Semoga Yang Terbaik Buat Kakak

thanks admin kalau artikel ni di approve dan disiarkan kat iium.

pagi ni aku ada baca artikel ” Janda Terbahagia”. if kakak tu baca ni, stay strong kakak even though saya tak kenal kakak tapi saya doakan yang terbaik untuk kakak dan anak jugak. sebab saya percaya takde orang lain boleh tolong diri kita kalau bukan kita sendiri yang keluar dari situasi tu. tahniah kakak!

bila dah baca luahan kakak saya terpanggil nak cerita tentang kakak saya.

Kakak saya ni cantik orangnya jauh cantik dari saya. so saya rasa dia deserve orang yang cherish dia untuk siapa diri dia. kami tak ramai adik beradik tiga orang je so kitorang memang rapat. sebab dia kakak sulung so the moment dia cakap dia nak bertunang gila ah sape tak happy kan. at that moment aku harap kakak dapat suami yang sayangkan dia. aku tak mintak lebih just as long as kakak happy for sure aku pon happy je.

tapi sebab kakak cantik dan bercinta dengan beberapa lelaki aku tak sure time tu kenapa kakak pilih orang yang tak pernah nampak ada pape dengan kakak. aku tak nampak suami dia which is abang ipar aku sekarang put effort nak sayang dia balik sebab kakak aku jenis suka affection instead of aku yang straight forward. sebab aku pon tak penah in relationship aku taktau mungkin tula cinta. tapi dekat dia nak kawen dia selalu mengamuk kat rumah sampai on that week dia nak kawen aku rasa nak balik U time tu dan tak nak attend kawen dia sebab time tu aku belajar lagi. mak cakap dia macam termakan something yang mother in law dia bagi sebab dekat dekat dia nak kahwin tu kerap sangat la dorang bagi pelbagai kuih muih. tapi yang tu kita letak tepi la aku tak percaya sangat benda camni.

long story short, dorang dua pon kawen dan tahun ni genap la 6 tahun perkahwinan dan kami satu family still rasa abang ipar aku tu macam stranger. lepas kahwin rentetan dari perangai dia kat atas yang nak mengamuk each time kami bawak berbincang kami sekeluarga serious tak tau yang dia kahwin dengan suami dia without plan. plan maksud aku macam nak stay mana after kahwin and so on. then dia redho je pergi stay kat rumah mertua dia. which is aku totally tak agreed sebenarnya, perempuan stay rumah mertua ni banyak cerita dah aku baca. ya aku jenis overthinking baca apa je semua nak relate dengan hidup.

since dia stay sana, suami dia dah start tunjuk perangai anak mak dia la sangat. rumah dorang dah memang crowded sebab family husband kakak aku ni ramai adik beradik. so dia still ada adik yang bersekolah. bilik pon limited so korang bayangkan jela. tak aku tak hina sesape kat sini just tak paham kenapa kakak aku redho dengan benda macam ni for no reason. then time tu kakak aku selalu mengadu sakit perut tapi dia cakap family in law dia selalu bawak pergi sensei la then makan ubat apetah. kalau ikut mak aku punya gerak hati time tu maybe dia pregnant and sebab dah consume ubat bukan perskripsi doktor until now dia takde chance nak pregnant. banyak kali dah mak aku bawak kakak aku jumpa doktor dan doktor cakap semua okay dia tak mandul.

after few month dia stay kat rumah in law tu ni la turning point dia. kakak aku jenis tak suka orang usik barang dia dan kami kat rumah memang dah di ajar jangan usik barang orang without permission. berbalik kat point atas tadi rumah dorang crowded so adik ipar dah pergi memunggah barang kakak aku, punggah almari try itu ini selfie post kat socmed. kakak aku marah dan dia bagitau husband dia, end up kakak kakak ipar dia start cakap kakak aku itu ini dan sadly husband dia termakan ayat-ayat diorang. start tu aku dah macam tak kenal kakak aku sebab dia tak nak cerita apa jadi dengan kami. faham niat dia tak nak kami risau tapi at least kena la inform kita apa jadi so kita aware apa jadi.

mak ayah aku suggest dia pindah stay kat rumah kitorang yang satu lagi sebab rumah tu memang kitorang jarang-jarang balik supaya tak nak lanjut kan pergaduhan tu. tapi aku taktau apa masuk hantu husband dia, dia tampar kakak aku one day tu dan lepas tu dia selalu mengadu sakit telinga. aku tak ingat exactly bila tapi still dari sebab isu tula, kakak kakak dia dah racun pemikiran dia dan dia start berperlakuan macam tu. kereta lama kakak aku memang dia guna sampai dah buruk camne tak yah cakap la. siap keluarga in law dia hina pulak kereta kecil sedangkan korang dah gunakan sampai buruk. masa kita nak jual kereta tu bukak dekat dashboard plastik kat situ retak. aku tak sure kakak aku dihentak kat situ ke ditumbuk ke ape. tak kira pintu toilet yang pecah lagi. dia nak bawak kakak aku pergi berjalan pon bole kira berapa kali since dorang kahwin ni.

apa kemewahan yang kakak aku ada semua dia usaha sendiri, husband dia masih act macam dia tak kahwin dan tak payah cerita berapa kali raya mak ayah aku sedih tak jumpa kakak aku sebab husband dia mengutamakan family dia, first raya pon harus di rumah dia kalau first day rumah kitorang dulu bole stay few hours sahaja. malam keluar melepak dengan kawan sebab sekarang dia dah pindah stay nearby dengan rumah mak dia dan for sure kawan banyak area tu. bab tak pregnant tu dia takde put effort nak pergi jumpa doc sesame kakak aku, yet kakak kakak dia cakap kakak aku mandul bagai.

aku sedih kenapa kakak aku tak defend diri dia, aku tak suruh dia bercerai pon sebab benda tu tak baik tapi apa korang rasa kalau tengok kakak yang korang sayang diperlakukan macam tu. sebab tu aku sokong tindakan kakak “Janda Terbahagia”. jumpa kakak aku sekarang aku rasa nak marah je dia, aku nak dia stand on her feet, get a grasp of her life dan hadapi situasi ni betul betul sementara mak ayah aku ada untuk support dia. dia yang dulu baik, cantik dan kakak yang helpful dan jadi totally orang lain. even dia bawak kereta pon dia marah orang kat jalan, ape je tak kena dia maki. aku rasa dia dah masuk category depressed. for those yang baca artikel ni, aku mintak doa korang supaya kakak aku dapat balik hidup dia.

kalau penceraian is good for her then let it be. dia dah ada kereta, rumah, kerja yang bagus dan aku rasa kalau dia dengan husband dia end macam tu pon dia tak rasa apa effect sangat. family belah kitorang pon berapa sangat la yang kenal husband dia sebab dia tak pernah attend apa apa function family pon. kan ke family dia first. taktau bila je ada family husband dia akan trigger word “kahwin lain nak anak” tu nak jadi, so aku harap kakak move on before benda ni jadi. honestly aku sendiri jadi paranoid takut benda camni jadi kat aku, end up aku mereput je.

for those yang dalam situasi ni ingat la, kalau korang tak tolong diri sendiri takde orang boleh tolong korang. keluarkan diri dari situasi dibelenggu ni.setiap manusia deserved untuk hidup happy. take care for those yang baca ni, thanks sebab luang kan masa baca bebelan aku . :)

– Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *