Lelaki Tak Dikenali Nak Merisik
Assalamualaikum.
Saya ada satu kemusykilan. Saya ada join satu group Baitul Muslim di Facebook dan dalam awal bulan ni, seorang lelaki berumur 23 tahun, mesej personal di fb saya untuk sesi taaruf. Macam-macam dia tanya waktu sesi taaruf seperti visi, plan jangka panjang da pendek, apa yang saya suka & tak suka etc. Dia bagitau saya yang dia belajar dalam bidang Syariah di universiti luar. Dia ada tanya saya, bila saya rancang nak kahwin dan saya katakan tahun depan. Saya tak pasti mak ayah bagi atau tak saya kahwin awal. Semalam, lelaki tu ada tanya saya, bagaimana kalau dia nak datang merisik saya. Pada pendapat kalian, apa yang patut saya buat ? Kami hanya kenal di FB. Saya masih keliru untuk buat keputusan.
Terima kasih.
– Gadis Keliru