Expectation… – 11:45 AM

Expectation… – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum. First of all nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi baca luahan hati sy ni. Kalau tak approve pun tak ape. Tak kisah. Mungkin mase sy telah confess ni saya tengah beremosi. Tak boleh nak pk secara waras, melainkan perasaan marah yang telah lame sy pendam. =.= Ikhlas cakap confess sy ni tak de niat pun nak bukak aib orang. Sy cume nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati sy je dan mengingatkan anda-anda semua bahawa first expectation selalu nya salah! Alkisah nya bermula bila saya kenal seorang photographer yang boleh di ketogerikan sebagai seorang yang femes jugak la. Saya mula berurusan dengan dia pertengahan bulan 12 tahun lepas. Brother ni ad jual potret frame. Kebetulan masa dia tengah promot potret frame dia ni, saya terlintas di fikiran nak hadiahkan potret frame abah dan mama saya sempena anniversary mereka. Masatu bukan lah nak sembang kencang ker ap. Tapi mase tu ada la duit lebih cikit hasil kerja part-timer kat UIA ni. Saya tertarik dengan potret frame tu dan membayangkan alangkah gembiranya mama dan abah apabila menerima hadiah yang tak seberapa tu. (hanya tinggal angan-angan). Dipendekkan cerita, Saya da buat payment tapi sampai harini potret frame tu saya tak dapat. Dan rasa-rasanya memang tak kan dapat kot. Yang membuatkan sy tak puas hati, asal sy ws jer dia bace tapi tak balas. At least cakap la sesuatu. Tak siap lagi ker, tak buat lagi ke, ap ker..Erm.. Saya tak de la kejam sangat nak tanya hari-hari sampai dia rimas. Saya cube bersabar dan bersangka baik dan ad sampai satu saat sy nak redhakan je bnde ni n anggap bahawa duit sy tu da di tetapkan menjadi rezeki dia. Tapi tulah sy manusia biase. Tak cukup baik dan tak cukup bersabar, atau senang cakap susah jugak la nak relakan duit hasil sy keje tu untuk bg kat orang yang dah kaya. Mulut mungkin cakap redha, tapi hati? sy mencuba nasib lagi dan terpk nak mengganggu hidup brother ni sampai lah dia bagi balik duit sy tu. Memandangkan benda ni da lame sangat, saya ad ws dia mintak dia pulangkan balik duit saya tu. Tapi sayangnya, dia cume baca & blue tick kan ws sy lagi dan lagi. haha, Saya cube bersabar dan bersangka baik dengat brother tu. Benda ni dah lame sangat dah. Almost 3 bulan. Kalau kene blue tick sekali mungkin boleh consider lagi la. Mungkin dia busy ker malas nak layan ke. Tapi kalau selalu sangat bace tapi tak bagi respon ape-apa sape2 pun boleh bengang. Tak sangka pulak seorang yang terkenal dan di hormati ramai memiliki perangai yang tak semegah rupa. Kalau benda tu sikit mungkin lah tak terkesan sangat. Tapi sekarang ni sy dah sambung study balik. N duit tak de la banyak macam zaman keje dulu. Saya hanya meneruskan hidup as student yang bergantung pada PTPTN, wang tu sangat banyak bagi saya..last sekali nak cakap andai kata brother tu terbaca al kisah sy ni, sy mohon sangat-sangat brother bersimpati dan kesian kan la sy. Please bagi balik duit saya tu. Maaf kalau bahasa sy kasar or kurang ajar, tapi nak ingatkan je, hidup ni karma. Harini kau buat orang, esok lusa orang pulak buat kau. Tak kene dekat kau, kene dekat mak ayah kau, maybe adik-beradik kau. Sape tahu kan? Tak guna job masuk berkepuk-kepuk tapi kalau rezeki tu tak berkat susah jugak bro. Tak kan nak bagi mak ayah makan duit haram kot..aku bukan la ustaz or ustazah yg nak sekolahkan kau tapi aku nak bagitau ape yg kau da buat ni secara tak langsung telah menjejaskan nama baik dan kreatibiliti kau sebagai seorang yg dikenali ramai. Semoga Allah membuka pintu hati kau, n pintu hati aku jugak supaya menjadi insan n orang yang pemaaf n redha dengan apa yang terjadi. Terima kasih.

– Nas

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *