Penglabel? – 9:17 PM

Penglabel?

Assalamualaikum

Aku insyaAllah, melayu dan islam. Dan aku rasa aku bukan macai.

Sejujurnya, aku memang tak setuju dengan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke dalam Malaysia. Tapi aku juga kurang bersetuju dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia.

Munculnya isu viral tentang kes 'raba', menyebabkan ramai juga di antara kita yang sibuk berkongsi pengalaman masing2 diraba oleh golongan sebegini. In the end, apa yang kita nampak, sekadar negatif bahawa mereka ini golongan 'busuk' dan 'pervert'. Di saat kita melabel mereka sebegitu, sikap kita langsung tidak ubah seperti sesetengah masyarakat yang mempunyai mindset bahawa 'Muslim itu terrorist' dan 'Melayu itu Malas'.

Unfair. Padahal rakyat kita sendiri pun ada yang 'busuk' dan 'pervert'. Aku takkan cakap kalau aku tak jumpa orang2 sebegini. Come on. Apesal sebab kita marah dengan menteri kita sorang tu,kita melabel golongan ni? Ke sebab kita ketandusan idea untuk membalas kata-kata dia? Aku tak menafikan 'ada' yang berperangai macam tu sebab ada kawan aku yang jadi mangsa. Tapi ada juga kawan aku jadi mangsa kepada orang kita sendiri. Dan ada juga kawan aku berkenalan dengan orang Bangladesh yang baik.

Tapi bila kau sebut :
"orang bangla ni menyemak je kat malaysia ni. Dah lar busuk."

Saat tu, kau sebenarnya dah melabel SEMUA rakyat bangladesh.

Kita marah bila kita dilabel terrorist. Jadi apa hak kau untuk label seluruh rakyat bangladesh? Apa hak kau untuk melabel rakyat-rakyat negara lain?

Macam lawak. Aku tak rasa Allah buat sesuatu yang nampak terlalu simple di mata kita. Sikap seseorang tidak dicerminkan melalui dari golongan mana dia berada.

Isu raba, kita sepatutnya berhati-hati dengan semua golongan. Syaitan tak hasut manusia mengikut bangsa. Isu bantahan tu pula, kita lawan dengan hujah yang bijak dan rasional, bukan dengan emosi tak terkawal.

– Cicit Cina Mongolia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *