Kawan baik dalam dilema – https://iiumc.com/forumv2/
Salam dan terima kasih admin approve this post. Aku ada kwn baik yg dah almost 6 tahun berkawan dari diploma smpi sekarang, tahun akhir degree, dari local universiti dan 'fly' sama2 study overseas. Bukan nak cerita keburuan dia tp cuma nak minta pendapat brother2 dalam page ni. Dia dari diploma ada several times bertukar couple cuma aku tak percaya yg dia boleh pergi ke tahap berzina. Tapi, satu hari bila aku tngh pinjam laptop dia utk salin nota, aku ternmpk yg dia dah 'order online' pregnancy test kit hantar terus ke alamat girlfriend dia dan dia ada order kondom atas nama dia dan hntr ke alamat rumah sewa kami. Girlfriend dia belajar univeristi lain tp masih dlm bandar yg sama. Dia mungkin lupa nak tutup page tu dan aku nak search something else but eventually aku jumpa order tu. Sungguh aku terkejut dgn apa yg aku nmpk. Kadang rasa mcm impossible,tak percaya dgn apa yg aku nmpk. Terus aku berhenti salin nota dan bagitau dia yg aku dah habis salin. Masuk bilik and start thinking 'actually crying' about my bestfriend.
Kadang dia yg kejutkn aku solat subuh bila aku study lewat malam. Sekarang aku rasa mcm aku dah tak kenal dia. Aku nak tanya, nak tegur, nak dapatkn kepastian tp aku sendiri 'bercouple'. Bezanya cuma pasangan aku belajar local universiti. Aku jadi rasa serba salah dan tak layak nk tnya dgn dia pasal benda ni. Aku mula risau and keep thinking bila dia keluar jumpa girlfriend dia. Apa caranya utk aku berterus terang tanya dia pasal benda ni? Atau aku patut contact girlfriend dia and ask her about this? Bnyk persoalan yg mula timbul bila aku dpt tau ttng perkara ni. Adakah dia pernah buat benda sama dgn ex2 dia sebelum ni?
Benda ni juga buat aku takut ttng apa yg aku buat sekarang,bercouple. Mungkin aku belum lg diuji dgn ujian yg menimpa kwn baik aku tu. Aku nekad utk putuskn hubungan aku dgn dia. Mmg berat tp utk kebaikan bersama. Doa dan usaha ke arah yg lebih baik adalah jalan yg terbaik bagi aku. Aku minta tolong sekali lagi ttng cara dan bagaimana utk aku tnya pasal bnda ni dekat bestfriend aku ni?
Terima kasih sekali lagi sekiranya admin approve this post.
Kawan baikmu – Rizal
– Rizal