Saka ke?
Sejak kecil, aku dapat lihat lembaga perempuan berambut panjang berdiri setiap malam di pintu bilik aku. Anehnya aku xtakut maklumlah tak nampak wajahnya. Aku ketika itu beranggapan ia adalah ibuku.
Aku juga seringkali mengalami mimpi yg pada esok atau lusa mimpi itu jadi realiti. Aku hanya rasa, itu adalah kebetulan. Meningkat remaja, aku menyedari aku ada kelebihan mengurut. Ibu yg menyedari kelebihan aku, kerana ibu lah aku mula mengurut. Kakinya yg selalu sakit, ke hospital, doktor kata sihat, tradisional pula kata tiada masalah. Setelah aku urut, kaki ibu sihat seperti sediakala.
Namun takdir menentukan segalanya, ibu terjatuh di bilik air dan akhirnya jatuh sakit teruk. Ketika itu aku lah yg menemani ibu. Mulalah aku bermimpi setiap malam seorang perempuan tua yg hadir dlm mimpi dan memberitahu bahawa ibu akan meninggal dunia tak lama lg. Aku juga bermimpi harimau belang datang berjumpa aku. Tapi aku tak takut. Bila aku ceritakan pd ibu, ibu terdiam dan berkata, moyangmu dahulu rupanya seperti yg kamu gambarkan. Dan dgr ceritanya, dia ada membela harimau (saka). Katanya lg, semasa moyangku meninggal, ibu sedang mengandungkan aku 6bulan. Selepas moyang meninggal, ibuku pula dihantui harimau ini dalam mimpinya. Namun ibuku seorang yg lemah semangat. Selalu kena berubat. Sudah ramai ustaz yg cuba halau saka ini jauh dr famili kami. Namun tak berhasil krn kata mereka, ibuku tidak pernah berkata setuju bela saka ini. Jadi dia bergantung tidak bertuan.
Ketika ibu aku bertarung nyawa ketika sakit, aku yg tak sanggup melihat ibu sengsara, pernah terdetik dihati, aku sanggup buat apa sahaja demi ibu agar dia tak terseksa. Akhirnya seminggu kemudian, ibu meninggal dunia. Sejak itu, aku pula bermimpi dan boleh melihat kembali lembaga2. Aku hanya nampak mereka seperti bayang2 kadangkala sekilas pandang. Mimpi diekori perempuan tua. Setiap kali perempuan tua ini cuba mengganggu aku dlm mimpi, aku pasti akan lawan dan membaca ayat kursi. Tak aku sangka dalam mimpi pun aku boleh melawan. Kadangkala dlm mimpi itu juga akan hadir seorang lelaki berserban dtg membantu aku usir perempuan tua dalam mimpi aku. Hingga satu hari aku bermimpi, lelaki tua ini berkata, aku ingin kamu. Tiba2 aku nmpk perempuan tua berkata, aku telah cuba berkali2 tapi tidak berjaya. Mustahil dia akan setuju dgn permintaan kau. Terus aku bangun dr tdo..weekendnya aku balik kg dan cerita kat ayah. Teruk aku dimarahi ayah sebab lambat ceritakan padanya.
Ayah bawa aku berubat dengan ustaz. Menjadi tabiat ustaz tu, dia tak akan cerita dgn terperinci masalah aku ni. Katanya ada gangguan. Itu sahaja. Maka tenang sikit hati aku. The next month, masa aku balik ke kg, ntah bagaimana kaki aku blh tak pijak tangga bas. Aku konfiden sgt aku dh pijak. Xmungkin salah. Aku tersembam di tangga bas. Dan kaki aku retak. Xmahu pergi klinik, aku hanya berubat kg. Mengurut dgn seorg makcik. Hari pertama, ok. Masuk hari ke2, makcik tu bertanya "kamu nie ada apa2 ke?". Aku dah risau. Aku ceritakan tentang ibuku. Makcik itu lalu berkata, setelah aku balik dr rumahnya, malam tu dia bermimpi, ada perempuan tua memarahinya krn tlg aku. Dia mahu aku belajar ubati diri aku sendiri melaluinya. Makcik tu kata, 'benda' nie tunggu masa yg sesuai untuk tunjuk dirinya sebenar dan mahukan aku mewarisinya. Ia hanya mahukan pewaris perempuan kerana keturunan moyangku adalah bidan. Aku ceritakan juga aku sukar belajar kerana badan aku selalu sakit, makcik itu juga berkata, 'benda' itu yg ganggu, kerana dia tak suka aku belajar bidang lain selain perubatan atau bidan. Katanya lagi, walau aku cuba mengurut dengan org lain, pasti org itu akan diganggu perempuan tua ini.
Aku takut mendengarnya. Apatah lagi bila abg aku yg study di kedah, pergi mengikut rakannya berubat dan bertanya sekali tentang aku. Kata pengamal perubatan tu, bomohlah kot..si perempuan tua ini adalah saka. Dia telah lama tunggu dan perhatikan aku dari kecil lagi. Aku berkebolehan mengurut tanpa perlu belajar dr sesiapa adalah kerananya. Cara untuk bagi saka ini jauhkan diri, aku kena lupa yg aku boleh mengurut. Ada part yg aku percaya. Ada part yg aku xpercaya. Yg pasti, aku takut. Menambah kan lagi takut bila aku tgok drama tajuknya "Waris". Kan dalam tu sakanya ikut dia sebab wajahnya saling tak tumpah macam tuan saka tu dahulu. Mcam kes aku, wajah aku saling tak tumpah mcm moyangku. Even pakcik aku yg xpernah tgk aku, 1st time jumpa, dia jadi terkejut sebab muka aku sangat sama dgn moyang aku. Cuma aku tak segarang beliau.
Ada juga keadaan dimana aku bonceng basikal dan adik aku kayuh. Adik marah sebab katanya aku berat. Walhal aku tahu aku tak berat mana. Lalu aku buat2 cakap sorang2, "sudahlah tu, turunlah, adik xlarat kayuh." Seelok aku abis bercakap, adik jerit. Bila aku tanya kenapa, dia cakap secara tiba2 rasa ringan je bawak aku. So, kami berdua ketakutan. Kali terakhir aku berubat adalah 3tahun lepas. Kemudian aku tidak lagi bermimpi, namun masih nampak lembaga2.
Kini aku mula terasa, hadirnya kembali. Kali ini lebih dekat. Jika selama ini aku tidak takut, kali ini lain pula. Aku cuma ingin bertanya, adakah ini saka? Jika benar, aku tak pernah bersetuju utk jadi tuannya, mengapa masih lagi dia ekori aku walau bertahun-tahun?
Owh yea, aku juga blh rasa, aku bukan hanya diekori perempuan tua yg berambut panjang tu sahaja. Malah ada seorang lelaki yg sentiasa hadir dlm mimpi aku. Walau dia berubah wajah pun dlm mimpi, aku yakin ia adalah lelaki yg sama. Aku tahu dia seolah-olah melindungi aku dr sesuatu. Astaghfirullah. Mengapakah aku diduga sebegini. Aku masih berharap semua ini hanya mimpi. Walaupun aku dapat lihat lebam besar yg ada pada peha aku dan ia tidak menyakitkan.
– Waris