Roomate oh roomate – 8:11 AM

Roomate oh roomate – https://iiumc.com/forumv2/

Salam. Dah lama saya pendam benda ni. Ni pasal roomate saya. Saya gelarkan dia sis A lah yee. Mula2 masa awal sem lepas saya rasa dia baik tapi lama2 saya dah nampak perangai dia. Dia cantik, pandai tapi syg sis A ni seorang yg sangat pengotor! Allah je tau pengotor sis A sampai tahap apa. Setiap kali balik bilik, saya tahankan je hidung saya dgn bilik berbau sebab sis A ni pemalas nak basuh baju dan buang sampah. Bygkan dia boleh simpan baju kotor dia berminggu-minggu dlm bakul and ada yg dia campak2 je. Paling saya takblh sabar bila dia suka bawak geng2 dia balik bilik. Weh aku balik bilik untuk dapatkan ketenangan bukan untuk dengar korang bergosip-gosip, gelak2 dalam bilik ni!(kan dah keluar bahasa aku kau). Dah la tu kalau set alarm phone taktahu nak tutup. Sumpah doh kalau aku tak pikir yg kau lagi tua dari aku, mmg aku dah lama serang kau. Mesti korang akan kata "ala setakat confess kat sini buat apa. pergilah face to face bla3". Korang, aku bukan taknak tegur dia tp sebab aku fikir yg aku still ada 1 sem lg untuk hidup sebilik dengan dia. Aku taknak nanti disebabkan benda ni aku jadi awkward tahap tuttt dengan dia plus dia ni ramai geng. Kang tak pasal2 aku kena. Serius doh aku sangat tak tahan sampai satu tahap aku nangis tiap malam sebab pikirkan benda ni.

– Sis sabar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *