Hati – 9:28 AM

Hati

Assalamualaikum admin & pembaca. Salam Jumaat penghulu segala hari.

Saya nak cerita soal hati. Dipendekkan cerita, dulu saya diuji dengan dibenci oleh manusia, di dengki oleh perasaan busuk manusia, dikhianat oleh kenalan sendiri. Punca tak pasti tapi yg pasti ketika itu yg dilihat dari mata kasar rezeki saya lebih dari dia. Bermula dari kisah saya dimalukan, dikutuk, dikhianat. Saya seorang yg selalu membebel tapi jarang nak marah² tapi untuk hal ni saya marah sangat² ketika itu. Saya lepaskan marah saya di facebook, instagram, twitter. Semua laman sosial yg ada semua saya lepaskan marah. End up, saya sedar makin ramai benci dan tak suka saya bila saya lepaskan marah begitu. Makin ramai yg mengutuk. Mungkin pada ketika itu saya rasa cukup puas dan lega untuk lepaskan kemarahan dengan cara itu. Lebih kurang 3 bulan saya marah² begitu, perli² orang yg hasad dengki dengan saya. Selepas kejadian saya jadi seperti paranoid. Semua orang saya tidak percaya, semua orang saya rasa macam mengutuk saya, semua orang saya rasa macam benci saya. Saya jadi kerek, susah nak tersenyum. Sampailah satu masa, masa birthday saya dapat wish dari kawan² rapat saya buatkan saya sedar bahawa walau sebaik manapun kita dalam dunia ini pasti akan ada manusia yg bencikan kita. Dan sejahat² kita pasti ada yang sayangkan kita.
Cuti semester sebulan, saya muhasabah diri saya sedalam-dalamnya. Saya fikir apa yg perlu saya lakukan supaya orang tidak khianati saya, orang tidak berhasad dengki terhadap saya, orang tidak benci pada saya. Jawapannya, saya tidak mampu ubah diri orang lain melainkan saya ubah dahulu diri saya. So, first saya belajar untuk memaafkan orang yg buat buruk pada saya. Walaupun saya jenis seorang yang "sukar melupakan sesuatu perkara" tapi saya cuba. After that, saya cuba ubah fikiran saya "Rasulullah yg baik mulia itupon ada yg benci apatah lagi aku yg jahil ni."
Lepas tu, saya amalkan konsep hidup "pergi mampus".. agak kasar sedikit bunyinya tapi itulah yg buat saya lebih bahagia. Dalam bahasa lain, pedulikan apa orang kata, kita hanya fikir apa yg Allah kata, apa yg Allah lihat, apa yg malaikat kt bahu ni tulis.
Percayalah, Alhamdulillah lepas amalkan hidup saya lebih tenang begini. Naik semester baru, saya boleh berkawan dengan semua orang dan tersenyum tanpa rasa sakit hati dan bersangka buruk. Kalau ada rasa tidak puas hati saya cuba kata dalam hati "diam itu adalah lebih baik, diam itu lebih baik".. kalau ada yg tidak suka, saya akan kata dalam hati, "kau buat baik pon mesti ada yg tak suka, pedulikan mereka"..

Soal jodoh pula, saya ni sudah 2 kali gagal bercinta. Serik. End up saya malas untuk fikir. Saya tutup hati saya untuk semua lelaki buat masa kini. Sebabkan saya single sudah terlalu lama hampir 5 tahun, pasti ada mulut² yg mengata "perempuan tak laku", "andartu", "muka tak lawa tapi memilih".. kawan² ramai nasihat supaya jangan begini, jangan terlampau selesa dengan status single saya, kalau tidak saya akan jadi andartu. Tapi saya benar² letakkan hati, kepercayaan dan keyakinan saya pada Allah bahawa Allah akan pertemukan saya dengan lelaki yg sesuai dengan saya bila mana saya sudah benar² bersedia dan tepat pada masanya. Saya yakin Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Bila saya buat begini, hati saya lebih tenang dan tidak tertekan bila orang bertanya, bila orang berkata buruk, atau bila saya kenangkan soal jodoh. Dan paling penting, saya tidak rasa terkejar-kejar nak kahwin, malah buatkan saya sedar tanggungjawab sangat besar bila berkahwin, so lebih baik saya perbaiki diri dulu.

Kesimpulannya, apa pon yang berlaku bermula daripada hati. Bila kita letakkan sesuatu perkara terhadap manusia kita akan sakit, kecewa, marah, sedih tapi bila kita percaya yakin dari hati yg tulus terhadap Allah, ketenangan itu akan tercapai InsyaAllah. Apa jua yg berlaku, kita jangan salahkan orang, kita lihat sendiri pada diri kita. 1 jari kita tunding pada orang, 4 jari lagi tunding pada diri kita. Dahulu saya solat 5 waktu tapi kebanyakkan dipenghujung waktu. Saya solat tapi hati ni saya tidak serahkan sepenuhnya keyakinan pada Allah. Jangan kasi HATI kita MATI. Alhamdulillah, sekarang saya lebih tenang. Saya suka diri saya sekarang dan masih dalam proses perbaiki diri dan berharap mampu istiqamah dengannya. Setiap keburukkan yang berlaku dalam diri pasti ada hikmahNya.

– Naz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *