when will my life begin? – 1:48 PM

when will my life begin? – https://iiumc.com/forumv2/

aku sgt depressed sekarang. 6 bulan aku kerja dalam terpaksa. asalnya sebab ayah. dia yang paksa aku kerja dekat syarikat kawan dia. aku depressed sebab pekerjaan ni ; 1) x berkait dgn bidang aku 2) against my moral compass. ada masa2 yang aku rasa sangat tertekan, lebih2 lagi bila ayah kadang2 masuk campur urusan syarikat, seumpama dia ada jawatan dalam syarikat tu (padahal xde pun). aku rasa tersepit. dia ayah aku, dan kawan dia bos aku. kadang2, aku rasa macam dipergunakan je. macam alat semata. dah 2 kali aku bagitau ayah, aku nak berhenti. dan 2 kali tulah aku kena marah. bos aku (aka kawan ayah) tu memang baik. gaji pun, not bad la utk budak lepas grad dan belajar bidang yang x de kena mengena dgn syarikat dia. aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. ikutkan hati, sekarang pun nak berhenti. buat apa aku buang masa aku. tapi, aku tahu ayah takkan redha. Macamana nak dapat redha Allah kalau ayah sendiri pun x redha? Dan tak silap aku, ada hadis yang kata ikut fatwa hati. "Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu". lebih kurang mcm tulah hadis nya. to be honest, hati aku x tenang pun dengan kerja ni. berperang dengan diri sendiri tiap kali nak pegi kerja. ikutkan hati memang aku nak berhenti je. Tapi, mcm aku cakap tadilah, kalau berhenti, sure nya ayah aku x redha. lagi2, kalau lepas berhenti tu, aku mengganggur or kerja yang gajinya x sama mcm gaji sekarang. aku faham sgt perangai dia. jenis semua nak orang ikut cakap dia je. Weiii, aku penat. aku nak life aku sendiri. sampai bila aku nak kena ikut telunjuk dia? menderhaka sangat ke aku kalau aku nekad nak berhenti? tak bersyukur kah aku?

sebelum aku resign, aku nak lah jugak dengar pendapat korg (kalau ada yang sudi lah), or someone yang pernah berada ditempat aku. kot2 ada point korg yang boleh buat aku berfikir semula. aku serious tengah depressed dan tak tahu nak buat apa, melainkan sabar dan solat. Thanks.

– anne

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *