Isteri Seorang Seafarer-2 – https://iiumc.com/forumv2/
Sebelum ni akak ada confess dkat page ni..terima kasih kepada yg bagi semangat dlam ruangan komen..sgat hargai
akak sebenar nya baru 26 tahun dan usia perkahwinan baru cecah 2 tahun..tapi rasa nak coret sedikit pengalaman yg ada untuk isteri2 seafarer
pada awal perkahwinan mmg akak x faham term2 nautika ni..sbb akak ambil course kejuruteraan n skrg seorang engineer..profesion kami sgt berbeza..kdg2 bila dia sebut term2 kapal mmg akak blur sikit..tapi sentiasa tnya n minta dia cerita apa dia buat waktu bekerja..dia akan rasa lebih dihargai sebab kita minat nak tahu apa yg dia buat
saat rasa down n sedih sentiasa dekatkan diri dgn Allah..suami akak pernah kata "salah satu hikmah awak dapat bila sy belayar,awk dpat spend masa lebih dgn family"..ya betul,tu salah satu hikmah..sebelum ni masa di kampus akak busy sbb akak seorang mpp dan terlibat program tarbiyah kampus..jarang dapat cuti lama dgn family…skrg alhamdulillah tiap2 hari dpat spend time dgn family..saat suami pergi belayar,sentiasa jenguk keluarga mertua dan bertanya khabar..bina hubungan dgn keluarga mertua..
sentiasa fikir suami pergi belayar pun untuk bekerja..bekerja satu ibadat..zaman rasulullah dulu ada seorang sahabat nabi pergi berperang dan meninggalkan isteri kerana tuntutan Allah..pengorbanan isteri2 sahabat nabi dulu boleh jadi kekuatan semangat untuk kita..bnyak kan baca sirah2
yg paling penting trust..saat suami jauh..jaga lah tingkah laku kita n ikhtilat..akhlak dan malu seorang wanita kena ada..jaga maruah suami..aktif mana pun kita dalam persatuan,sentiasa ada limit untuk elak kan fitnah
wlaupun suami pergi belayar,dia sntiasa ber tanya khabar n beri kan nasihat..akak rasa dekat dgn dia wlaupun kami jauh..
buat sahabat2..banyak kan berdoa n sentiasa positif dalam tindakan..sibuk kan diri dgn kerja yg berfaedah dan berbakti pada masyarakat
doakan akak tabah n dipermudahkan dalam melahirkan khalifah cilik ini
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
## #akak rasa nak reply tentang seorang confessor yg parents x bagi kahwin sebab faktor kerja dan negeri
akak dulu pun pada awal2 perkenalan dan nyatakan hasrat untk berkahwin ramai yg menentang termasuk parents akak,nenek dan sedara mara..dalam 95% dalam family x bersetuju..yg paling marah waktu dpat tahu nenek akak..wktu tu memang akak rasa sedih tapi akak fikir mungkin ada hikmah knapa Allah x bagi sebab masa tu akak dalam proses istikharah..akak x pernah push mereka untuk terima..kwan akak yg seafarer ni pun x push akak..dia cuma kata doa kan je yang terbaik..keberkatan ada pada mereka
satu hari tu nenek akak x sihat..minta akak temankan dia 3 hari kat rumah..3 hari akak luang kan masa dgn nenek akak n alhamdulillah waktu tu cuti akak mudah di approve..biasa susah nak apply cuti sbb tengah bnyak projek..akak kerja sbg engineer..cuma satu hari tu akak rasa pelik tgok nenek akak..dia mcam nak cakap sesuatu tapi x diluah kan..smpai la mlm tu nenek akak luahkan n tnya betul ke akak serius nak kahwin dgan seafarer tu..akak cuma jwab..kalau betul jodoh kami,mesti Allah permudahkan urusan kami..dan tanpa di sangka alhamdulillah waktu tu nenek akak setuju..mmg terkejut sgat sbb tiba2 nenek setuju..bila ditanya mcm mana nenek boleh di setuju,akak pun tiada jawapan..sebab nenek hanya senyum bila akak tanya
bila nenek dah setuju,mudah sikit..nenek cuba bagi nasihat pada parents..parents akak nak jumpa kwan akak yg seafrer tu..time tu dia mmg tgh cuti 3 bulan..alhamdulillah umi dan ayah profesional wktu berbincang..rupa nya umi bukan nya x setuju sebab lain,cuma umi risau kan keselamatan akak wktu dia pergi belayar..dia kata dia suka kalau akak stay dgn family atau family mentua bila dia pergi belayar..dia kata kalau akak x selesa dia boleh beli rumah,tp berhampiran dgn family..untuk keselamatan
dan alhamdulillah nenek dan parents bersetuju..ya setuju tanpa di sangka2..Allah permudahkan jalan ini walaupun di tentang awal nya..yg penting sentiasa doa pada pemilik hati ini
– hamba Allah