Aku penzina.. – 3:05 AM

Aku penzina..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Aku harap admin post luahan aku ni sebab aku tak tahu nak luah kat siapa lagi dah. Nak cerita kat kawan baik, aku malu. Nak cerita dengan mak ayah, lagilah aku takut. Kang tak pasal2 aku kena parang dengan bapak aku. Aku betul-betul buntu.

Ceritanya macam ni..aku ada kenal dengan sorang laki ni. Dia memang baik. Baik dengan orang tua, baik dengan kawan-kawan, tapi dengan family dia aku tak tau sangat. Cuma aku pernah dengar dia marah mak dia. Tak tengking, tapi marah ketap2 bibir. Fahamkan? Dia juga seorang yang panas baran. So far, time aku couple dengan dia, dia ok, baik sangat. Panas baran dia tak kena tempiasnya kat aku pun. So, aku anggap yang dia betul2 sayangkan aku. Kitorang couple pun tak lama, then trus decide nak kahwin. Dua-dua belah family pun dah berjumpa, dah berkenalan, tapi takde risik2 tunang2 bagai.

Sejarah hitam dalam hidup aku pun bermula, bila aku setuju nak kahwin dengan dia…

Sejak aku setuju nak kahwin dengan dia, dia terus berubah 360 darjah. Jadi sweet sangat, feeling2 husband and wife gitu. Tak dinafikan, aku pun terbuai dengan perasaan. Straight to the point, mula2 dia pegang tangan aku(time couple pegang jugak tangan tapi x melebih lebih pun,konon2 jaga batas la), lama2 tangan dia dah merayap ke badan aku dari hari ke hari. Mula2 aku menolak. Bila aku menolak, dia marah. Marah sangat2 sampai tuduh aku curang dengan dia, kononnya aku ada laki lain, kononnya jugak penyebab kenapa aku tak nak 'bagi' kat dia. Aku jadi stress, sedih, perasaan bercampur baur. Yelah, sebab aku sayangkan dia. Last2, aku bagi jugak dia sentuh aku. Aku takut dia cari perempuan lain dan tinggalkan aku. Yelah, kitorang pun dah nak kahwin, family pun dah jumpa, tak kan nak batal macam tu je. Aku bodoh.

Suatu hari, dia bawak aku pergi hotel dengan alasan takpe, nanti kita kahwin jugak. Mula2 aku tak nak, aku takut dengan dosa, bermati-matian aku tak nak. Dia pun dok pujuk rayu kat aku sampailah dia ugut aku cakap nak cari pompuan lain sebab aku tak nak bagi. Aku tak nak dia bersama dengan pompuan lain, aku sayangkan dia sangat2. So aku follow lah dia walaupun hati memberontak. Maruah aku bakal tergadai, tapi aku yakin dengan cinta dia, janji2 dia. Malam itulah "malam pertama" aku bersama si dia. Korang paham2 jelah apa yang jadi.

Selepas kejadian tu, kitorang still happy macam tak pernah buat dosa. Lepas beberapa bulan kemudian, semuanya berubah. Si dia semakin panas baran, asyik marah aku je. Sekejap muncul, sekejap hilang. Sampai sekarang, hubungan kami masih macam ni. Dia pun dah tak endahkan aku. Kahwin entah ke mana, dia pun entah ke mana. Contact aku bila dia rasa dia perlukan aku, tak kiralah dari segi kewangan mahupun 'yang tu'. Time nak duit aku, nak 'yang tu' bukan main baik lagi dia dengan aku, lepas dah dapat jadi balik. Aku stressss!! Dia dah tak de hati nak menikah dengan aku. Habis madu sepah dibuang. Aku agak depress time tu. Sehinggalah suatu hari, aku pergi mengurut dekat tempat urut ni, macik tu tanya aku dah kahwin ke belum? Aku cakap belum. Kenapa makcik? Rupa-rupanya makcik tukang urut ni tahu yang aku sudah pecah dara. Dia lah penyebab utama aku untuk kembali bertaubat kepada Allah. Ak berdosa! Aku dah melakukan zina! Macam2 nasihat makcik tu bagi, suruh aku bertaubat. Alhamdulillah, lama kelamaan aku semakin sedar. Aku cuba bertaubat tapi aku takut Allah tak terima taubat aku.

Aku cuba untuk jadi baik. Solat lima waktu aku cuba laksanakan, walaupun terasa berat sebab tak biasa. Lagu2 yang melalaikan aku gantikan dengan alunan ayat2 suci Al-Quran. Aku ajar diri aku supaya sentiasa ingat Allah. Tapi, aku sering tewas bila berhadapan dengan lelaki tu. Bila berjumpa, pasti akan berlaku maksiat. Allah! Sungguh aku tak kuat nak hadapi dugaan ini. Solat lima waktu aku tak biasa buat, jadi rutin itu menjadi berat bagi aku. Perkara maksiat pulak dah menjadi rutin aku, rutin aku untuk memuaskan nafsu dia, jadi rutin ini terasa mudah bagi aku sehingga senang aku melupakan Allah dalam sekelip mata. Padahal, setiap kali ingin berjumpa dengan dia, aku benekad untuk reject dia. Aku dah tak nak buat maksiat. Aku nak hubungan yang sah.

Setiap kali aku mention pasal nikah, macam2 alasan dia bagi. Duit tak cukup lah, nak beli rumah dululah, macam2. Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan dia. Dia pun selalu sakitkan hati aku, sekejap muncul sekejap hilang, tak pedulikan perasaan aku. Aku nak keredhaan Allah. Aku tahu aku bukan perempuan yang baik, tapi aku cuba jadi baik. Aku tak tahu macam mana nak bagitau laki ni yang aku dah tak nak. Aku nak bertaubat. Aku nak kami sama2 bertaubat. Aku tak nak anak2 aku nanti semua ikut perangai aku macam setan ni. Tapi aku takut jugak dengan si dia ni. Dia panas baran. Aku takut bila dia marah. Jadi, macam mana aku nak ajak dia bertaubat? Aku sanggup bertahan dengan dia sebab dia lelaki pertama yang dah pernah sentuh aku. Dia lelaki pertama yang pernah tidur dengan aku. Jadi, aku kena kahwin dengan dia. Kalau tak dah takde sape yang nak kat aku. Barang second hand sapa yang nak kan? Lagipun aku masih sayangkan dia. Aku nak dia bertaubat, tapi aku takut nak menasihati sebab aku pun bukanlah orang yang layak untuk menasihati. Yang aku risaukan, kalau kami berkahwin, aku takut dia pukul aku.

Jadi, aku nak mintak pendapat dan pandangan saudara saudari sekalian, apa yang perlu aku buat?

1) Aku dah tak nak buat maksiat. Aku nak dia bertaubat jugak tapi aku takut untuk menasihati. Apa perlu aku buat?

2) Wajarkah aku berkahwin dengan dia sedangkan dia semakin melupakan aku, menjauhi aku, dan hanya datang kepada aku hanya bila dia perlukan aku? Tapi takkan aku nak tinggalkan dia macam tu je bergelumang dengan dosa(aku tak tahu sama ada dia ada scandal lain atau tak).

3) Aku masih sayangkan dia. Aku nak kahwin dengan dia. Tapi aku takut, andai kata dia tak berubah, macam2 masalah rumahtangga pasti timbul. Dengan sikap panas barannya lagi..Tapi dia lelaki pertama yang aku sudah serahkan segalanya, jadi dia harus bertanggungjawab. Aku perlu kahwin dengan dia (kah?)

4) kalau aku tak kahwin dengan dia, pasti takde siapa yang sudi kahwin dengan aku. Barang second hand siapa yang nak kan? Tapi aku pun nak anak jugak, ada keluarga sendiri.

Aku buntu! Harap kalian dapat bagi cadangan dan nasihat kat aku. Kalau nak kecam, kecamlah.. Aku tahu aku berdosa. Aku dah hilang maruah diri. Aku penzina….tapi ingin bertaubat.

#depression
#stress

– Bunga Merah

CREATE A POST

3 Comments

  1. Assalamualaikum..sis sy paham keadaan sis..cuba buat solat istikharah dan cuba berkomunikasi dengan dia..betulkah dia ingin mengahwini sis..jika niatnya baik insha Allah. Allah akan permudahkan..setiap manusia pasti ada dosa..cuba sedaya ipaya..berusaha bertaubah..jangan terlalu risau akan masalah jodoh..jika dia bukan jodoh sis pn tk pe..bersangka baik dengan Allah..Allah maha mengetahi apa y kita tak pernah tahu..kita merancang namun perancangan Allah lebih baik..perkahwinN tu cuma salah satu check point jalan kita menuju Allah..jangan lupa tujuan hidup kita ni ialah ALLAH.kita mempunyai banyak jalan dan check point untuk menuju Allah.contohnya menjaga ibu bapa dan mentaatinya..tu y boleh sy kongsikan..assalamualaikim

  2. Salam..sis.. Jangan takut utk tinggalakn lelaki x guna tu..
    Ingat..
    1. Taufik dan hidayah itu bergantung pada kita ytk menerima atau tidak. Klu x, xdelah pakcik kesayangan rasulallah meninggal dlm kafir
    2. Jgn takut dgn takdir. Jika kamu lakukan yg terbaik buat Allah.. Allah pasti akan kurniakan yg terbaik buat kamu. TAUBAT SGGH² SBM AJAL TIBA! Ingat.. Kita akan mati dengan cara kita hidup!
    3. Dah. Tinggalkan dia 😂 banyak solat hajat tahajjud, mohon pertolongan allah.

    Semoga allah bantu kita semua. Amin

  3. Saya rasa elok awak kawin dengan dia..sbb sama2 dah berzina. Penzina tak boleh kawin dengan orang biasa lain. Maaflah. Jd.. solat istikharah dan hajat. Doa kepada Allah supaya melembutkan hati dia. Selalu solat taubat dan 5 waktu.. zikir dan selawat nabi banyak2. Mohon diberi Taufik dan Inayah Allah. Semoga Allah memberi petunjuk kepada anda berdua.. selamat berjodoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *