tutuplah aurat – 7:27 PM

tutuplah aurat

PART 2 (Niqab)

Assalamualaikum. Sambungan soal aurat.

Akak dulu masa anak dara mmg suka selfie. Masa tu perkataan selfie x ada lagi. Kalau nak tangkap gambar sendiri akan ckp, "kejap2 nak tangkap gambar sendiri". Dulu kalau bab aurat tu, jgn cakap apa lah. Dgn ketat, tudung pun selempang je. Sikit2 nak bergaya. Makeup tak ingat dunia. Bila teringat semula, mcm tak tau tujuan sebenar 'pakai tudung', dah jauh menyimpang sbb pakai ketat2.

Dulu masa darjah 5, ada abg2 sekolah agama dtg sekolah akak bg ceramah. Lps ceramah tu akak berazam nak pakai tudung labuh. Tp entah kenapa family akak gelakkan akak. Huhu. Lps tu dah tak ada azam nak pakai tudung labuh. Masuk asrama, matriks, u, still mcm tu. Dulu ms dkt asrama, ustaz wajibkan pakai stokin. Tp dkt sekolah sj yg akak buat. Dkt luar sekolah, stokin hilang.

Sampailah akak kahwin dgn suami. Suami akak bukan jenis paksa. Dia cakap asalkan akak tutup aurat. Lagi 1, akak ni jenis suka perhati orang. Drp perangai suka memerhatikan org, akak rasa perasaan malu kalau ada dkt tempat org tu. Bila tengok org post gambar perut buncit mengandung, gambar org sweet2 dgn laki bini (yg ni pun akak malu nak tengok. Apatah lagi yg sibuk bercouple2 tanpa hubungan yg sah), gambar pakai ketat2, suami cium perut isteri masa mengandung, pakat2 tunjuk perut kawan tgh mengandung, dll, akak jd malu nak tengok.

Lps tu akak mula ubah pakaian akak sikit2. Akak mula pakai tudung labuh masa mengandung. Selesa sangat. Sampai sekarang tudung labuh koshibo yg akak pilih. Akak tak suka pakai shawl sbb lambat nak siap. Akak malu kalau org pandang perut akak yg besar. Akak start pakai jubah besar2. Ada sekali tu, masa perut tgh besar, masa tu akak tgh beratur beli makanan, suami pg tandas kejap. Ada 2 lelaki ganggu. Akak diam je. Dorg cakap antara dorg, "beruntung dpt isteri solehah mcm ni, cantik (dia yg cakap, akak tak cakap. Huhu)". Akak pelik sbb takkanlah diorang tak perasan akak mengandung. Dahlah akak pakai tudung labuh, tu pun kena kacau. Lps kes tu, akak suruh suami akak yg belikan apa2. Akak jarang keluar rumah. Alhamdulillah suami akak ok. Demi tak nak isteri diganggu.

Akak pun mula berjinak2 dgn majlis ilmu yg dihadiri oleh wanita2 sahaja. Dlm majlis ilmu tu, ramai yg pakai niqab & semua pakai hitam. Nak suruh selfie, wefie dlm majlis tu? Mmg tak lah. Semua hormat privacy masing2, lagi2 dlm tu ramai yg berniqab/berpurdah. Nak tangkap gambar anak2 mereka pun x berani sbb takut mak budak2 tu tak bagi. Drp majlis tu, akak terdetik utk pakai niqab. Tp akak diam dulu hasrat, tak bg tau suami. Akak buat istikharah. Mlm tu, akak mimpi, akak ada dlm 1 majlis kenduri yg meriah sangat2. Muka2 dlm mimpi tu kabur2. Tp masa akak dlm majlis tu, yg akak tau, pengantin2 (ramai pasangan pengantin) terdiri drp ustaz2 & ustazah2. Bila terjaga dr tidur, hati rasa gembira, bahagia sangat2. Lps tu baru akak tanya suami akak, boleh tak kalau akak berniqab. Suami ckp boleh tp istiqamah.

Bermulalah episod akak berniqab. Awal2 pakai mmg tak selesa. Dgn rasa diri sentiasa dipandang. Dgn gelaran ninja. Tu belum budak2 lari mcm tengok hantu. Memang awal2 pakai niqab rasa down sangat2. Masa tu pula akak tgh sambung belajar. Lagilah rasa weird. Awal2 pakai, akak pakai baju colourful. Niqab & tudung warna hitam. Baju je yg warna.

Bila dah pakai niqab, mulalah akak buang segala gambar2 lama. Bukan senang adik2. Bukan senang. Bila dah biasa post gambar dkt fb, kawan2 pun tag, punyalah susah nak buang gambar2 tu. Kalau fb sendiri ok lah nak buang. Ni nak minta kawan2 buang gambar2 lama kita. Ada kawan akak siap sound akak. Huhu. Padahal akak dah minta dgn cara yang baik utk diorang buang gambar2 akak tu. Kalau adik2 baca post ni, udah2 lah upload gambar selfie, wefie. Satu hari kalau adik berubah, adik nak tutup segala kisah lama adik, bukan mudah. Akak ni org biasa. Kalau artis, lagilah. Menyesal akak. Semoga Allah tutup aib mereka yg betul2 ingin berubah.

Bila dah tutup aurat ni, apa yg akak belajar, mcm mana kita nak jaga aurat kita, mcm tu juga kita jaga aurat org lain walaupun org tu tak tutup aurat.Kalau ada kwn2 yg tak tutup aurat bergambar dgn kita, gambar tu simpan baik2. Jangan post bg org tengok aurat kwn kita tu. Kalau nak post apa2 gambar, cek habis2 gambar tu takut ada yg tak tutup aurat dgn sempurna. Mana2 gambar2 lama yg tak tutup aurat, gambar kwn2 tak tutup aurat, simpan elok2 atau buang terus sbb takut suami kita or siapa2 yg bukan mahram tengok gambar kwn kita tu. Biarlah hilang kenangan2. Gambar2 akak dgn kwn2 di U smua hilang. Bagus juga hilang sbb banyak gambar tak tutup aurat. Cuma akak harap pendrive yg penuh gambar2 tu rosak kena hujan apa atau org yg jumpa pendrive tu delete terus gambar2. Dah lama dah pendrive tu hilang. 6 tahun lepas. Skarang ni dlm hp mmg tak ada gambar akak. Gambar anak2 je penuh. Akak ambil gambar pun bila ramai2 dgn family. Dr gambar, org boleh buat fitnah macam2. Kalau nampak wajah, lagi bahaya. Org boleh buat fake account, boleh fitnah mcm2.

Bila dah sedar, nak menangis ingat zaman dulu2 sbb terlalu jahil soal aurat. Lepas sekian lama akak pakai niqab, sejak akhir2 ni akak perasan, makin ramai yg pakai niqab. Alhamdulillah. Tu ok. Cuma nak menangis sbb ramai yg salah pemahaman soal niqab/purdah. Ada sekali tu akak jalan2 dgn suami & anak2. Tiba2 lalu seorang gadis depan akak. Akak pandang je gadis ni sampai dia hilang. Lepas tu akak tersedar. Tergamam kejap masa pandang gadis ni. Dia pakai niqab, tudung labuh. Tapi berwarna warni. Niqab warna lain, tudung warna lain, baju warna lain. Lps tu akak istighfar. Akak pun tak tau sama ada akak ni terlalu extreme bab tutup aurat ke apa. Kalau akak tengok wanita bertudung labuh yg tak pakai niqab, pakai baju warna warni, akak pandang biasa saja. Tp gadis ni buat akak tak lepas pandang. Huhu.

Akak ni bukannya belajar aliran agama. Yg akak tau, bila dah pakai purdah/niqab, maksudnya org tu seorang yg pemalu & betul2 nak jaga diri dia. Seboleh2nya tak nak org lain tatap dirinya walaupun dlm keadaan berpurdah. Sbb yg akak faham, purdah/niqab bukan menjadi tiket utk terus selfie di laman sosial. Akak pernah terbaca seorang wanita ni post gambar selfie dia berpurdah & tulis lebih kurang mcm ni, "tak salah nak post gambar bila berpurdah. Jgn jumud."

Akak bukan salahkan wanita berpurdah. Cuma akak harap, sentiasa cek semula niat mengapa kita pilih utk berpurdah. Fahami apa erti malu. Pilihlah warna & corak baju yg biasa2. Elakkan warna striking. Awal2 dulu akak pernah je upload gambar berpurdah tp bila scroll, akak rasa malu sangat2 & delete gambar2 tu. Akak pesan pd suami jgn upload gambar2 akak sbb taknak kwn2 suami tenung gambar2 tu walaupun akak berpurdah.

Teringat pd sayyidatina Fatimah r.ha. Anakanda Rasulullah yg sangat pemalu. Akak harap sgt2 dpt bertemu dgn beliau di akhirat nnt.

Cuba fahami, apa itu aurat & malu. Wanita yg tutup aurat, belum tentu ada sifat malu lantas dia masih melakukan maksiat dlm keadaan menutup aurat. Wanita yg ada sifat malu automatik akan tutup aurat & malu utk melakukan maksiat kerana dia sedar bhawa Allah sedang melihatnya. Jgn terus didik anak memakai purdah tetapi didiklah anak dgn sifat malu.

Panjang lagi nak taip. Akak nak cerita pengalaman bila dah tutup aurat & ujian masa bersalin lagi2 nak jaga aurat.

Akak akan menangis setiap kali terkenangkan kisah lama. Semoga Allah terima taubat2 kami yg ingin berubah. Jagalah aurat sebaik mungkin. Wanita itu nilainya tinggi. Jangan jatuhkan martabat wanita.

Minta maaf kalau akak terkasar bahasa.

– akak dlm hitam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *