Mungkin Bisa meresap di qalbmu – 9:38 PM

Mungkin Bisa meresap di qalbmu – https://iiumc.com/forumv2/

Tulisan ini ditulis kerana ingin benar aku berkongsi dengan kalian, saudaraku.
Dunia yang fana ini memang kita selalu dihambat dengan arus zaman pemodenan dari masa ke semasa. Zaman berganti zaman, masa berganti masa serta pemimpin berganti pemimpin. Apa yang terjadi pada kita sekarang? Pernahkah soalan ini bermain diruangan minda kalian?

Saudaraku..
Mungkin saja kita sekarang tengah sibuk belajar, mengejar cita-cita, merealisasikan impian ayah dan bonda. Mengotakan janji bahawa akan membawa kebahagiaan pabila sudah tamat belajar. Tapi apakah kalian sedar sebenarnya kita sekarang diambang kemusnahan? Kemusnahan akhlak. Ya, kalian tidak salah baca. Kita sekarang sedang berada dalam zaman peruntuhan akhlak. Kenapa aku berkata begitu? Kerana saat ini kalian bisa lihat dialam maya mahupun disekeliling kalian, kita sentiasa dihiasi dengan video-video dan kelakuan yang tidak bermoral. Mana datangnya mereka ini? Dimana mereka meniru adat-adat ini? Didada akhbar juga sering terpapar kemusnahan rumah tangga akibat kehadiran orang ketiga, remaja perempuan dicabul dan dibunuh, dan yang paling mengejutkan, PELAJAR SEKOLAH RENDAH MELAKUKAN PERKARA SUMBANG. Serta baru-baru ini muncul pula aksi baru, "Ravers". *usapdada*
Saudaraku..
Pernah tertanyakah oleh kalian mengapa ini semua terjadi? Dimana datangnya segala punca ini? Boleh tidak saya katakan punca ini sebahagian datangnya dari hati kita? Kerana apa? Kerana kita juga sedang melakukan perbuatan yang dilarang Allah tanpa sedar. Kalian sendiri tahu apa perkara yang kalian lakukan setiap hari. Allah turunkan ujian-ujian (masalah tadi) ke atas kita kerana Dia mahu kita sedar dan mengubah sendiri sahabat-sahabat kita yang mungkin sudah tersasar jalannya. Allah juga turunkan ujian sebegini kerana Dia sedang memperlihatkan kepada kita bahawa kita ini adalah di pengakhiran zaman. Kerana itu Allah mengijinkan kita hidup sampai sekarang. Dia juga mahu kita merubah kelakuan sahabat kita kerana dengan itu kita bisa bina jambatan pahala. Kita menasihatinya dengan tata cara betul dan jika dia mengikuti nasihat kita walaupun sekeping nasihat, maka dengan itu pahala kita berlipat kali gandanya.
Saudaraku..
Aku juga tahu ramai disini mengikuti usrah, daurah dan sebagainya. Kalian sedar tidak mengapa kalian bisa terjebak dengan usrah? Nah, senang saja. Itu tandanya Allah sedang mengetuk pintu hatimu untuk diberimu Hidayah. Kalian pergi usrah tapi sepulangnya kalian ke bilik, kalian merasa kosong. Kalian juga solat lima waktu sehari semalam tapi hati kalian tetap saja rasa kosong. Kalian membaca kalam Allah tapi kalian sekadar membacanya, jiwa kalian tetap kosong. Kerana apa? Kerana kalian melakukan itu semua hanyalah dengan sosok tubuh kalian, bukannya dengan hati kalian. Dari punca itu mungkin kita juga tidak bisa mentarbiyyah teman-teman kita atau saja mungkin teman-teman kita tidak dapat mengikuti nasihat kita. Puncanya dari hati. Apa saja yang mahu kita lakukan, persiapkan hati kita dahulu, setelah itu baru minda. Kerana minda mengikut kata hati.
Saudaraku..
Ada juga disini yang mengendalikan usrah. Tapi kadang kala terasa berat juga mahu bawakannya. Setiap kali usrah dibuat, yang hadirnya cuma dua orang atau lebih pedih, hanya seorang saja yang hadir. Tidak mengapa duhai teman, itulah yang terbaik! Yang seorang itulah dibawa oleh Allah untuk murabbinya bisa lebih dekat dan beri sepenuh perhatian. Bisa juga yang seorang itu adalah menjadi wakil kita untuk sampaikan amal maaruf pada teman yang lainnya. Allah letakkan kamu sebagai pangkat murabbi, dai'e dan sebagainya kerana Dia tahu kamu mampu menggalasnya dengan sempurna. Maka dengan itu, gunalah kuasa murabbimu sebaik mungkin. Walaupun cuma seorang yang datang ke usrahmu, ketahuilah olehmu bahawa Allah telah menjanjikan yang terbaik buatmu dan dia. Usahalah sekeras mungkin untuk memperbetulkan yang seorang itu. Seorang itu sangat berharga!
Saudaraku..
Kita dipandang hebat oleh teman-teman kita samada didalam kelas mahupun dalam aktiviti luar kelas. Kita disanjung teman-teman, diperkatakan oleh mereka selalu akibat kepandaian ataupun kehebatan kita mengendalikan sesuatu. Akhirnya kita timbul rasa bangga dengan diri sendiri. Walaupun kita masih bersikap sama seperti dulu dengan yang lainnya, tapi apakah hati kita tetap sama dengan yang dahulunya semasa sebelum diangkat menjadi orang hebat? Tentu saja tidak. Walau sikit, hati kita sudah berubah. Kepada jujur melakukannya bisa jadi kalian melakukan perkara itu kerana mahu menjadi buah mulut yang lainnya. Sedarlah, hati kalian sedang nazak.
Saudaraku..
Akhir sekali mahu saja aku persimpulkan semuanya. Dari atas sehingga bawah, jika kalian bisa perasan apa yang cuba aku perkatakan sedari tadi adalah berkenaan hati. Hati bisa rosak jika kita meremehkan soal agama, keadaan sekeliling dan tidak ambil tahu soal masalah yang dihadapi ummah. Hati-hatilah dengan hati. Sudah tiba masanya kita semua keluar menjenguk dunia luar untuk menyentuh hati-hati yang sudah mati dengan kehidupan agama. Kerana hati sahaja yang bisa disentuh dengan hati tanpa perlu apa-apa ikatan. Sayangilah hati sesama kita kerana itu saja yang bisa kita mengubah dunia Islam menjadi lebih indah.
Tuntasnya, teruslah melangkah dijalan cinta para pejuang, menebarkan kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada iman walau duri merantaskan kaki, walau kerikil mencacah telapak. Sampai kalian lelah, sampai kalian payah, sampai keringat dan darah tumpah. Tetap yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum dijalan cinta para pejuang dan tempat para pejuang agama adalah Syurga alFirdausi.

Sehingga kata-kataku meresap di qalbmu,
Moga ketemu lagi di teks berikutnya,
Salam para pejuang hati dan agama.

– Han

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *