Cara Naikkan Followers di IG

Assalammualaikum .

Haritu ade 1 confession sorang akk ni die share cara meniaga di instagram. Perkongsian akk tu memang terbaik, terima kasih dekat akk tu sudi kongsi kan ilmu.Memang ape yang akak tu share betul sangat. Cuma terbaik nya akk tu tak kedekut ilmu pon nak share kan . Selalu nya tips2 macam tu, kita orang dapat dari join group ads berbayar. Belajar dengan leader2/ guru. Lepas tu mesti kena simpan kita2 je tak boleh share dengan group lain takut orang lain tahu.

Sebab akk tu pon tak kedekut nak share. Sy pon nak share ape yang saya tahu meniaga melalui instagram ni.Okey Hai hari ni sy nak share antara cara nak naikkan follower dekat instagram. Sesuai sangat untuk yg buat bisnes tu.Sebelum tu nak bagitahu pada sesiapa yang belum buat instagram sebagai satu platform untuk berbisnes, rugi tau. Korg patut cuba. Pada sy ig adalah salah 1 Socmed paling best untuk berbisnes online.

Cara naikkan follower ini kursus untuk Igshop je ye. Sesiapa yg meniaga di ig tapi masih menggunakan ig personal, better tukar la kepada igshop or bisness account. Banyak kelebihan menggunakan bisness account ni.

‎ok berbalik kepada topik utama kita tadi.
‎kenapa perlu banyak kan follower? Ofcoz la sebab kita nak view ig kita ramai. Potential customer ramai.
‎korang perasan tak kalau korang tengok ig orang tu, follower die 80-200 .mesti rasa mcam tak trusted je.
‎kalau tengok ig org follower 1000 lebih tambah lagi sampai puluh2 K . Lagi la korang excited nak visit kan. Terasa macam trusted je. Ala macam kalau lalu kedai makan la, tengok kedai tu krik2 je, kita pon takut nak masuk sbb takut tak sedap ke kan. Huhu
Tengok kedai sebelah tu penuh , kita lagi rasa nak masuk sebab kita rasa mesti bagus kedai ni orang ramai. Macam tu la jugak igshop
So ini la penting follower ramai. Untuk nampak igshop kita tu laku keras.
Klau dah follower pon ramai. Ofcoz la potential customer pon ramai dalam tu.

‎antara salah satu cara untuk naikkan follower dekat ig adalah :

‎1. Gift review/Paid review
‎- okey yang ni memerlukan sedikit modal la. Tapi die punya impak agak memuaskan
‎ berbaloi la dengan modal yang di keluarkan. Ape die gift review / paid review ni?
‎Korang kena bayar khidmat Instafamous/ Artis untuk review product korg sekaligus Igshop korg tu. Cari la instafomus yg mana berbaloi untuk review barang korg tu. Make sure harga berpatutan dan pulangan yg memuaskn la.
Tengok instafamous tu punya follower macam mana.
Contoh korg meniaga ubat kuat lelaki jgn la korg guna kan instafamous dak2 sekolah pulak. Sah2 la dorg punya follower tu dak2 sekolah jugak. Cari la instafamous/artis yg sesuai kan. Mcm Salleh yakob ke
Cara ni memang cepat dan pantas la follower korg naik. Tapi Sy tak berapa nak guna cara mcm ni sebab modal besar.  .
Dropship2 agent kecil-kecilan jgn buat la ye. Baik korg simpan untung tu rolling modal. Untuk yg tak de modal banyak tu kita ade cara lain yang tak mengunakan modal. Tapi memerlukan KERAJINAN dan USAHA

2. Swap Review
– Swap review ni pulak korang cuma swap promote antara igshop sahaja.
Contoh
Igshop A Jual Kosmetik.
Ighsop B jual Baju dan kasut.
So igshop A hanya perlu post kan 1 posting promote Igshop B
Begitu jugak Igshop B, cuma perlu post kan 1 posting promote Igshop A.
Make sure kena mention Igshop memasing.
Cara nak pilih igshop mana yang bersesuaian untuk kita swap. Korg tengok la follower die. Ramai tak. Like die banyak tak. So peluang la kalau dapat swap review free.
Macam mana nak swap review. Korang DM la igshop tu, tanya die, ajak joint venture. Hehe. Tak lah. Gurau je. Korang DM dan deal la dgn die. Tanya die setuju tak kalau nak swap review dgn korang. So win2 situation la kan.
Kalau die setuju. Korang bagi la gambar yang korang nak die post. Sekali dengan caption. Lepas tu tunggu pulak die bg gambar yg die nk promote dan caption. Then sama2 post la. Githuuu.

3. Follow/Unfollow artis terkemuka.
Haaa . Macam mana pulak ni kan. Follow ke nak unfollow. Hehee

Ini salah satu cara yang memang sy buat 100% . Sebab ape? Sebab ianya percumaa
Nak buat step ni korang cuma kena rajin je okey. Pada yang modal kecik tu, takde duit nak bayar khidmat instafamous/artis. Haa ini la langkah tebaik bak ang.
Okey. Caranya kan .
Korang pergi dekat Ig artis2 yang fofular. Yang follower die juta2.
Contoh macam Hajjah Lopa /Tok ti /Hanis zalikha.
Sesiapa la lagi retis yg fofular. Korang g follow dorg. Then unfollow balik . Lepas tu follow balik
Kan kalau kita follow artis tu akan keluar list recomanded kawan2 die yg artis2 jugak. Korang follow list2 yg keluar tu dalam 10 Ig. Lepas tu korang buat dekat artis lain pulak.
Buat la dalam 10 artis macam tu benda yang sama seperti di atas. Sehari tak boleh ramai sgt. Takut nanti kena block sementara.
Lepas tu tunggu la dalam masa 2-3 jam insha Allah berdesup masuk orang2 yang nak follow igshop korang tu
Lagi banyak korang buat. Lagi banyak follower akan masuk .

4. Komen dekat Ig artis2 terkemuka.
Haa part komen ni nak kena ingat. Ye korang nak promote ig korangkan . Tapi jangan la Spam ig orang dengan ayat2 “nak tinggi” “nak kurus” “nak gemuk ” “nak tahan lama” “nak body mantop” “visit my ig” . Big NO untuk komen macam ni okey. Korang memang akn di block la dari tuan tanah ig tu kalau korang spam komen macam tu.
Cara nak komen . Contoh gambar Tok ti berduan dengan suami nya. Komen la “semoga kekal hingga ke jannah”
Tok Ti post gambar makan Sardin Ayam brand komen la “sedapnya, pandai Tokti masak”.
Tok ti post gambar tudung baru , komen la “cantiknya”
Komen benda elok2 la macam tu. Dari komen pon orang boleh servery kita punya ig tau.
Tapi! Make sure nama Igshop tu nama yang orang senang kenal la.
Contoh :
Korang jual tudung bajet yang harga rm20 . Buat la nama igshop tu @tudungrm20 .
So kalau korang komen . Follower Tok ti yang nampak komen korang tadi tu, die akan nampak macam ni
” @tudungrm20 sedapnya, pandai Tokti masak ”
‎jadi kalau ade follower yang kebetulan nak cari tudung, nampak pulak tudung rm20 . Kemungkinan dorg akan visit korang punya ig. So tak perlu la korang nk spam ig org dengan komen “visit my ig”
‎itu la taktiknya yeee
‎kita masuk rumah orang kena la hormat kan.

‎contoh nama2 ig yang sesuai. Pemilihan nama pon penting ye.
‎jual kosmetik : kosmetikmurah_kl
‎jual baju : bajuhispter_murah
‎agent makeup Alha alfa : alhaalfakajang
‎jual barangan makeup Mua bella : makeupshop_bellaz
‎jual cermin mata : kedaicerminmatamurah
‎jual macam2 dalam 1 ig : kedaishopingSerbaneka

‎ini antara contoh jela. Tak dela ini yang terbaik. Ikut la kretifviti korang. Yang penting orang kenal yg nama korang tu melambang kn ape.


‎5. Support antara Igshop
‎kalau ade igshop yang follow igshop korang. Korang followback la. Baru support gitu. Tak kesah la igshop jual ape skli pon .

1 lagi cara nak dapat kan banyak like .
Korang kena boom igshop lain. Sekali boom buat la dalam 20-30 like. Sy selalu buat macam ni . Hehe. Biar igshop tu nampak korang punya like berderet. Nanti die visit la ig korang balik pastu boom korang punya post.
Sehari buat la dalam 20-30 igshop . Baru la korang pon dapat banyak jugak like. Kena rajin la ye walaupon agak membosan kan . Hehe

Lepas tu kena rajin komen . Setiap satu gambar die . Korang komen la “semoga murah rezeki” “nice photo” paling malas komen letak emoji je. Jangan pulak korang komen emoji nges. Letak la emoji senyum.
Insha allah nanti dorg akan komen posting korang balik.
Macam cara sy.
Saya dah set kan. 1 ig sy boom kn 20 like dan
5 komen dekat mana2 gambar.
Buat la benda yang sama dekat 20 lagi igshop yang lain. Bosan2. Hahaha. Tapi untuk kuat kan kita punya igshop macam ni la cara die.
Baru ig kita ade real follower. Real like. Real komen.

Macam tu la jugak kalau korang post ape2. Tiba2 ade ig lain komen. Seperti ayat2 di atas. Korang balas la balik pergi ig die dan komen post2 die. Support sesama igshop mcm tu. Baru la orang kata saingan sihat.

Okey . Setakat ini tu jela share sy ye. Nanti sy share lagi ape yang best sngt bisness dekat ig ni. Cara Macam mana nak buat igshop nampak menarik.
Waktu posting yang terbaik.
Cara nak buat permulaan igshop korang boleh baca balik confession akak yang share “cara berniaga di instagram ” dekat situ akk tu ade share.

Korang kalau ade jugak cara2 lain. Share la ye. Sama2 kita berkongsi.

Maaf kalau penulisan saya teruk. Sy jarang menulis panjang2 ni.

Dari sy
FARH

– FARH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit