Ms. – 10:05 PM

Ms. – https://iiumc.com/forumv2/

Waktu degree, nak masuk sem 3. Biasanya students akan start cari rumah sewa sebab x dapat hostel. Maka, untuk kemudahan, kami pakat2 satu course tuk duk dlm kalangan kami. Setelah dibahagi, maka kami dibahagi kepada 3 kumpulan.

Jadi, group pertama dan kedua memilih puak mereka, dan tinggallah group rumah aku yg terdiri drpd org2 yg tiada kumpulan or singlet, duplet or triplet groups. Ada satu coursemate kami, yg dipinggirkan dengan alasan dia ni slalu kluar malam dan mereka yg bajet solehah and alim2 kucing xnak dicemarinya padahal minah ni adalah rumate dorg mase kat hostel. Maka, akibat kesian, aku sebagai ketua rumah ke-3 ambil minah ni. Aku ni jenis tegas sikit. Hehe.

So, rumah aku ni, aku buat peraturan. Iaitu after 12, aku akan selak pintu for safety. Jadi, klau ada yg balik lambat, perlu inform aku awal, klau x akan overnite kat luar. And minah yg dorang claim as liar ni, okay je ngan peraturan aku. Aku cuba jadi friendly ngan die, aku sengaja letak meja study kami bersebelahan sbb senang nak ajak die study ngan aku. And slalu spend masa ngan die supaya die x kluar carik geng luar die. Die sgt okay, in fact dia lah yg paling x banyak cerewet, or ragam dalam rumah tu. Senang nak handle. And sgt sedap masakan die smpai ktorg panggil die mama. Hehe. Padahal, rumah yg another 2 groups tu macam2 masalah dengar, siap ada dtg mengadu kat rumah kami. Hehe

The moral of story, kita jangan slalu perasan kita ni baik. Manusia akan mula menjadi jahat apabila dia mula merasakan dirinya baik. Kalau ada kawan yg macam tu, try to guide him/her back to good path, jangan sisihkan dia.

And related to her, ada kisah seramm yg aku alami. Nak dengar x? Hehe

– gulagula getah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *