Kerana Cinta Allah Pada HambaNya

KERANA CINTA ALLAH
Assalamualaikum IIUM CONFESSION
Cinta mencintai kerana Allah: “Allah s.w.t berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” [Hadits Qudsi]

Semoga kita tidak menjadi orang yang cintakan manusia lain kerana nafsu syahwat, harta-benda dan keduniaan semata-mata. Cinta yang paling utama ialah CINTA KEPADA ALLAH S.W.T, kemudian kepada Rasulullah S.a.w, ibu bapa dan barulah manusia-manusia lain

Izinkan aku membahasakan diri sebagai “aku”
Alhamdulillah aku di uji dan aku boleh terima hakikat sebenar. Setelah banyak perkara yang berlaku akhirnya aku redha walaupun pada mulanya aku mengalah, aku menyalahkan diri sendiri, aku tidak dapat menerima hakikat, aku sedih dan aku ibarat hilang arah. Senang cite FRUST la.

Aku sedih sebab orang yang aku sayang tinggalkan aku tanpa sebab munasabah. Agak lama masa yang di ambil untuk “move on”. Sampai hilang berat 8kg sebab sume ni. Sampai selera makan hilang. Hampir setiap malam menangis. Aku sedih. Malah aku mempersoalkan dengan ALLAH kenapa aku di uji sebegini.

Sampai satu detik, aku sedar yang selama ni aku menyayangi orang lain melebihi dari diri sendiri dan CINTA KEPADA MANUSIA MELEBIHI CINTA KEPADA ALLAH. Yes, aku rasa bukan aku sorang yang pernah buat kesilapan tu, jadi aku confess untuk bagitau kat korang bagi yang susah “MOVE ON”. Sebenarnya ALLAH sayangkan kau. Dia bagi macam-macam ujian. Pernah dengar kan apa yang kita nak tak semestinya kita miliki sebab ALLAH tahu yang terbaik. ALLAH buatkan permintaan ko nak kawen tahun ni, Dia tak makbulkan. Ko couple bertahun makwe pakwe tinggalkan ko camtu je. Hikmah akan perlahan-lahan nampak.

Hikmah bagi yang dah bercouple sampai pakwe/makwe terima ko even ko dh cite benda aib. Ko cakap pakwe/makwe terima seadanya. Padahal ko lupa yang sepatutnya kita manusia ni mengadu kat ALLAH, tu ustaz cakap kalau sayangkan manusia jangan terlalu sayang camtu gak kalau benci jangan terlalu membenci. Sebab apa? Sebab bila dah sayang, segala keburukan dah tak nampak tapi bila benci? Ko dh tak nampak dah kebaikan dia selama kenal yang ko nampak benda buruk ja. SEBAB TU SAYANG DENGAN BENCI BIAR BERPADA-PADA.

Korang kena bersyukur, kalau sebelum ni dah kongsi segala aib dan segala suka duka dengan makwe/pakwe bila ALLAH hantar dugaan untuk bagi korang berpisah, sebenarnya ALLAH dah pun selamatkan diri korang. Aku percaya yang kita perempuan perlu berdoa kalau betul lelaki tu baik untuk agama kita akhlak kita sebagai perempuan maka dekatkanlah, jika tak, maka jauhkanlah. ALLAH jauhkan lelaki tu daripada ko sebab ko yang dah berdoa camtu, pastu ko persoalkan. People come and go. Percayalah dengan ALLAH, THERE’S IS A REASON BEHIND EVERYTHING.

Dalam tak sedar, lepas apa jadi. Sebenarnya hikmah yang aku dapat, ALLAH nak aku kembali dekat padaNya. Kalau dulu ko solat tak on time, jarang buat solat sunat, jarang bersedekah, oncall sampai pagi buta, jarang mengaji,jarang dengar ceramah agama, tak rapat dah dengan kawan baik, jarang luangkan masa dengan family, adikberadik masa ko habiskan dengan pakwe/makwe je. Ni la masa dia untuk ko ubah balik balas balik apa yang dah ko buat dulu. Alhamdulillah aku bahagia dengan family, close friend, adikberadik, saudara-mara. Enjoy apa yang ko suka, apa yang ko minat. So please hargai peluang yang ALLAH dah bagi. Peluang tu kena hargai sehabis baik untuk perbaiki diri, banyakkan beribadah, bersedekah, perbetulkan solat , tolong orang yang memerlukan. For those yang still single, macam aku. Aku tahu ni ketentuan ALLAH, kita sebagai manusia hanya merancang. ALLAH tangguhkan dulu perihal jodoh sebab memang bukan masa dia. Jadi kita sebagai hambaNYA, banyakkan berdoa. Andai lepas ni jadi lagi ko frust xboleh move on. Ingat, kembali pada ALLAH, jangan ulang perkara yang sama. Ko perlu cintakan ALLAH , RASUL, IBU BAPA THEN diri sendiri akhir sekali baru manusia lain. Semua terjadi KERANA CINTA ALLAH kepada hambaNYA

– gw

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *