Begitukah Lelaki?

Aku Chinta. Aku dan suami telah berkahwin lebih kurang 15 tahun. Umur kami suami isteri adalah sebaya. Aku juga seperti wanita lain, yang mana akan ada prinsip boleh sahaja memaafkan suami asal jarang curang.

Beberapa minggu lepas Allah uji aku. Aku dan suami sebenarnya biasa sahaja, bahagia cara kami. Aku wanita berkerjaya, suami juga begitu. Aku ada anak lelaki comel yang berusia 7 tahun.

Kehidupan kami seperti keluarga lain, bahagia. Tidak kaya tidak juga susah. Semuanya serba sederhana.

Minggu lepas aku pinjam hp suami sebab nak check hp dia kan. Suami seperti biasa beri hp tanpa rasa was-was. Sebab sebelum ini pun dia tahu aku akan minta hp sekali sekala untuk aku baca apa-apa mesej dalam hpnya.

Sebab aku pernah tengok kat tiktok cara untuk tengok whatapps yang disembunyikan, aku try la kat hp suami. Bergetar tangan aku bila nampak ada gambar perempuan. Ye, gambar selfie seorang perempuan.

Aku try cari chat mereka tapi aku tak jumpa. Sebab aku jumpa gambar sahaja dari fail itu. Itu pun satu gambar itu sahaja. Aku terus tanya suami, suami marah dan tak mengaku. Aku meraung dan menangis sekuat hati seperti orang gila.

Mujur malam minggu, kejadian berlaku pun tengah2 malam. Selalu kami berdua akan tidur lewat, kadang suami main game, aku main hp. Kadang2 menonton neflix bersama2. Perkara yang paling aku takuti telah terjadi.

Ye, melihat aku menangis teruk, suami mengaku dan meminta maaf. Dia mengaku ada berbalas whatapps dengan perempuan itu. Tapi sekadar suka2… dia beritahu sangat sayangkan aku. Dia tak akan mencintai perempuan lain selain ku.

Aku kenal perempuan itu, seorang pekerja di cafe tempat kerja suami. Suami memang selalu minum dan makan di cafe itu. Maklumlah kami berdua sibuk bekerja. Aku hanya memasak untuk dinner sahaja.

Aku sangat sedih dan kecewa. Aku meluahkan semua yang terbuku di hati kepada suami. Aku marah suami. Aku katakan dia murahan. Dia tak sedar diri, aku dah bantu dia cari rezeki dia senang2 mesej perempuan lain.

Aku mengeluarkan semua perkataan yang semestinya tidak enak didengar oleh suami. Hati aku teramat sakit dan pedih. Suami hanya duduk diam dan meminta maaf.

Malam itu juga aku mengemas barang2. Sambil mengemas aku menangis. Suami menahan ku dan bertanya aku nak kemana. Air mataku laju mengalir.. Aku tidak tahu kemana aku akan pergi.

Untuk memberitahu keluarga dan kawan2 adalah sangat mustahil. Semua orang disekeliling kami memberitahu kami pasangan serasi dan bahagia.

Ya, sebelum ini, kami berdua selalu bersama2 kemana sahaja kecuali waktu bekerja sebab kami bekerja di lain-lain tempat. Memang tak akan aku beritahu juga sebab aku malu. Malu suami yang ada skandal dengan perempuan lain.

Sungguh hati aku sangat sakit. Suami berjanji tidak akan mengulangi lagi dan memohon maaf merayu kepada ku.

Aku terus menangis dan terus menerus memarahi dan meluahkan rasa di hati. Aku ungkit semua kesusahan yang kami lalui selama ini. Aku ungkit kesetiaan aku yang tak pernah berbelah bahagi kepadanya.

Esoknya, aku kena kerja seperti biasa dan suami juga begitu. Mata aku bengkak sebab menangis semalaman dan tidak tidur.

Aku merancang aku akan pergi ke klinik waktu office break dan ingin mohon mc dan tak akan balik rumah. Aku nak check in hotel biar suami tahu aku betul2 marah dan kecewa. Beg pakaian semua aku dah siapkan semalam.

Selalu aku akan bersalam dan cium tangan suami, tapi pagi itu aku terus keluar rumah ke tempat kerja. Soal anak, maid akan datang rumah dan hantar anak ke sekolah. Aku mesej suami jangan cari aku, beri aku masa.

Lepas habis waktu kerja tolong jaga anak kami. Aku tak nak balik rumah. Suami merayu dan meminta maaf. Jangan tinggalkan anak kami, jangan tinggalkan dia. Entah apa yang merasuk aku, aku tetap juga dengan keputusan ku. Hp aku off. Aku serabut.

Aku dapat surat sakit dari doktor selepas aku ke klinik. Aku terus check in hotel dan menangis sepuasnya. Dalam solat aku menangis lagi, aku mengadu kepada tuhan, kenapa perkara yang paling aku takuti berlaku.

Setelah keadaan sedikit reda, aku kembali waras. Aku rindu anak aku, aku on data internet hp. Banyak miscall dan mesej dari suami. Dia beritahu anak kami asyik bertanya tentang aku.

Suami terus menghubungi ku, dan aku menangis melihat anak ku bertanya mama di mana. Kenapa belum balik, waktu kerja kan dah habis. Aku menangis lagi. Kerana kesiankan anak, aku terus balik semula ke rumah.

Semenjak kejadian itu, suami menjadi pendiam. Dia tidak lagi memujuk ku. Dia hanya main game dan tidur. Dia juga telah menukar nombor hp yang baru. Dia juga memberitahu ku dia tidak lagi makan dan minum di cafe itu. Dia tidak ingin lagi menyakiti ku.

Dia sedih melihat aku menangis. Dia sedih telah membuat aku kecewa. Aku seperti perempuan yang lain, rasa terpujuk. Aku memaafkan dia dengan syarat jangan ulangi lagi kesalahan itu.

Semenjak kejadian itu juga, hubungan kami hambar. Aku berusaha mendapatkan semula perhatian suami, namun suami selalu kelihatan sedih dan menjadi pendiam. Tiada lagi gelak ketawa.. Semua hambar belaka.

Aku nak tanya pembaca, lelaki ini memang begitu kah. Adakah dia betul2 berubah. Adakah kerana kata2 ku yang kasar kepadanya.

Tolong aku, aku masih sayangkan suami. Aku pun tidak sanggup kehilangannya. Sepatutnya aku yang jadi begitu, kenapa suami pula yang murung dan berubah laku. Adakah suami benar2 menyesal.

Sekarang suami tidak lagi melakukan hobinya seperti bermain futsal. Dia hanya duduk rumah bermain game dan tidur. Sepatah tanya sepatah jawab. Whatapps dari ku juga jarang dibuka. Bila aku tanya, dia jawab jarang on whatapps takut aku curiga.

Aku sedih dengan keadaan ini. Aku juga ingin berjumpa perempuan itu, untuk mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka sebelum ini. Tapi memikirkan sikap suami begitu, aku takut hubungan ini akan berakhir.

Suami memberitahu ku, dia akan buat apa sahaja asal aku bahagia. Tapi aku tidak bahagia begini, aku terseksa. Boleh ke aku jumpa perempuan itu untuk memenuhi keinginan ketidakpuasan hati ku ini..

Aku teringin sangat nak marah penyondol itu, disebabkan dia hubungan kami begitu (termasuk salah suami ku sendiri). Tolong, adakah suami ku tawar hati kepada ku.

– Chinta (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Selalu saya dengarkan sis, lelaki ni selalu macam ni, dah memang salah dia terang-terang salah dia, dia akan tunjuk perangai untuk kitarasa sebersalah, yang penyebab ni jadi adalah salah kita. Saya selalu jugak jumpa dan baca cerita macam ni, saja nak buat yang perempuan tu rasa sebersalah.

  2. Jangan kalah. Lelaki itu dalam usaha memanipulasi keadaan. Protes sbb dah terkantoi. Abaikan. Persetankan. Fokus bahagiakan diri sendiri dgn anak2 je. Kalau betul kata sayang, sepatutnya usaha lebih kepada memperbetulkan keadaan. Bukan menambah kekeruhan. Jangan takut hubungan berakhir. Semua yang di dunia ini hanya pinjaman. Jalan terus!

  3. Mungkin apa yang awak cakap masa marah tu betul2 membuat hati dia luka dan tercalar. Maklumlah kan tengah marah masa tu.
    Akan mengambil masa juga utk dia lupa. Awak pun patut minta maaf juga pada dia sebab dia pun dah minta maaf pada awak.

  4. Dia drama jaa tu. Saja nak test. Abaikan kelakuan dia. Dah dia salah lagi nak tunjuk mcm awak yg salah. Dia buat hal dia.. aaak buat hal awak. Ajar dia cukup2. Biar padan muka dia. Awak pii happy2 jaa dgn anak.

  5. dia main game apa? kalau ml or pubg jejaga la. sbb boleh chat and borak dlm game tu ahhahahha. play victim eh dia. hampeh punya lelaki

  6. Perempuan perempuam… ko ada bukti ke dia skandal, napa tak siasat dulu, pastu pergi marah suami campur ngan kek bangkit. .mungkin dia sekadar chat ja.

    Cuba ko muhasabah diri ko apa sebab suami chat lain, cerita nampak ko jer di jalan yang benar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *