aku belum hamil.
assalam semua.
aku dah 6 bulan kawen. tapi belum pregnant. aku dengan husband PJJ. seminggu sekali baru dapat jumpa.
pergi mana2 pun orang tanya, belum pregnant ke? takde isi lagi ke? itu takpe lagi.. ada jugak yang tanya, kau ni kenapela lambat sangat dpt anak?
meh sini sis nak jawab.
dear PEOPLE.
anak tu rezeki Allah nak bagi. kerja Allah. aku tak mampu nak masuk campur kerja Allah. kerja sendiri pun tak terlarat nak buat. doa je mampu.
Allah is the best planner. aku percaya, Allah dah atur hidup aku sebaiknya. Allah akan bagi bila tiba masa.
nak tanye korang la kan, aku yang tak mengandung lagi ni takdela ralat mana, yang korang menyibuk lebih tu kenapa entah? mind your own business la wey people. rasa panas je hati bila dengar orang ckp, "akak dulu lepas kawen terus lekat." "akak pun duduk jauh dengan suami, boleh je setahun sorang."
come on la, korang tak percaya qada' dan qadar? bercakap tu biar mcm orang yg ada agama. bodoh tu simpan sikit. jangan lupa, yg Allah dah bagi pun, Allah boleh tarik balek. jangan riak. jangan takabur. aku bukan Tuhan nak atur sendiri hidup aku.
dear mother and mother in law.
bila outsiders yang asyik bertanya, aku boleh tahan lagi. tapi bila mak sendiri yang push, mak mertua asyik tanya, aku yang chillax ni pun boleh stress. kalau bukan family sendiri yang memahami, kalau bukan family yang support, sape lagi? kalau sayang anak and menantu,jangan la bagi stress kat kepala kitorang ni. kasihani lah.
untuk wife2 kat luar sana yang sama alkisahnya mcm aku, i feel you ladies. hang on, bersabarlah. Allah tahu apa yang kita rasa. Allah tahu apa yang kita mahu. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. berusahalah yang mana mampu. percaya kat Allah. He knows best. siapa tahu hadiah yang Allah akan bagi untuk kesabaran kita ni kan. take it in a positive way. Allah bagi kita masa untuk kenal hati budi suami kita lebih baik, bagi kita lebih masa untuk berkasih sayang, bermanja. Allah bagi kita lebih masa untuk bersama dengan family, bagi duet lebih kat parents. go travel, do every little things yang korang berangan nak buat dgn husband, spoil each other.kerja kuat, cari duet, kumpul asset. the time will come, InsyaAllah. one fine day.
dear husband.
terima kasih sebab tak pernah merungut. terima kasih sebab selalu menenangkan. terima kasih sebab selalu memahami. love u to the moon and back.
terima kasih Allah untuk semua nikmat yang Kau telah kurniakan.
sekian, maaflah kalau ada terkasar bahasa. jangan kecam aku wey. yang baik tu ambik, yang buruk letak tepi. :)
– -NA