aku seorang anak – https://iiumc.com/forumv2/
aku mohon agar admin approve ye.
aku seorang anak. aku anak bongsu, aku selalu sakit antibody lemah. kadang orang selalu kata kau ni asyik sakit je.
Ya!! memang badan aku tak kuat sampai aku ada masalah dalam badan. ibu aku pernah cakap dia susukan aku 2 bulan je sbb dia kena kerja. lebih tu aku bersusukan susu formula, bila ibu balik kerja je ibu beri susu ibu.
menangis aku tulis benda ni, dulu aku pernah sakit dan sakit berpunca daripada ibu aku sewaktu mengandung.
aku tahu ibu memang x pernah berniat nak aku sakit. aku pernah rasa ketidak adilan tapi aku pendam sorang.
aku tahu dan aku yakin ibu x salah.
aku x pernah salahkan ibu.
walaupun sekarang ni aku tengah sakit sebab antibody lemah sekali lagi! again and again itu je sebab dia.
ampunkan dosa anak mu ibu kerana pernah berdosa kepada mu.
aku tahu ini bukan salah ibu. adik sayang ibu. sekarang adik redha adik pasrah yang adik akan selalu sakit. adik x salahkan ibu. dan setiap kali adik sakit adik x pernah bagitahu ibu yang adik sakit, mungkin ada 2 3 kali adik bagitahu tp byk yg adik rahsiakan.
sekarang adik sakit ibu. sakit.
adik tahu ibu selalu doakan adik sihat. terima kasih ibu. halalkan susumu buat anakmu
– fh