Boleh tak aku nak jadi bini kawan baik aku? (part II) – 7:22 AM

Boleh tak aku nak jadi bini kawan baik aku? (part II)

Assalamualaikum admin! Boleh siarkan confession aku tak? Thank you in advance yaa

Sebenarnya aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat korang sebab macam-macam jenis komen aku dapat sampai terasa berbunga hati aku. Aku dalam kelas pun tak senang duduk sebab baca komen-komen korang. Hehehe

Ada yang cakap betul ke entah aku belajar kat UK. Aku tak kisah pun kalau nak cakap aku tipu tapi memang betul aku kat UK. Kalau aku bagitau kat mana nanti kantoi la siapa aku. Lagi satu, aku je perempuan Melayu dan Malaysia dekat university ni. Memang aku selalu spend masa aku dengan kawan baik aku dan kadang-kadang dengan kawan-kawan lelaki yang lain untuk buat kerja sebab kami semua satu kos dan itu je Malaysian yang ada dekat sini dan kos yang aku ambil ni menyebabkan waktu tidur tu merupakan satu aktiviti masa lapang dan bukan satu keperluan. To be honest, aku tak pernah pun keluar berdua-duaan dengan kawan baik aku semata-mata nak berjalan-jalan kecuali pergi jogging dekat padang depan hostel. Itu pun sebatu aku duk belakang dia sebab tak larat nak kejar, pancit.

……………………………

Disebabkan blok kami bersebelahan dan menghadap satu sama lain, kalau dia buka langsir aku boleh nampak dia melalui tingkap aku dan begitu jugaklah sebaliknya. Aku pernah mengasingkan diri selama tiga hari, aku tak cari dia langsung tapi dia duk tagged aku kat facebook resipi masakan la workout laa tapi aku tak balas pun. Dia call/mesej ajak pergi jogging pun aku tak layan. Perempuan kan, kadang-kadang susah di fahami. Aku sendiri pun tak faham diri aku.

Aku cakap tak nak ambik tahu tapi aku nak tahu gak dia tengah buat apa. Hish! Perempuan ni memang rumit kan? so aku pergi mengendap dia dekat tingkap bilik aku dan pada masa yang sama aku nampak dia mengendap aku jugak. Terkejut aku tengok dia! Terus aku tutup langsir sambil maki diri sendiri sebab buat kerja bodoh. Masing-masing kantoi tapi kami tak pernah buka topik tu, berlakon macam tak ada apa-apa yang terjadi. TST (tahu sama tahu) jelaaa. Lagipun, tak baik bukak aib orang. Kan? Hahaha!

……………………………..

Keesokkan hari selepas aku post confession;

Kelas habis pukul 3.00 petang, aku janji dengan kawan baik aku nak datang blok dia lepas maghrib sebab nak masak. Bila dia bukak pintu flat, muka dia happy gila siap joget-joget depan aku dan biasanya dia berkira kalau nak buat kerja. Kalau dia sama-sama tolong aku masak, nanti pinggan kami kena basuh separuh-separuh ataupun dia basuh aku bilas tapi hari ni memang pelik,terlampau baik pulak kawan baik aku tu sampai semua benda dia nak buat. Lepas tu bila dia tengok aku, dia senyum-senyum macam kerang busuk. Dalam otak aku ni dah fikir macam-macam, dia ni dah tahu ke camne? Tapi aku play it cool macam tak ada apa-apa pun yang jadi.

Masa aku tengah potong sayur, aku cakap kat dia yang aku nak jadi penulis novel. Dia tanya aku nak tulis pasal apa? Tajuk dah ada ke? Aku cakap nak tulis pasal architecture sambil senyum sinis. Dia pandang aku, dia buat muka hairan pastu dia tanya aku, kau mesti nak tulis pasal aku kan? Gila cuak . Alamak! Aku tak boleh tahan nak ketawa. Berdekah aku kat dapur tu bercampur rasa nak tampar muka sendiri. Rasa macam bodohnyaa aku pergi tulis confession tu. Kawan baik aku tu pulak makin laa bertambah hairan, terpinga-pinga dia tak faham kenapa aku gelak besar;

‘Bakpe mu ni? Aku dop nangkap lagi bakpe mu suke selok’
(kenapa dengan kau ni? aku tak faham lagi kenapa kau gelak besar)
…………………………………….

Aku dah kenyang, dia pun dah kenyang dan dapur pun senyap sunyi tak ada bunyi. Kami masih lagi duduk di meja makan sambil memerhati sisa-sisa makanan yang masih ada. Dia cuba memecahkan suasana, dia panggil aku, dia pandang aku dan dia tanya aku;

‘Susah tak nak lupa masa silam?’

Tetiba je dia buka cerita pasal aku. Jarang dia nak tanya hal personal aku melainkan aku yang rasa nak bercerita tapi aku jawab jelaa susah sebab apa yang aku dapat tu kecewa dan sakit sangat. Kena pukul hampir separuh mati tu tak best! Aku tanya dia, kenapa dia nak tahu?

Dia baru je bukak mulut nak jawab pastu ada orang buka pintu dapur, conversation kami pun mati sampai kat situ je…
……………………

Ps: Maaflah sebab cerita ni main sambung-sambung macam sinetron indon sebab kejadian tak berlaku secara serentak dan jangan risau, aku cuma ada sampai part tiga je untuk cerita pasal kawan baik aku ni. Minggu depan aku ada presentation dan submission. Doakan aku yaa. Nanti kita sembang pasal part tiga :)

– IH

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *