Stress – https://iiumc.com/forumv2/
assalamualaikum..izinkan saya luahkan perasaan tertekan kat sini..bukan tak bersyukur, tapi kadang-kadang sangat tertekan dengan manusia yang tak memahami keadaan kita.. ye, mungkin manusia itu tidak pernah lalui apa yang saya lalui.. tapi, tolong la cuba faham.. saya buat bisnes bukan tandanya saya ni kaya, banyak duit bagai.. saya buat bisnes bukan suka-suka..saya buat bisnes sebab saya nak buat belanja makan kat mahallah.. saya dapat pinjaman RM2750/sem.. yuran saja dah RM1300/sem.. berbaki RM1450/sem.. cukup ke?? tu tak beli buku-buku dan alatulis lagi.. stok pakaian (baju, kasut, beg) untuk diri sendiri memang dah terkubur.. takpela, bagi saya tu tak penting pon.. satu lagi, saya tak nak susahkan mak ayah.. mak tak keje,..ayah keje kampung dengan orang jugak..kadang-kadang keje tak dapat gaji.. adik-adik kat universiti ada 2 orang lagi..adik-adik kat sekolah ada 2 orang.. ayah hanya bergaji RM800 sebulan.. korang mesti fikir tak lojik kan gaji sebanyak itu zaman sekarang ni… korang dapat bayangkan, apa yang kitorang satu family makan bila kering duit? nasi lauk kicap+bawang.. sedih tapi kami adik beradik tetap tak demand nak makan sedap-sedap, lauk kicap pon dah cukup sedap!
Oleh sebab tu la, saya tak mintak duit kat ayah lagi..saya nak berdikari buat apa yang patut , sekurang-kurangnya saya dapat tolong ringankan beban mak ayah..
Kepada manusia yang tak memahami keadaan kami, ajak pegi makan tempat mahal, ajak gi shopping, ajak melancong sana-sini.. kami yang dalam keadaan camni, bukan tak nak… nak sangat…tapi kami memikirkan insan yang bersusah-payah untuk kami kat kampung tu..
– tak memahami