Nasib Kahwin Kerana Harta
Ni kisah kawan aku sendiri.mula2 dia berkawan dgn lelaki kerja powman motor je..kerja makan gaji dgn orang.lepas tu x lama dia dpat berkenalan dgn seorang lelaki lain yg aku bagi gelaran B.yg powman tu kira A la ya.yg si B ni bagi tau kat kawan aku ni dia ada kedai makanan sendiri n ada kereta.kadang2 si B ni ada bawa kereta tu.x lama lepas tu si B ni bagi tau nak nak masuk minang kawan aku ni.seronok gila kawan aku ni.kawan aku terus tinggal si A ni.Dah bertunang mak kawan aku ni pi cerita dekat orang kampung pasal tunang anak dia ni banyak duit ada kereta n ada buka kedai makan.nanti anak dia kahwin pasti hidup senang n dia pun boleh tumpang sekali.
Tapi bila dah mula nak dekat tarikh nikah si B n keluarganya beritahu kat kawan aku duit hantaran kena samun.jadi si B bagi separuh je duit tu.keluarga kawan aku pun terima je lah,nak buat mcm mana dah kena samun.bila dah kahwin baru tahu rupanya si B ni pengangur n kereta yg selalu si B bawa tu kereta adik dia.
Masa hari perkahwinan kawan aku ni, si A ada datang tapi dia tengok dari jauh je.nak tau x sekarang si A pun dah kahwin n si A dah x makan gaji dah.dia dah buka bengkel sendiri,kereta pun dah ada.rumah pun boleh tahan besar.
Dan kawan aku ni pun masih kekal dgn dgn si B ni.Si B sekarang ni kerja tukang kebun sekolah je.walau pun si B tipu dia sbelum kahwin tapi bila dah sayang n dah jadi suami isteri dia terima seadanya si B ni.
– Kakak