Bon Perkhidmatan

Salam kepada semua pembaca,

Aku biasanya menjadi ‘silent reader’ di IIUM Confessions tapi tak sangka satu hari aku akan menulis dan confess di sini. mungkin sebab dah stress sgt kena tekan oleh pihak atasan sampaikan aku rasa effect mental depression aku.

Aku Seteress (bukan nama sebenar) & aku bekerja di sebuah company kecil di tengah kota. Masuk bulan ni dah 6 bulan aku kerja dekat sini & aku seorang fresh grad. Sebelum ni aku ad join graduate programme 6 bulan lepas tu dpt kerja di sini. Bulan 1 okay lagi masuk bulan ke 2 jadual aku mula sibuk & aku tidak kisah pun semua tu, sebab ye la dunia kerja dh x mcm dunia zmn bljr dlu. Tapi apa yg buat aku tertekan adalah dengan pesekitaran di syarikat dekat situ. Bukan aku nak burukkan mereka, cuma aku dah lama bersabar & makin aku bersabar makin mereka pijak kepala aku. Mereka ugut kami (rakan2 kerja yg lain juga) dengan bon perkhidmatan. Ok aku akn bercerita apa yang terjadi dengan bon perkhidmatan kami.

1st, aku mengaku aku naive pada awalnya. Ye la bru keluar U takde pengalaman kerja syarikat lain jadi wktu dpt kerja dekat sini just baca TnC & bon & tak betul2 fhm & lalu sign. Aku diberikan bon perkhidmatan. Dalam bon perkhidmatan aku kena khidmat 2 tahun dengan mereka & kalau aku melanggar aku kena bayar rm10,000 utk semua latihan yg disediakan & yg paling mengejutkan walaupun latihan itu percuma!

Bila aku nak resign mereka ugut suruh bayar rm10,000 sedangkan sepanjang 6 bulan aku di sini aku x pernah di hantar pergi latihan. & mereka kata awak dalam bon jdi tak boleh resign sedangkan dalam TnC mahu pun bon xde ckp pun xleh resign. Ugut & ugut & selain ugut kepakaran mereka juga adalah memutar belit sebelit belitnya fakta yg sememangnya fakta bagaikan membelit mangsanya. Jadi bila ko nak bincang dengan diorang jadi malas sebabnya ko dh tahu apa jawaban yg keluar dari mulut diorg. Tapi setiap perbincangan aku akan records utk jdikan bukti akan datang. Hari makin hari aku mula googling apa itu sebenarnya bon perkhidmatan. Dari hasil pembacaan bon perkhidmatan ni sebenarnya terjadi bila mana syarikat tersebut mengeluarkan sejumlah wang menghantar pekerja pergi latihan untuk improve skills mereka. & andai pekerja tersebut melanggar contract mereka kena bayar exactly apa yang syarikat tu dh bayar. Kalau percuma tak dikira. (Mohon orang yang arif berikan pandangan tentang ini).

Syarikat ni bukan syarikat syarikat baru. Dah lama hampir 15 tahun tapi high turn over pekerja, ad 16 pekerja sehingga sekarang setiap tahun pasti ada yg resign, & yg resign bukan sebab kerja tapi sebabkan management & suasana di sana (bak kata orang putih “They no leave the job but managers”) yang ni bila aku masuk dalam syarikat baru aku tau mcm mana syarikat ni, waktu IV semua yg keluar dri mulut boss indah2 belaka. Mesti yang akan tanya kenapa terima twrn kerja tu takde survey2 tanya org ke syarikat ni mcm mana. Wktu aku dpt tawaran aku dh google & tnya2 org. Dekat jobstreet pun kosong reviews tnya org takde yg familiar dgn syarikat ni. Jadi aku terima tawaran ni.

Banyak lagi sebenarnya kisah2 yg terjadi dekat sini, ada kwn aku smpaikan accident balik kerja (x parah) sebabnya tertekan jdi smpai bawa motor tu dia x focus sgt. Untuk post ni aku nak tanya pandangan2 pembaca2 yg arif tentang bon perkhidmatan dari segi undang2 mcm mana, apa yg aku kena buat & kwn2 aku yg lain juga or ada sesiapa yg aku boleh hubungi untuk dptkan jumpa & buat consultation(bayaran berapa). Go thru semua TnC bahkan bon aku. Aku nak sgt pergi JTK yg masalahnya cuti susah sgt nak dpt approve. Nak minta cuti sehari je nak tnggu approve sampai lebih 2 mnggu, dh igtkn byk kali tpi mcm tu la.. EL pun kena tunggu approval kalau x approve nanti kena tindakan displin. Aku ad waktu weekend je tapi weekend JTK x buka. Serious kerja dekat sini buat aku mental depression bukan aku je kwn2 kerja aku yg lain jugak. Kebajikan kami tak dijaga langsung org HR pun selalu bertukar2 sb x tahan & yg ada sekarang bukan background HR & jaga periuk sendiri, & dia bagaikan api dalam sekam..Sekian

Terima kasih

– Seteresss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *