Ketabahan Seorang Isteri

Assalamualaikum. Pertamanya, terima kasih banyak-banyak admin kalau sudi siarkan confession saya ni. Di sini saya nak share dengan pembaca semua tentang kisah ketabahan mak cik saya yang setia disamping pak cik saya. Sanggup harungi susah dan senang bersama-sama.

Mak cik aku dengan pak cik aku ni berkenalan semasa diorang belajar kat universiti. Diorang memang suka antara satu sama lain. Tapi tak berani nak confess. Nak dijadikan cerita, mak cik aku ni kena kerja ke luar negara selama beberapa tahun. Mak cik aku pun pergi la. Ye la. Tuntutan kerja kan. Lepas mak cik aku balik dari luar negara, dia dapat tahu yang pak cik aku dah kahwin. Mak cik aku memang kecewa sangat. Tapi dia redha. Dia teruskan hidup dia macam biasa. Cuba untuk melupakan pak cik aku sebab dia betul-betul sayangkan pak cik aku.

Takdir Allah, suatu hari Allah temukan kembali mak cik dengan pak cik aku disaat pak cik aku dah bergelar duda anak dua. Yes. Pak cik aku dah bercerai dengan isteri dia sebab tiada persefahaman. So, mak cik dengn pak cik aku ni berkawan balik sampai satu ke tahap yang lebih serius. Diorang merancang untuk berkahwin. Waktu mak cik aku buat keputusan tu, ramai yang bangkang sebab keadaan pak cik aku yang bergelar duda. Macam-macam diorang cakap kat mak cik aku. Tapi mak cik aku yakin dengan pilihan dia. Alhamdulillah mak dan ayah mak cik aku setuju untuk satukan anak diorang dengan pak cik aku. Dan diorang pun berkahwinlah. Okay. Ni aku nak masuk bahagian penting cerita ni. Bahagian yang mana alu betul-betul kagum dengan mak cik aku.

Pak cik aku ni dah ada kerja yang bagus. Tapi dia berhenti sebab dia nak cuba kerja sendiri. Macam-macam bisnes dia cuba buat. Tapi semuanya gagal. Masa tu mak cik aku masih kerja. Mak cik akulah yang banyak support. Pak cik aku ni memang seorang yang susah nak cakap tidak bila orang minta tolong. Maka ramailah yang ambik kesempatan ke aas kebaikan pak cik aku ni. Sampai pak cik aku sendiri susah sebab berhutang dengan orang lain. Mak cik aku selalu nasihat pak cik aku. Tapi itulah. Pak cik aku ni tak berapa nak matang lagi. Masa tu pulak, ada sepupu-sepupu aku yang tinggal dengan pak cik dengan mak cik aku ni sebab diorang kerja kat sana. Jadi diorang tinggal sampai bertahun-tahun lamanya. Makan-minum ditanggung. Pakaian diorang mak cik aku yang basuh dan lipat. Sungguhpun begitu, sepupu-sepupu aku ni still boleh cakap buruk pasal mak cik aku. Sedih sangat bila tengok pengorbanan mak cik aku tak dihargai. Mak cik aku tahu tentang semua tu. Tapi dia pilih untuk bersabar. Banyak kali jugak la diorang bergaduh disebabkan sikap terlalu pemurah dan lurus pak cik aku ni. Sampai satu tahap tu mak cik aku dah fikir nak berpisah sebab dia rasa sangat tertekan. Tapi dia tetap pilih untuk bertahan. Setiap hari dia doakan yang terbaik untuk kehidupan dia sekeluarga. Mak cik aku tetap nak percaya pada pak cik aku. Dia yakin suatu hari nanti pak cik aku akan berjaya.

Daripada rumah banglo sampailah ke rumah flat diorang terpaksa berpindah sebab masalah kewangan. Pak cik aku banyak kali kena tipu dengan urusan-urusan bisnes dia tu. Tapi mak cik aku tetap sabar. Barang-barang kemas mak cik aku semua dah takde sebab dah digadaikan untuk tolong pak cik aku. Kereta dia pun dah dijual. Masa tu lagila mereka mengata mak cik aku. Tapi mak cik aku tetap sabar dan setia dengan pak cik aku. Bagi dia, ini adalah ujian dari Allah untuk uji sejauhmana dia benar-benar yakin dengan pilihan dia. Disebabkan keadaan pekerjaan pak cik aku yang tak menentu, maka mak cik akulah yang menguruskan kewangan. Ada ramai yang suka kat mak cik aku ni sebab mak cik aku ni memang seorang yang cantik dan rajin. Bos tempat dia kerja pun suka kat dia. Tapi mak cik aku tak pernah lupa tentang status dia sebagai seorang isteri.

Pak cik dengan mak cik aku ni memang baik. Dia tak pernah kedekut. Setiap kali balik kampung, diorang mesti bawa aku dan saudara mara yang lain jalan-jalan. Belanja makan. Walaupun tiada duit, diorang still usaha nak beri walaupun sedikit.

Alhamdulillah, selepas diberi nasihat dan dorongan daripada mak cik aku, pekerjaan pak cik aku mula stabil. Mak cik aku berhenti kerja sebab nak fokuskan untuk jaga anak-anak diorang. Taknak anak-anak terabai bila diorang sibuk bekerja. Diorang ada 3 orang ank dan semuanya kecik-kecik lagi. Walaupun mak cik aku ni dah berhenti kerja, dia still jugak buat kerja. Ambil upah buat itu. Buat ini. Untuk tolong suami dia.

Sekarang, rezeki diorang dah semakin murah sehingga diorang dah boleh beli kereta mewah. Pak cik aku pulak tak pernah lupa pengorbanan isteri dia yang sanggup bersusah payah untuk dia. Dia berusaha untuk bahagiakn mak cik aku dan berubah menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab. Tapi kewangan semua still mak cik aku yang uruskan sebab pak cik aku ni memang tak boleh nak uruskan disebabkan sikap dia. Mudah kesian kat orang dan terlalu mudah ditipu.

Aku gembira sangat tengok kehidupan diorang sekarang. Semakin murah rezeki dan bahagia. Orang yang bersabar takkan pernah rugi. Orang yang memberi takkan pernah berkurang. Indahnya aturan Allah. Kepulangan pak cik dan mak cik aku ni memang sentiasa ditunggu disebabkan sikap dia yang mesra dengan anak-anak buah dan menjadi kesayangan kitaorang semua. Itulah kisah tentang bagaimana tabahnya mak cik aku dengan kehidupan dia. Pak cik aku beruntung sangat sebab dapat isteri macam mak cik aku yang tak tinggalkan dia dalam keadaan susah. Yang sanggup bergolok gadai untuk dia. Yang sanggup berkorban untuk dia. Aku harap aku dapat jadi setabah mak cik aku. Semoga ada ikhtibar yang korang semu akan dapat dari kisah mak cik dan pak cik aku ni.

– Only Human

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *