Assalamualaikum pembaca iium, confession aku mungkin pendek sahaja. Cuma ingin menegaskan mengenai macam tajuk confesssion aku iaitu ” benarlah apabila kita mengejar akhirat , dunia mengejar kita ”
Ini coretan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya. Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan ‘portion’ atau bahagian akhirat apabila di tambah “selamatkan dari api neraka”. Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : “Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “”Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka” ( Al-Baqarah : 201 )
Jadi ingin aku kaitkan dengan pengalaman aku sendiri… jujur apabila berdoa kalau sejam pun .. semuanya doaku adalah untuk akhiratku.. takkan habis kerana aku sedar..kita tak lama menginap di sini… sini bukan tempat tinggal kita
Tetapi dihujung doaku selalu aku berkata ” ya Allah maafkan saya… ini hajat duniaa… ya Allah ..saya tak tahu apalah yg saya jawab dalam exam haritu… YaAllah berilah keputusan yg menggembirakan hati ibu ayahku.. kerana aku tak kisah jika aku gagal… tapi ibuayahku sangat mengharap kejayaan daripadaku..”
Dan lama juga aku selalu doa untuk exam ini ala kadar saja.. mungkin salah juga caraku..
Entahlah aku berasa malu untuk berdoa banyak utk dunia.. sekadar cukup untuk kehidupanku..
sahabat.. bayangkan…doa untuk ..
1.Allah beri nikmat ingat Dia sentiasa
2. Mengekalkan nikmat hidayah
3.menghadapi maut, supaya sempat bertaubat sebelum , semasa , selepas..
4. azab kubur
5. Mahsyar
6.Mizan
7. Sirat
Allahu jujur sahabat banyak benda untuk kita risaukan…Bukan tidak boleh doa untuk dunia.. tetapi jangan minta untuk dunia sahaja…
Dan Allah mengkhabarkan ku dengan khabar gembira..Cukup menggembirakan hatiku..Jom doa banyak2 untuk kehidupan di “sana”
Sahabat .. dalam masa kita di universiti tak cukup dengan diri kita , kawan kita , makan , tidur dan assigment..buat kerja2 agama.. sedekah.. tolong kawan.. ajak orang lain buat baik.. dakwah kawan2.. hidupkan surau dan masjid.. Hari ni kita lihat kawan2 tak pakai tudung kita tak rasa apa apa… kita tak dakwah kawan kita solat lambat.. kita tak risau lihat kemungkaran merata.. kita hanya risau diri kita… Jom mulakan dakwah di kampus… pilih organisasi dan persatuan Islam.. hidupkan Islam di kampus kita.. Sekurang-kurangnya bila Allah tanya , kita ada jawapan..
kalau sahabat nabi , sifatnya seperti kita , fikir diri sendiri hari ini kita tidak akan dapat menikmati agama ini..kita biar kawan kita bukan Islam .. Tak pernah sebut tentang Islam kepada mereka.. Sahabat… Allah akan tanya semua ini… apa kau buat..semasa di kampus… apakah kau hanya fikir pointer saja….
-yg masih lemah dan daif sedang menasihati diri sendiri-
– Daif lagi hina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit