaku, aku bukan taknak, aku reti bawak kereta kehulur kehilir,

Walhal dorang keluar berjalan aku yang bawa tiap hujung minggu, cuma belum ada wang yang cukup, tapi bukan sebab wang yang aku jadikan alasan,

Aku cuma cakap “nantilah mak, sekarang nak enjoy lagi masa muda, nak ada dengan mak dan adik adik dulu lah, nanti dah sedia, orang amik lah lesen”

Mak aku tarik muka terus tak tegur aku, mungkin dia ingat aku melawan cakapnya. Bukan lah hari pertama benda sebegini berlaku, banyak kali juga kami tak bertegur atas perselisihan faham, tapi tidaklah lama seperti kali ini, cukup lama.

Masuk hari ini sudah 3 bula n mak aku tidak tegur aku walaupun duduk satu rumah yang sama. Aku terasa sangat.

Sebab satu perkara mak aku main jiwa aku sampai macam ni, aku serba salah pada minggu pertama. Aku cuba berinteraksi seperti biasa, tetap dilayan sebegitu rupa. Aku diam.

Paling menyakitkan hati, mak aku lebihkan kakak kakak aku, canang perkara buruk dekat kakak aku yang mak sendiri tahu aku tak pernah buat seperti apa yang dia kata. Sekali lagi kakak kakak aku marah aku. Dan aku tetap diam.

Sebab aku tak ikut satu perkara, sekarang mak aku, rapat dengan anak anak nya yang diatas, seolah olah lupa yang ada dengannya dari dulu, lupa yang dia selalu mengadu sakit hatinya jika ditengking kasar,

Mulanya aku berkurung diri di bilik, sakit hati punya pasal, nangis sepanjang masa sebab mak aku taknak tegur aku langsung, sampailah hari ini, aku hilang rasa.

Cuma kadang tu ada lah perasaan yang nakkan keadaan seperti sediakala. Tapi sebab dah biasa hidup macam ni, aku jadi tak kisah kalau mak aku taknak tengok langsung muka aku, tak kisah kalau mak tak peduli aku macam dulu.

Aku sedih sebenarnya, salah aku ke? Entah apa punca ataupun salah yang aku buat selama ni sampai macam ni sekali aku kena hadap. Tapi aku kan budak lagi haha.

Untuk mak, saya minta maaf kalau saya tak dengar kata, saya struggle hidup dalam takde siapa dengar isi hati saya, saya struggle hidup untuk semua orang bangga dengan saya, tapi tetap dipandang hina.

Saya betul betul minta maaf, saya sedar saya tak de apa apa untuk dibanggakan, saya tak boleh bagi mak duit macam kakak kakak lain, saya takde pape mak,

Saya cuma ada semangat saya, kekuatan saya untuk mak terus hidup, untuk buat mak senang, untuk buat mak nampak yang saya, saya tak pernah sikitpun mengeluh.

Tapi saya terpaksa harini. Sebab rasa tak berbaloi apa yang saya bagi dengan apa yang saya dapat.

Saya cukup kecewa, mak tak pernah tanya apa yang saya suka, mak tak pernah tanya kalau kalau saya okay ataupun tak, mak cuma lebihkan orang lain berbanding orang yang selalu ada dengan mak.

Sedih saya mak. Mak, apa lagi yang saya boleh buat, untuk mak nampak yang saya ni wujud?

– Sera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *