Wanita JIJIK
Assalamualaikum.
Berat hati aku nak cerita kisah aku disini. Tapi tidak mengapa.. harap aku dapat jawapan dan pandangan orang yang baik-baik.Aku kenalkan nama samaran aku, Juliana. Umur 23.
Aku pernah buat dosa besar. Dosa yang hina. Dulu aku sangat jahil tentang agama. Walaupun tahu ada perkara yang berdosa tapi aku langsung tak tahu apakah itu penzinaan apakah dosa berzina itu dan macam mana balasan orang yang berzina. Kalau tahu pun mungkin waktu itu aku langsung tak ingat atau ambil port sebab tak solat tak mengaji.
Aku hilang kesucian seawal umur 12. Adakah aku dikira berzina pada waktu aku tidak mengerti apa-apa dan hanya menurut nafsu?
Terlalu banyak dosa aku lakukan. Dosa terhadap ibubapa, orang sekeliling. Aku taktahu, aku langsung tak tahu pasal dosa. Aku tak rasa apa-apa pun. Aku gembira je dengan hidup aku waktu itu tanpa aku nampak perubahan aku yang makin teruk. Ahli keluarga mula menjauhi. Sedara mara.. semua dah menjauh. Aku pernah terkantoi keluar dengan teman lelaki hingga ke negeri jiran. Sedara aku disana ternampak aku. Ya Allah, aib aku tak terjaga. Kenapa Allah tak jaga aib aku?
Nak cerita aib aku, panjang berjela. Terlalu banyak. Aku dah dipandang hina oleh masyarakat. Aku juga tak berupaya mengharumkan nama aku kerana aku sentiasa menjadi perbualan orang. Nama aku sentiasa di bibir ajnabi yang jahat-jahat. Ya Allah hinanya diri aku ni kan? Langsung tak dijaga aib. Aku banyak kali terasa Allah tak sayang aku. Kenapa aib aku sentiasa orang nampak? Walaupun aku tak buka dpn orang tapi orang mesti nampak.
Mana tempat aku disini?
Mengalir airmata aku saat aku menaip kisah ini. Allah… masihkah ada sinar buatku? Aku sakit.. sentiasa sakit.. tak dapat lari daripada masa silam.
Boleh ke aku dapat lelaki yang baik kelak? Layak ke aku dipinang lelaki baik? Aku kesiankan dia. Dia seorang yang suci.. Tapi aku? Masihkah ada sinar buatku? Bolehkah aku jadi isteri dia? Cukuplah dengan tohmahan. Aku dah kenyang dengan pelbagai makian, cacian, kutukan selama ini.
Aku tahu diri aku sangat HINA. Tapi takbolehkah aku dapat orang yang baik? :'(
Menangis lagi.
– Disgusting creature