RUMAH SEWA MISTERI – PART 4 – 3:59 PM

RUMAH SEWA MISTERI – PART 4

Hari demi hari, aku makin bertambah gigih bantu ahli rumah aku pergi berubat. Semua berjalan seperti normal. Sehinggalah suatu hari aku mula diganggu..

Orang cakap, benda ni akan kacau sesiapa yang berusaha untuk buang. Baik tuan badan mahupun orang sekeliling. Alangkah Ustaz yang berubat orang, hafal macam2 ayat quran pun kena ganggu, apatah lagi aku yang setakat hafal ayat kursi dan fatihah je ni T_T

Gangguan 1st datang dalam bentuk mimpi. Mujur gila weh. Tapi mimpi mimpi pun, kalau kau mimpi kau sedar tak yang kau tengah mimpi? Tak kan? T_T

NIGHTMARE I

Aku tengah lari laju sangat. Berpeluh, menangis, ketakutan tapi aku tetap lajukan larian aku. Kejap kejap tersungkur, aku bangun balik. Aku tetap berlari. Bila aku toleh belakang, rupanya aku kena kejar dengan 2 ekor makhluk. Aku taktau kenapa dia nak kejar aku. Dan aku tak pasti apa tujuan dia kejar aku. Yang pasti aku gigil ketakutan dan lebih menakutkan makhluk tu takde kepala! Larian 2 mahluk terlalu laju sampaikan tangisan biasa aku dah mula bertukar teresak esak. Dan aku dah mula keletihan yang amat..

Sehinggalah aku tiba di sebuah rumah kosong. Aku niat nak bersembunyi. Tapi diorang nampak aku berhenti kat rumah tu, terus berterusan kejar aku. Aku lari lagi. Kali ni aku nangis, lari sambil jerit merayu, 'Kenapa kau kejar aku…ape salah aku? Kenapa?'

(Aku pun bodoh tak pikir. Macam mana benda tu nak jawab dah takde kepala..)

Aku nampak tangga, cepat cepat aku panjat. Diorang tetap ikut panjat tangga tu nak terkam aku. Aku sempat elak. Pastu aku nampak satu bilik kosong, nampak cahaya terang, ada tingkap. Bajet nak melompat keluar, tapi rumah tu tinggi. Dah bergayut la aku kat tingkap tu..T_T Tengah bergayut, sekor benda alah tu ikut nak gayut jugak kat tingkap sebelah, punya nak tangkap aku jugak. Dah bergayutlah dua dua aku dengan makhluk tu kat tingkap. Dia sebelah tingkap, aku kat sebelah tingkap. Aku dah menangis sendu tiba tiba dia depa tangan sebelah nak capai tangan aku..

– Mrs ms

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *