Reply to cikbunga (usrah) – 12:44 AM

Reply to cikbunga (usrah) – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum sis cikbunga and all readers :)

Mia tertarik sebenarnya nk berkongsi pengalaman mia dengan usrah. First, korg kena tahu mia bukan asal dari keluarga yang memang kuat pegangan agama. Tapi Alhamdulillah, since mia masuk uia, dikelilingi dengan mawar mawar agama, mia mula belajar untuk kenal dan praktikkan Islam dalam kehidupan seharian Mia. Dan bnda yg Mia belajar tu, Mia kongsi dgn family Mia dirumah and so far, Alhamdulillah, ahli keluarga Mia dapat terima.

Mula Mia kenal usrah ni sebab Mia ikut kawan. Dia kata nak bawak Mia pergi somewhere yg Mia pasti akn suka. Dalam kepala Mia tak terlintas langsung pasal usrah. Mia ingat lagi dia bawak Mia pergi jog track yg dekat tasik belakang Maryam. Muka2 kat situ takde satu pun yg Mia kenal, tapi semua senyum dan bersalam laga pipi dengan Mia macam kami kenal rapat sangat. Dalam hati Mia masa tu terasa something yg Mia tak dapat nk huraikan macam mana.

Dan Mia ingat lagi tajuk usrah yang Mia hadiri buat kali pertama tu. "Ibda' Binafsik" atau 'mulailah kebaikan itu dari dirimu sendiri' tapi kalau nk huraikan kat sini nanti berjela pula cerita Mia.

Usai usrah, Mia balik bilik, Mia rasa macam tak sabar nak pergi usrah buat kali kedua. Mia tak sabar nak jumpa 'keluarga' baru Mia. Mia rasa sangat dekat dengan diorg. Dan akhirnya Mia jadi salah sorg budak usrah. Alhamdulillah, segala tingkah laku Mia yg salah diperbetulkan. Akak naqibah concern pasal life Mia.

Tapi ada satu detik, Mia diuji dengan satu ujian 'hati'. Mia dilamar oleh seseorang untuk dijadikan 'teman wanita'. Katanya sudah agak lama Mia diperhati, dan kesopanan Mia, adab Mia, segala ttg Mia buat hatinya terpaut kasih. Jujur itu adalah kali pertama Mia berhadapan dengan 'lamaran' seorang lelaki. Hati mana yg tak cair, bila dipuja puji. Dan tika itu, terdetik dalam hati Mia untuk 'cuba' terima kehadiran si dia. Kononnya mahu saling mengenal sebelum pergi ke arah suatu hubungan yg lebih serious.

Sepanjang mengenali dia, Mia masih hadir dalam usrah, tapi fokus Mia bukan lagi pada isi kandungan usrah. Sampaj satu masa Mia ditnya oleh akak naqibah.

'Mia ada masalah? Akk tengok, sejak kebelakangan ni Mia macam lain sikit. Kadang tak dtg pun usrah. Mia ada masalah? Kalau ada boleh share dgn akak'

Mia hanya senyum dan geleng perlahan. Then, Mia ditebak satu soalan cepumas. Yes, akak naqibah Mia tanya tentang si 'dia'. Dan masa tu, Mia mula rasa rimas. Bagi Mia, hal peribadi Mia buat apa dikongsi dengan org? Itu, kali terakhir Mia dtg usrah. Bukan tak di cari, Mia yg akan elakkan diri dari bertembung dengan mana-mana ahli usrah Mia. Whatsapp group pun Mia left, personal whatsapp pun Mia ignore.

Sampai satu hari ditakdirkan Mia dan kawan keluar berjalan. KLCC. Di sana, Mia terserempak dengan 'teman lelaki' kesayangan Mia jalan berpimpin tangan dengan salah sorg kenalan Mia. Untuk berhusnuzhon mmg tak boleh sebab Mia tahu sangat mereka bukanlah adik beradik apatah lagi suami isteri. Mia beranikan diri berhadapan dengan mereka, dan yes, macam yg Mia agak, kehadiran Mia ketika itu bukan lah sesuatubyg mereka jangkakan akan terjadi. Masibg masing tayang wajah terkejut. Dari berpegang tangan terus terpisah. Dari situ Mia tahu, Mia tak perlukan penjelasan diorg. Hancur sangat hati.

Tak tahu pada siapa Mia nak luahkan perasaan masa tu, Mia buka whatsapp, scroll contact number satu persatu mencari siapa je yg mahu dengar luahan hati Mia. Tiba di saru nama, Mia tertarik baca whatsapp status dia. 'Kalau tiada bahu untuk menangis, ingat lah masih ada sejadah untuk kita sujud'. Hati tersentuh, dan kebetulan azan isyak mula berkumandang. Mia berwudhuk, langsung tunaikn solat isyak. Lepas tu, Mia bangun semula dan lakukan solat sunat taubat dan justeru tahajjud. Mia nangis semahunya.

Lepas tu, Mia cari balik empunya nombor yg memiliki status whatsapp tadi. 'Akak Naqibah' dan tanpa teragak, Mia minta diterima kembali berusrah dengan mereka.

Dalam hati ada rasa takut andai diri dimarah atau disindir sinis atas keputusan melulu dulu. Tapi yg jadi adalah sebaliknya. Mereka terima Mia kembali seadanya. Nampak kan? Pentingnya membina ukhuwwah, pentingnya ikut usrah. Tak berdosa pun kalau tak ikut, tapi yakin ke kita mmpu jaga iman tanpa ditarbiyyah? Memang tarbiyyah bukan hanya pada usrah, tapi setidaknya kita sesama ahli usrah akan saling mengingatkan, akan saling berkongsi pandangan dan yang penting akan saling menyayangi satu sama lain. Kalau sayang, mesti lah nak masuk syurga sesama kan?

Kita manusia ni sebenarnya pelupa. Selalu alpa. Terkadang leka. Iman pun ada jatuh bangunnya. InshaAllah dengan berusrah, kita tak jauh dari jalan tarbiyyah. Terpulang pada kita sebenarnya untuk berubah. Dan usrah adalah salah satu cara untuk kita kekal istiqomah.

Ini hanya pendapat peribadi. Kalau ada khilaf, mohon ditegur. Moga bermanfaat InshaAllah :)

– Elmiya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *