Respons untuk aku kecewa dengan student 3.0 and above – 3:20 AM

Respons untuk aku kecewa dengan student 3.0 and above

Assalamualaikum admin. Mohon approve saya punya confession since sekarang ni memang isu result hangat.

Pertamanya, saya baru sahaja tamat ijazah saya dan alhamdulillah dengan apa saya dapat dan saya bukan warga uia.

Pengalaman saya sendiri berdepan dengan kawan yang pernah dapat DL dari diploma sampai degree. Bermacam-macam. Tapi pada saya, sepanjang diploma masih kurang nampak. Masa degree paling ketara.

Diploma.
#1. Ada sorang kawan masa sem satu dalam class dia pandai bab kira2 dan saya lebih kepada subject membaca. Setiap kali quiz atau test memang dia score. Saya pernah minta dia ajarkan saya subject kira2 tapi dia tetapkan syarat, boleh lepas pukol12 datang bilik dia. Ya, saya setuju dan pernah pergi sekali dengan kawan saya yang lain. Saya pernah kena marah dengan dia bila saya tanya "macam mana boleh dapat ni?" "Kenapa macam ni?" Dan dia persoalkan saya kenapa tanya itu ini. Dan dia cakap taknak ajar dah. Kalau saya ni pandai, takda saya tunggu sampai puk12 semata nak dia ajar. Dan masa sem1 dia DL. Masuk sem2, perangai dia dah lain. Sampai kawan baik dia sendiri cakap sejak dia dapat DL, dia makin tak jejak bumi. Dan lepas kejadian tu, saya dengar dia dah tak dapat DL dah.

#2. Jenis yang jaga pointer sampai sanggup biar kawan satu kumpulan buat kerja sorang2. Sampaikan kawan saya pernah bersoal dengan saya "adilkah kalau orang lain bersenang atas keausahan orang lain?". Sebab masa tu saya accident. Dan saya dengan kawan saya buat kerja. Dia lepas tangan. Dan dia dimaksudkan dapat DL dari sem 2,3,4 & 5.

Degree. Masa ni kau akan kenal siapa kawan kau. Yang mana kawan sebab nak berkawan atau untuk saja2.

#3. Paling tak boleh blah bila ada yang menipu pointer. Kawan saya tipu pointer sem2 cakap dapat 2.9+ sampai hujung sem3, baru saya tahu pointer dia 3.2+. Saya cakap apa motif tipu pointer? Acah2 merendah diri? Sem3 dia dapat DL dan masuk sem4 terus macam lain. Asyik dalam bilik taknak menyembang huhahuha dah. Saya pernah tanya soalan dekat dia, dia balas balik "bukan dah khatam ka subject ni?". Saya mengucap panjang dan memang terasa hati. Nak ingatkan, jangan sesekali kau cakap tahu atau hebat skor subject itu ini. Orang akan ingat dan akan perli kau.

#4. Kawan menipu result test n quiz. Pernah saya nampak result test kawan saya. Dia fail dan bila kawan2 tanya dia cakap boleh la. Saya cuma senyum. Sebab saya nampak dia dapat berapa. Lagi hebat, dia tipu saya masa dia dapat soalan spot untuk test. Good job. Dia cakap dah delete. Haha. Boleh pulak ye p delete soalan spot yang lagi sejam nak test. Haha. Lepas habis test, boleh pulak menyembang berdua cakap "aku ada tak buat jugak takot lec syak". Saya yang dengar macam, huh!? Dan test dia dapat 90++ entah saya dah lupa. Lagi? Dia tipu saya dan kawan saya cakap dapat B+ untuk subject kira2 sedangkan dia dapat B. Oke, untuk subject hardcore dapat B+ sipi2 nak A- tu kira bijak lah tu. Dan setiap kali tanya untuk subject tak dapat A-/A mesti cakap B+. Dah kenapa? Memang jenis taknak kalah.

#5. Jenis kawan sanggup buat apa saja asal pointer maintain. Yang ni atas diri sendiri. Saya tak berani nak komen sebab saya ada prinsip saya. Last semester lah, paling ramai saya nampak orang nekad buat apa saja. Sebab semua nak grad on time. Taknak extend.

Banyak peel manusia yang kadang tu saya rasa muak. Saya tahu yang saya cari itu barakah dalam ilmu jadi saya taknak main tipu. Berdepan dengan kawan yang taknak kalah bab result even dalam quiz pon nak banding. Lol. Tolonglah. Bukan semua orang bijak. Saya pernah gagal, tapi saya syukur sebab itu usaha saya. Sebab gagal saya tahu siapa ada dengan saya. Sebab saya tahu saya takkan dapat kejar pon first class, jadi final year tu saya enjoy. Haha. Maksudnya, saya berkawan sungguh dengan semua orang yang saya tak sempat kenal. Boleh dikatakan yang mana kawan saya tak kenal budak class lain, saya kenal. Sebab itu saja cara saya nak ubat rasa kecewa banyak sangat tipu saya.

Ya, ada betulnya yang kawan dapat bawah 3.0 inilah yang ada past sem share dengan kau, ada skema jawapan pon bagi siap tanya ada ka tak, ada shortnotes tolonh fotostat, ada soalan spot share biar memang tak mengena langsung pun. Sama-sama tak boleh jawab. Haha. Kawan macam ni lah, yang dia ingat kau. Kau kena ingat sampai mati. Oke.

– Mawar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *