Tutup Aurat
PART 1
Assalamualaikum.
Akak nak kongsi cerita soal aurat. Ni pun pengalaman akak selama akak paksa diri utk tutup aurat. Akak confess dkt sini sbb adik2 tak perlu tau siapa akak. Apa yg penting, jadikan iktibar.
Akak ni bukanlah dr keluarga yg agama tinggi. Family biasa2. Pakai tudung pun, pakai tapi baju seluar akak ketat. Mak akak pakai blouse longgar tapi tak pakai stokin. Tu zaman dulu2 la. Kami kalau balik kampung, dpn saudara mara bukan pakai tudung termasuk mak2. Nak kata jahil. Ayah pun tak tegur. Bukan takat family kami, saudara yg lain pun sama. Kalau dkt rumah nenek, tidur pun selamba bentang dkt ruang tamu. Kadang2 yg perempuan ni terlentang tidur dkt ruang tamu tu tanpa segan silu. Nak kata betapa jahilnya kami ni.
Akak ni mmg dari kecil sampai besar sentiasa berdikari. Dulu sekolah asrama dkt utara dari form 1 – 3. Setiap kali cuti panjang, kena balik Selangor. Tiket bas, akak selalu bagi duit dkt abg kantin, minta tolong belikan tiket. Kalau setakat travel sorang2 dari utara ke Selangor dah biasa. Masa sekolah rendah, setakat kayuh basikal ke sekolah berkilometer tu dah biasa. Naik form 4 – 5, travel dr asrama dkt belah selatan ke Selangor. Travel sorang2. Mak ayah sekadar hantar utk daftar sekolah. Urusan tukar sekolah, cuti sekolah hujung tahun, semua akak yg buat sendiri. Barang2 asrama yg nak bw balik Selangor pun akak kena uruskan sendiri. Mmg dah biasa berdikari.
Kalau nak cakap perangai kasar tu, memang akak kasar. Lagi2 masuk martial art, lagilah kasar. Bila dah kasar tu, paham2 lah bab pakaian, akak tak suka pakai baju kurung. Suka pakai jeans & sneakers. Tudung nak selempang. Tangan gelang banyak2, mata celak tebal.
Memang dari zaman sekolah kasar. Ayah akak tak kisah pun akak keluar rumah sorang2. Naik bas, lrt, komuter sorang2. Kalau keluar jalan2 dgn kwn2, akak yg jd bodyguard diorang, takut diorang kena kacau dgn laki2. Sbb akak ni nak kata banyak cakap, tak juga. Nak kata pendiam tak juga. Tapi kalau akak kena @ tengok org kena kacau, akak jenis sound terus. Kalau tak sound pun, tangan ni cepat naik.
Ada sekali tu hujung minggu, outing dgn kwn2, ms nak naik komuter, pakat2 tolak utk masuk dlm komuter. Tb2 tergerak nak cek hp dlm seluar. Bila akak masukkan tangan dlm poket seluar, ada 1 tangan yg agak kasar dlm poket seluar akak. Dia cuba nak ambil hp akak. Akak pegang tangan dia kuat2 dlm poket tu (poket seluar memang besar, so tak perasan org tu masukkan tangan nak curi hp). Dia cuba lepaskan tangan tapi akak pegang juga. Nak toleh tak boleh sbb kwn2 dah masuk dlm komuter. Tgh tolak2, indon tu dpt lepaskan tangan. Tp dlm komuter tu, dia pun ada. Akak pandang je indon2 yg ada berhampiran akak. Masing2 tunduk. So tak tau yg mana 1 penyangak. Nasib baik akak tak sempat tengok muka dia. Kalau x, rasa da lebam mata dia. So malas nak panjang cerita, akak turun je dkt Mid Valley.
1 1 kes jadi. Dr situ terdetik nak berubah. Mcm tak selamat je pakai mcm tu, lps tu keluar rumah tanpa hala tuju, dgn keluar sorang2. Bila ingat semula, akak geleng kepala. Sikit2 akak ubah. Mula pakai tshirt longgar & labuh, seluar longgar. Lps tu tudung tutup dada.
Kasar2 akak pun, akak antara adik beradik yg kawin awal. Alasan kawin awal sbb rasa tak selamat nak jalan sorang2. Bila dah kawin, mesti keluar dgn suami je. Suami pun tak bagi keluar sorang2. Kami kenal sbb masing2 belajar martial art dkt tempat yg sama.
Suami pesan, dah jd isteri nnt, dpn bukan mahram kena tutup aurat. Awal2 tu kalau di rumah, bila org datang, memang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek… Errkkk… Lps tu slow2 akak ubah, pakai sweater. Suami pesan lagi, suruh akak pesan dkt kakak2 & adik2 utk tutup aurat bila suami akak ada. Akak mula2 malas nak pesan, lepas tu suami cakap, "tak kesian dkt abg ke?" huhu… Lps tu baru akak mesej bg tau adik beradik yg lain. Memang nak perang jugalah akak dgn diorang. Kakak akak siap cakap, nnt lah, lepas kawin baru dia pakai. Errkk… Lepas tu, akak pun jaranglah balik kampung kalau kakak2 & adik2 ada sbb nak jaga mata suami.
Mak akak, akak tegur baik2. Sbb mak akak dulu, dpn ipar & jiran2 tak pakai tudung. Bila keluar rumah baru pakai. Tapi akak mesej saja. Tak berani tegur depan2. Mak akak ok. Alhamdulillah hari ni dah nampak perubahan. Semua tutup aurat kalau ada ipar apa. Adik2 pun dah tutup aurat dkt rumah bila suami akak ada. Bila balik kampung nenek pun, saudara mara yg lain dah mula tutup aurat. Kakak2 & adik2 pun mula pakai stokin bila keluar rumah. Cuma dlm rumah diorang tak biasa lagi kalau org luar datang. Akak je yg buat masa ni gagah pakai stokin bila ada bukan mahram. Nak buka tudung depan bapa mertua pun akak rasa malu. Selalunya akak pakai je. Depan bapa saudara (adik-beradik ayah & mak) pun akak malu nak buka tudung. Tak apalah, asalkan salam tangan diorang, tak ada diorang rasa akak ni over pula.
Cuba ubah2 sikit2. Kasar akak still ada. Tapi dgn tudung labuh ni, tak halang utk akak aktif buat itu ini. Dulu pakai tudung singkat, sekarang dah tukar tudung labuh, jubah, handsocks, stokin. Kalau tak ada semua ni, rasa mcm telanjang pun ada. Huhu. Tp memang lain bila pakai tudung labuh. Bila bawa beg, akak sorokkan dalam tudung. Apa2 mesti akak letak dlm tudung. Tak taulah kalau pencuri tu rajin nak selak tudung & ragut beg. Huhu.
Kita hidup kejap je. Tak mustahil utk berubah. Kasar2 akak pun, Alhamdulillah dah mula pakai jubah bila keluar rumah. Tapi kena ingat, pastikan pakai tracksuit ke, jeans longgar ke dkt bahagian dlm kain. Elakkan pakai legging atau kain dalam. Please pakai seluar yg besar sbb utk kecemasan! Kalau nak lari dari org jahat senang! Kalau kain tersangkut dkt escalator, ada juga spare tracksuit & seluar longgar dlm kain tu. Tak adalah malu. Cuba bayangkan adik2 pakai baju kurung / skirt labuh, dlm tu pakai spen*** @ legging… Kalau tersangkut dkt escalator, tanggunglah malu. Hehe. Kesitu pula. Akak mmg biasakan pakai tshirt n seluar besar dlm jubah utk kes kecemasan. Luar pakai tudung labuh. Bukan apa, adik2 kalau pakai jubah, tak pakai tshirt & seluar dkt dalam tu, bila kena tiup angin, seksaaaa dik… Seksaaa & seksiiii… Akak terus terang ye. Ramai yg akak jumpa bila pakai jubah & dress, nampak bentuk spen***. Sbb tu kena pakai pakaian lain di dalam jubah. Pakai tudung pun biar labuh tutup dada & bahu & belakang badan. Bukan dada saja tau. Sbb kalau tak, tepi tu still nampak sipi2 bentuk payudara & belakang tu nampak bentuk tali bra. Tak caya, cubalah tengok depan cermin lagi2 kalau kena tiup angin.
Nanti ada yg tanya, akak tak panas ke? Panaslah dik. Tapi apalah sangat panas dunia ni nak dibandingkan dgn panas api neraka. Akak percaya, setiap peluh yg menitik kerana usaha kita untuk tutup aurat, Allah pasti ganjarkan pahala utk setiap peluh tu.
Nnt akak cerita part niqab. Ada cerita pasal ni. InshaaAllah. Minta maaf kalau bahasa mcm kasar. Huhu.
– Akak dlm Hitam