Kulit putih?! – https://iiumc.com/forumv2/
Kat Malaysia sekarang ni banyak betul lambakan barang-barang kosmetik. Bila baca confession sister yang pakai produk D tu, dalam comment section tu keluarlah nama-nama produk yang ada aku tak pernah dengar pun. Dan kebanyakan marketing dalam produk-produk tu mesti ada,
putih.
Kenapa penting sangat ye putih tu? Kalau secara genetik dah memang berketurunan sawo matang, tak boleh ke bersyukur dan bangga dengan ke-sawomatang-an kulit tu? Biarlah tak putih, asalkan sihat. Ni kalau putih tapi badan masuk merkuri buat apa? Hygiene & health are more important than having fair but sickly skin. Minum air banyak-banyak tu penting, dahlah negara kita ni panas lembap. Orang yang kulit tan kurang risikonya untuk kena kanser kulit berbanding orang kulit putih, tahu?
Tak salah untuk jaga diri i.e jaga kebersihan (kecantikan termasuk di sini) & kesihatan. Tapi jangan memudaratkan diri sendiri untuk 'putih'. Sekian.
– kukuputih