Housemate Yang Gila – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum,
Kitaorang ada ex-housemate, yang Astaghfirullahalazim first time berjumpa dengan orang sebegini pelik. Kitaorang namakan dia sebagai SAA. Atau lebih pendek lagi S.
S ni dah banyak kali pindah rumah sebenarnya, semuanya ada problem. Tapi bila dah terkena duduk dalam satu rumah, baru lah kitaorang tahu kenapa dia selalu berpindah randah. Boleh kata paling lama dia bertahan dalam satu rumah tu hanya 8-9 bulan. Dalam masa 4 tahun, 6-7 kali paling sikit dia pindah, if I'm not mistaken.
Tahu apa yang peliknya ? PENFITNAH DUNIA. Fitnah dia boleh pecahkan umat ! Bahaya sungguh. Bukan itu sahaja, IKHTILAT dia yang agak tak terjaga itu pun satu hal.
Nak tahu macam mana dia fitnah ? Meh, ni nak cerita sedikit.
Fitnah 1.
Si S yang gila ni, tak tahu kenapa, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tak suka salah sorang housemate kitaorang. Namanya Najihah (bukan nama sebenar). Satu hari, S ni bagitahu kitaorang, Najihah cakap belakang kitaorang, kutuk salah sorang daripada kitaorang (kita panggil dia Lili la ye, bukan nama sebenar) la kiranya sampai tak pergi kelas semata-mata nak kutuk si Lili ni.
Lili terkejut la, Lili baik tak ada masalah tak ada problem dengan Najihah ni, sedih la, terkilan. Najihah pun baik lagi satu, pelik kenapa dia buat macam tu. Si S ni cakap la, Najihah ni selalu pakai beras rumah tak nak mengaku, masak nasi senyap-senyap time semua orang tak ada dekat rumah, lepas tu cepat-cepat basuh sebelum Lili balik dari kelas. S tu siap Cakap yang Najihah kutuk Lili semata-mata, sampai tak pergi kelas.
Padahal nak tahu apa kisahnya ?
Najihah tak pergi kelas sebab time tu dia kena jaga baby orang, baby tu tengah teriak, baru sebulan baby tu tak kan nak tinggal. Mak ayah baby tu ada exam. Lepas tu si Najihah ni memang jenis basuh terus pinggan mangkuk selepas makan, kitaorang satu rumah macam tu, basuh terus lepas makan, tak biarkan berkulat dalam sink kecuali Si S tu je. Sudu sebatang malas basuh. Tak faham betul dengan orang pemalas macam tu. Lagi satu, Najihah tu, ya Allah, jarang makan nasi, dia selalu makan maggi je.
Fitnah 2.
S cerita la dengan muka minta konon konon sayu sedih, berpura pura lemah tu, bagitahu yang dia kena pulau dengan satu batch dia sebabnya semua jeles dengan dia. Jeles sebab dia ada buat projek besar, buat projek antarabangsa la konon. Jeles sebab dia ada boyfriend yang alim yang baik, yang digilai ramai, tetapi boyfriend dia pilih dia sebagai peneman hidup. Awalnya kitaorang percaya la, dia susuk cerita tu, fuh, punya la cantik, kemas, macam pro betul. Lama lama bila dah buka mata luas, baru tahu la itu semua rekaan fitnah semata. Dia bagitahu orang cakap dia miskin la. Heh.
Lagi satu boyfriend dia tu orang yang jaga jes kes ikhtilat ni dan dipercayai ustaz la ni tapi kitaorang geram sebab dia dengan si S ni tak menjaga pun. Duk touch sana sini jugak. haritu S ni buat drama pengsan tak larat nak berjalan, sampai boyfriend dia yang konon alim ni, dukung dia tahu tak, dukung bawa masuk rumah letak atas tilam. Itu yang kitaorang nampak, yang kitaorang tak nampak apa la lagi dia buat. Kitaorang pernah tangkap dia duk berduaan dalam rumah jugak, tapi masuk masuk rumah mmg tak nampak apa apa yang disyaki, tapi still duduk berduaan dalam rumah kau tak kenal erti dosa pahala ke. Lepas tu duk mengumpat orang berdua dalam rumah tu, mengumpat si najihah tu !
Banyak kali dah boyfriend dia tu masuk rumah kitaorang ni siap ada kunci bangunan kitaorang lagi. Kalau kitaorang tegur dia, cakap tak manis ke apa ke, dia cakap kitaorang jeles sebab boyfriend kitaorang tak macam boyfriend dia, yang perfect ten tu la kononnya, heh. Boroi je aku tengok. kutuk semua pasangan orang lain, duk compare dengan boyfriend dia. Orang lain nak kahwin dah pun, kau tu apa ?
Korang bayang la, pergi pasar ke apa apa ke berkepit je dua orang tu. Lelaki tu macam kena guna guna. Ikut je semua kata kata dia, percaya bulat bulat apa dia cerita, dia fitnah. Tak kan la tak pelik duk pindah rumah masalah sama 6-7 kali, salahkan satu batch, Si S je betul. Bodoh ke apa. Macam kena guna guna kan ? 100 orang cerita benda yang sama, si S cerita lain, tapi dia duk percaya si S ni.
Fitnah 3.
Dia fitnah Ika (bukan nama sebenar) berjoli dengan duit bantuan zakat. Ika ni dapat bantuan Selangor. Bantuan dia pun tak lepas nak bayar duit yuran universiti, tapi S ni fitnah Ika pergi berjoli oergi overseas dengan duit bantuan tu. Kitaorang tak pasti la bantuan macam mana Ika dapat, tapi memang kesian la mak ayah Ika ni, menangis. Ika takut sekarang ni jadi kes mahkamah. S ni tak puas hati bertahun tahun dengan Ika. Tak tahu la sebab apa. Kitaorang rasa S ni tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Dia nak dia paling top. Dia paling di atas.
Kitaorang beli kasut baru pun, muka dia macam tak puas hati, tanya kitaorang berala harga kasut kitaorang. Baru ni kitaorang ada rezeki lebih, melancong la sikit. S ni pergi fitnah kitaorang cakap, kitaorang tak puas hati, terasa dengan dia la konon sebab dia tak ikut kitaorang. Sequel dia tak ikut kitaorang menyebabkan trip kitaorang jadi mahal. Dia fitnah cakap kitaorang sampai sisihkan dia, pulaukan dia dalam rumah ni. Pehliss. Tak ada masak kitaorang nak fikir, nak pulaukan dia, permainan budak budak. S ni gila, berperang dengan fikiran dia sendiri. Buat kesimpulan, bersangka buruk sangat,
Kitaorang lagi suka dia tak ikut sebab kalau dia ikut sah sah dia nak bawa boyfriend dia tu. Kejadah. Tapi kitaorang berbudi je la, ajak je la dia kalau nak ikut, dia sendiri yang tak nak, yang reject, katanya tak cukup duit sebab konon duit tu nak simpan nak buat program pertukaran pelajar, heh, **flip hair**
Fitnah lagi.
Dia fitnah presiden kitaorang ni orangnya gelabah, tak competent u tuk jadi presiden sbb dia pernah jadi housemate presiden kitaorang, dia la kata ye. Dia tahu macam mana presiden kitaorang punya perangai. Oi, kalau betul presiden kitaorang tak mampu, tak kan la 1000 orang pilih dia undi dia jadi presiden, kenapa tak pilih kau je, tak gitu S ?
Dia cakap la, persatuan pelajar uni kitaorang ni semua tak suka dia jeles dengan dia sebab dia berjaya handle projek antarabangsa, projek pertukaran pelajar. S, orang kenal kau pun tidak. Kitaorang ni bukan gila macam kau, nak senang senang tak suka orang, lebih lebih lagi tak kenal. Pooddaaa.
Banyak lagi, ni baru 2% penat, nantilah sambung. Tengah exam ni. Doakan ye.
Kalau sesiapa ada solution nak buat apa dengan S ni, bagitahu. Macam macam dah buat, tapi tak berjaya. Sebab S ni tak boleh terima nasihat orang dan tak boleh orang tegur dia.
K la, bye, Assalamualaikum.
– Mangsa-mangsa Si Gila
Kalau aku dh lama dh dia berasap ngn aku . Aku boleh perli dia tahap gaban . ahA . Rasanya org2 cenni kena perli tahap gunung berapi dah nak meletus