Langit tidak selalunya cerah. Panas tidak selalunya sampai ke petang akhirnya hujan di tengahari. Begitulah jua kisah yang akan saya kongsikan dan luahkan di sini.
Saya Mawar. Sudah berkahwin dan bekerja. Saya mempunyai ramai kawan sejak di bangku sekolah lagi. Tapi yang saya nak ceritakan ini mengenai kawan yang saya rapat sejak sekolah menengah. Kami satu sekolah dan satu kelas.
Saya ada kawan bernama Melur. Bagaimana kami kenal? Saya yang mula menegur Melur dulu tanya nama dia siapa & tinggal di mana? (asalnya dia dari kelas lain kemudian dia dimasukkan ke kelas saya).
Kami berkenalan dan akhirnya kami menjadi sangat rapat. Melur dilahirkan dari keluarga yang adik beradik ramai dan biasa saja manakala saya lahir dalam keluarga yang adik beradik sedikit saja & ibu apa penjawat awam dan kehidupan yang serba serbi cukup.
Kami rapat dan dalam kelas juga kami duduk bersebelahan. Saya juga kenal ibu dan keluarga Melur dan sering juga bertandang ke rumahnya.
Oh ya, selain Melur saya ada lagi 2 kawan rapat iaitu Cempaka dan Kekwa. Mereka ini mmg asalnya dari kelas saya. Saya bawa Melur berkawan dengan kawan saya Cempaka dan Kekwa.
Maka dari 2 orang kawan menjadi 4 orang sahabat rapat. Kami bersahabat sehingga habis Sekolah Menengah. Saya orang pertama yang menyambung pelajaran ke universiti manakala mereka bertiga masuk tingkatan 6 sebelum lanjutkan pelajaran ke universiti.
Walaupun saya dulu masuk ke universiti saya tidak lupakan mereka. Setiap kali pulang ke kampung kami tetap berjumpa tapi sebenarnya saya lebih rapat dengan Melur berbanding C dan K. C pula berkawan rapat dengan K tapi kami berkawan 4 orang dalam satu kumpulan.
Disebabkan saya lanjutkan pelajaran dulu maka saya juga menamatkan pembelajaran lebih awal dari yang lain. Semasa Majlis Konvokesyen saya, Melur janji untuk hadir meraikan tapi sayang dia tidak menunaikan janjinya.
Bayangkan ketika itu saya menunggu dia lama dan hantar mesej berkali-kali kpdnya dan akhirnya dia membalas bahawa dia tidak dapat hadirkan diri kerana ada masalah dengan kekasih hatinya.
Saya amatlah sedih dan terkilan kenapa tidak hantar mesej lebih awal bahkan saya sendiri yang mencari-cari di mana dia dan terpaksa spam mesej kepada Melur.
Walaupun Melur melakukan begitu kepada saya, saya tidak berdendam pun.
Buktinya? Saya ingat lagi ketika Majlis Konvokesyen Melur diadakan, saya rasa gembira dan teruja serta saya juga menghadiri majlis tersebut dan menyambutnya bersama ibu dan keluarga Melur dengan rasa gembira.
Selepas saya dan Melur tamat pembelajaran di universiti kami mencari kerja sama-sama dan kami juga bekerja dalam syarikat yang sama di kota metropolitan sehinggalah syarikat tersebut bankrupt, kami berhenti.
Melur meminta kerja di salah sebuah hospital swasta dan saya amat berkecil hati bila Melur tidak ajak saya bersama-sama hantar resume ke hospital tersebut.
Tiba-tiba saja dia menunjukkan kepada saya yang dia nak hantar resumenya ke hospital swasta dan saya juga menemaninya ketika itu. Akhirnya rezeki Melur dapat peluang bekerja di hospital tersebut.
Saya pula? Pulang ke kampung dan bekerja di kampung halaman saja. Tak lama kemudian saya berkahwin dulu, kemudian Melur, Kekwa dan akhir sekali Cempaka. Kami semua selamat menjadi isteri kepada suami masing-masing.
Kekwa berkahwin dengan orang jauh dan ianya membataskan kami untuk berjumpa selalu. Manakala Cempaka pula tidak keluar negeri dan dia sentiasa ada di dalam negeri yang kami tinggal kerana Cempaka berkahwin dengan orang satu daerahnya.
Melur pula walaupun berkahwin dgn org luar negeri, adakalanya dia pulang ke kampung halamannya untuk melawat ibunya.
Disebabkan Kekwa tinggal jauh di utara maka dari selalu berempat jadi bertiga iaitu Saya, Melur dan Cempaka saja yang selalu berjumpa. Tapi saya perasan lama kelamaan Melur dan Cempaka makin rapat. Kalau pergi ke kedai makan, Melur selalu saja duduk di sebelah Cempaka.
Kalau naik kereta pula, bila Cempaka yang drive, Melur sudi duduk depan disebelahnya. Tapi bila saya yang drive, Melur seakan tak suka duduk di depan sebelah saya.
Bila dalam kereta, saya macam orang asing mereka selalu rancak berbual berdua saja saya hanya mendengar. Dari perbualan mereka takda langsung ingin ajak saya berbual bersama.
Bukan itu saja, 2 kali kami berjumpa kali kedua baru saya perasan yang Cempaka dan Melur seakan berjanji memakai baju yang sama warna (sedondon) sebab nampak ketara warna baju saya berbeza dari mereka.
Sampaikan saya tegur “Korang berjanji ke pakai baju warna sama?” Tapi mereka menafikan dan seperti biasa ayat tidak mengaku dan mereka sendiri terkejut yang mereka sedondon hari itu.
Tapi saya tidak berhenti di situ, saya scroll semula gambar sebelum-sebelum ini saya tilik semula baju-baju mereka. Ya memang mereka sedondon setiap kali kami bertiga berjumpa. Jadi saya rasa hari itu mereka seakan dah berjanji tapi tidak mengakui.
Saya mula terasa hati. Sudahlah ajak berjumpa tapi tidak diajak berbual sama. Baju mereka pula sama sedondon dan saya macam orang asing saja setiap kali berjumpa mereka.
Akhirnya selepas perjumpaan tersebut keesokannya saya cuba confront dalam group dan meluahkan apa yang saya terasa. (Sampaikan saya menangis semasa menaip mesej tersebut mungkin sebab sayangkan persahabatan itu)
Saya rasa macam mereka tipu saya dan hanya nak jaga hati saya. Saya meluahkan adakah mereka ada tak puas hati dengan saya?
Jika tidak puas hati boleh beritahu sebab saya tak suka mereka layan saya acuh tak acuh ibarat saya ni cuma strangers bukannya so called bestfriend. Tapi seperti biasa mereka kata mereka ok je. Mungkin saya yang berfikiran buruk/ overthinking.
Tapi saya ni dah kenal mereka lebih 10tahun pastilah saya dapat rasakan berbezanya layanan mereka dulu dan kini. Lagipun saya lebih rapat dgn Melur pastilah saya tahu perubahan yang ketara pada Melur. Tapi takpela saya cuba untuk bersangka baik walaupun saya pernah saja sedih & menangis tentang hal itu.
Selepas kejadian itu, Melur merancang nak balik kampung dan berjumpa dgn saya dan Cempaka tapi ketika itu waktu tidak memihak kepada saya untuk berjumpa mereka.
Saya ada juga cadangkan hari dan waktu lain. Tapi sekiranya Cempaka free biarlah mereka berjumpa berdua walaupun niat di hati saya nak sangat jumpa bertiga.
Tapi saya nampak Melur pun seakan tidak kisah jika tidak berjumpa dgn saya. Saya nampak hari yang sama Cempaka update story “Cheat Day” latar belakang seakan sedang memandu kereta utk ke suatu tempat.
(Story macam memberi bayangan Cempaka akan makan makanan yang sedap2 sebab biasanya bila kami bertiga berjumpa, kami akan makan di cafe yang viral).
Hari yang sama juga Melur update story beli barang. Masa tu saya rasa macam mereka keluar berdua tapi taknak ketara sgt menunjuk kepada saya tapi hanya tekaan saya saja.
Malam yang sama saya sengaja tanya adakah esok Melur free utk berjumpa bertiga tapi tiba-tiba je Melur cakap dia kena balik KL awal. Jadi saya syak mungkin mereka dah jumpa dah pun petang tu. Jadi Melur pun tk kisah jika tk jumpa saya.
Masa itu saya malas nak layan perasaan. Saya abaikan saja. Walaupun mereka cuba sorokkan saya daripada sesuatu. Sehinggalah bulan Ramadhan saya tanya Melur adakah dia balik kampung boleh berbuka puasa bertiga.
Pada mulanya Melur merancang utk berjumpa bertiga tapi Cempaka pula ada urusan. Jadi Melur kata takpela dia jumpa saya saja.
Tiba-tiba selepas beberapa hari dia cakap tak jadi sebab katanya ibu dia akan turun ke KL untuk berbuka bersama. Masa ni saya rasa lain. Saya dah agak dia akan cancel kan sbb Cempaka tak dapat turut serta. Melur seakan tidak berminat nak jumpa berdua dgn saya.
Saya agak kecewa tapi takpela saya fikir bulan Ramadhan waktu tu saya pun penat juga jadi saya tk kisah jika tak jadi berbuka sama tapi di sudut hati saya merasakan Melur bukan lagi Melur yang dulu.
Tibalah Raya Aidilfitri tahun 2025. Masing-masing sibuk dengan keluarga pada awal raya. Cempaka ada tanya dalam group ws bila dapat jumpa sama. Melur ajak kami dtg raya ke rumahnya. Tapi tiada plan hari dan waktu cuma ajak saja.
Selepas beberapa hari tu saya lihat story Cempaka seakan ingin pergi beraya dengan latarbelakang gambar story itu adalah TOL (tak tahu la tol mana tapi saya rs mcm tol nk ke KL) caption “Beraya jauh hari ini.”
Jadi saya ada mesej Cempaka bertanyakan adakah dia mahu beraya ke rumahnya Melur dan jawapan dia sangat bitter dan agak biadap juga.
Saya tidak kisah pun dia nk beraya ke sana saya cuma tanya saja dan meraikan jika ianya betul. Dan hari yang sama Cempaka update story TOL, Melur juga update story gambar2 seakan tempat & makanan. Ada juga letak caption (Real friendship 2012-2025)
Masa ni saya dapat rasakan mereka berjumpa. Tapi kalau betul pun kenapa bila saya tanya Cempaka, dia tk mengaku? Saya tk kisah pun dia jumpa berdua perlu ke nak sorok? Bukankah kita bertiga kawan?
Bila saya tgok story Melur saya nampak Melur hargai hubungan dia dgn Cempaka tapi tidak dgn saya. Bagaimana saya tahu story itu tentang mereka berdua? Sebab Melur ada cakap dgn saya “Kalau kau tk tegur aku mula-mula dlu di sekolah tentu aku takda kawan.”
Jadi saya tahun tahun yang dia tulis itu mmg tahun dia kenal saya dan Cempaka tapi saya lah orang pertama yang menghulurkan tangan tanda untuk ajak Melur bersahabat bukannya Cempaka. Saya yang perkenalkan Melur kpd Cempaka dan Kekwa.
Saya pernah ceritakan tentang mereka kpd suami sambil menangis sbb saya rasa teramat sedih dgn apa yang mereka lakukan dari segi layanan dah berbeza sangat terutama sekali Melur dan jawapan suami “Buat apa kawan dgn org yang buat awak sedih?”
Akhirnya selepas beberapa kali sedih dan menangis saya buat keputusan paling berat iaitu terpaksa cut off hubungan kami.
Saya left group, saya unfollow mereka di medsos dan delete chat mesej semuanya tiada lagi.. Patut ke saya buat macam ni? Apa yang mereka fikirkan bila saya buat begini? Saya selalu fikir pasal perasaan orang lain banding saya.
Saya menangis untuk kali terakhir sambil melakukan perkara itu. Saya tak sangka akhirnya saya sendiri yang undur diri dan mengalah untuk mereka berdua. Mungkin saya bukan lagi kawan yang baik untuk Melur.
Kini hanya tinggal kenangan. Saya harap Melur dan Cempaka bahagia bersama. Terima kasih untuk segalanya.. Persahabatan yang lebih 10 tahun terpisah bukan kerana maut tapi kerana tiadanya keikhlasan.
Terima kasih juga kepada kalian yang sudi baca maaf sangat penulisan ini panjang dan susah difahami. Kalau ada pendapat dan perspektif dari kalian saya terima dengan hati terbuka harap ianya bukan kecaman. Saya juga suka membaca jika ada pengalaman kalian yang sama macam saya.
Doakan saya untuk terus menjadi yang terbaik buat orang disekeliling saya terutamanya suami, anak, ibu ayah, dan keluarga saya.
– Mawar Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedihnya saya baca.. memang betul apa yang suami mawar merah ni cakap, tak perlu berkawan dgn orang yg tak ikhlas macam tu. Toksik sangat, takde keihlasan, kejujuran. Kita kalau bercakap pun boleh rasa orang tu ikhlas atau tak.
saya rasa betul tindakan mawar buat ni. Jauhkan diri terus daripada hati selalu terasa dan sedih dengan perlakuan kawan2 macam tu.
Semoga masa je yang akan menghilangkan luka dihati dan terus kuat.
Such is life.
Kalau aku jadi Melur pon aku akan turn off berkawan dengan ko dan pilih berkawan dengan orang yang rilek2 macam Cempaka. Sebab melalui cerita ni, aku tau ko terlampau try hard dan perlukan recognition dn perhatian dari orang yang ko anggap sahabat baik. Ye kau kenal Melur dulu dan ajak dia masuk group ko. Doesn’t mean dia kena jadi sahabat rapat ko sorang sampai mati. Sebab dia pon akan jumpa dan kenal orang lain yang lebih sekepala dan dia lebih selesa untuk berborak, curhat etc. Jadi aku simpulkan ko ni kurang normal dalam berkawan dan tak paham konsep berkawan dengan orang. Jadi sebagai isteri, lebih baik ko fokus jaga family dan anak2. Sebab ko berkawan pon asyik terasa itu ini. Tak duduk sebelah ko pon salah, baju kaler sama pon salah, siap jadi issue and tulis dalam whatsapp. Kalau aku jadi kawan ko pun akau lari. Sori to say. Dan aku pasti Melur dan Cempaka pon baik2 je lepas ko putuskan hubungan. Good riddance for them.
So sad.., i feel for u.., tp don’t regret or feel ‘guilty’, u x buat salah pon.. it’s just life, ada org yg suka kita n otherwise.. that’s why dari zaman skolah, sya berkawan je dgn semua.., mmg ada yg lbh ‘rapat’, tp klaw dia jumpa kawan yg lebih ‘ngam’ dgn dia, letgo jer, sbb ada ramai lg kwn2 yg lain kan.. kita bkn nk putuskn hubungan, cuma dia mngkin lbh serasi dgn org lain, ada masa dia berkawan dgn kita juga, bkn lupa terus.. that’s why, kita jgn mengharapkan sesuatu dlm perhubungan yg dibina, just do what is right, then let Allah decide the rest.. sorry if i say this.., itu baru hubungan dgn kwn2, what if it happens in your marriage, mesti u akn ‘down’ giler, kan.. so, can u imagine those people yg telah lalui ‘fasa yg pedih’ dlm hidup mreka tu.. sorry again, but it’s not impossible, kan.. mngkin juga Tuhan nak ‘didik’ hamba2-Nya supaya lbh ‘redha’ dgn segala ketentuan dan juga kemungkinan yg x dijangka.. anyone can change for the better or worse, so just let us be the former, n not the latter, right..? Wallahu a’lam bissawab
So sad.., i feel for u.., tp don’t regret or feel ‘guilty’, u x buat salah pon.. it’s just life, ada org yg suka kita n otherwise.. that’s why dari zaman skolah, sya berkawan je dgn semua.., mmg ada yg lbh ‘rapat’, tp klaw dia jumpa kawan yg lebih ‘ngam’ dgn dia, letgo jer, sbb ada ramai lg kwn2 yg lain kan.. kita bkn nk putuskn hubungan, cuma dia mngkin lbh serasi dgn org lain, ada masa dia berkawan dgn kita juga, bkn lupa terus.. that’s why, kita jgn mengharapkan sesuatu dlm perhubungan yg dibina, just do what is right, then let Allah decide the rest.. sorry if i say this.., itu baru hubungan dgn kwn2, what if it happens in your marriage, mesti u akn ‘down’ giler, kan.. so, can u imagine those people yg telah lalui ‘fasa yg pedih’ dlm hidup mreka tu.. sorry again, but it’s not impossible, kan.. mngkin juga Tuhan nak ‘didik’ hamba2-Nya supaya lbh ‘redha’ dgn segala ketentuan dan juga kemungkinan yg x dijangka.. anyone can change for the better or worse, so just let us be the former, n not the latter, right..? Wallahu a’lam bissawab
pernah rasa situasi ini. move on je. mental health lagi penting. tak kisah lah bertahun kawan pun. dari dok makan hati je baik kita makan sushi ke mochi ke kfry ke, asal perut kenyang. huhuhuh
Tinggal kan je..sng